Suatu ketika dahulu, sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian, selain jalan cerita dengan episode yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang akan perasan wajah manis dan comel Rachel Lee ini di kaca tv.
Namun, popularitinya tiba-tiba senyap apabila di puncak. Tidak kelihatan selama hampir 30 tahun, Rachel Lee baru-baru ini telah muncul dengan wajah baharunya.
Sudah lama tidak dilihat di kaca TV dan tidak didengari lagi, Rachel Lee kemudian muncul dan aga mengejutkan. Dia dilihat berkunjung ke sebuah kafe dan restoran terkenal di Hong Kong.
Ads
Dengan hanya memakai kemeja-t putih dan memakai topeng, penampilan Rachel Lee kelihatan santai dan selesa. Dia turut mengikat rambutnya untuk menampakkan wajahnya dengan jelas sekali. Penampilan Rachel Lee yang santai seolah-olah mengejutkan orang ramai. Kerana, wajahnya dikira sudah berubah. Malah dia menyebut ramai pelanggan tidak mengenalinya lagi dengan penampilannya sekarang.
“Saya berharap untuk melakukan perbualan dengan pelanggan lain, tetapi tidak ada yang melihat saya. Nenek Zhen, sekarang gemuk dan tua. Tidak ada yang memperhatikan lagi … Dari mana saya mendapatkan keberanian saya,” tulis Rachel Lee dipetik dari 8days.
Ads
Muat naik Rachel Lee kemudiannya meninggalkan komen posotif dan negatif dari netizen. Sebahagian daripada mereka bersetuju dengan perubahan Rachel Lee yang telah banyak berubah. Yang lain masih memuji Rachel Lee sebagai dewi simbol seks mereka.
Rachel Lee kanan bersama anak perempuannya Annise
Untuk info, Rachel Lee memulakan kerjayanya daripada peranan kecil dalam filem Hong Kong pada 1980-an. Ia mengambil sedikit masa sehingga Rachel Lee akhirnya mendapat peranannya sebagai pelakon utama dalam filemnya, Devoted to You.
Ads
Pada awal 90-an Rachel Lee mula mengambil bahagian secara aktif dalam komedi erotik seperti Sex and Zen 2 dan Crazy Love. Melalui bakatnya, dia menerima Anugerah Kuda Emas pada tahun 1999 untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Selepas kejadian menampar Chris Rock dan menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Will Smith dan keluarga tetap menghadiri acara parti Vanity Fair.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fitnah di media sosial merupakan wabak yang semakin lama semakin membarah dalam kalangan masyarakat.
Padah menulis lebih 30 komen menghina selain menyebarkan maklumat palsu mengenai penyanyi IU, di beberapa platform media sosial. Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan.
Mengaku bersalah atas kesalahan yang dibuat, wanita terbabit bagaimanapun memohon hukuman diringankan atas alasan menghidapi masalah mental.
IU
Jelasnya, dia cenderung menulis komen jahat di media sosial sejak mengalami penyakit berkenaan.
“Saya hanya meluahkan pandangan peribadi, saya ada sakit mental yang menjejaskan penulisan saya dalam hantaran itu.
“Jadi saya mohon hukuman saya diringankan,” katanya ketika perbicraan.
Mahkamah Seoul Tengah membuat keputusan tersebut pada Selasa lalu.
Sebelum ini, IU merupakan antara selebriti yang berpendirian tegas menyaman netizen yang menyebarkan kata-kata jahat terhadapnya sejak 2013.
Menurut syarikat pengurusannya iaitu EDAM Entertaiment, sebananyak 180 individu tidak mengira usia telah pun dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada yang dihantar ke pusat bimbingan akhlak atau juvana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Drama KBS 2021 telah pun berlangsung malam tadi dengan menggandingkan Kim So Hyun, Lee Do Hyun dan Sung Si Kyung sebagai hos acara. Majlis penganugerahan ini dilakukan secara ‘offline’ ekoran wabak pandemik COVID-19 yang masih menular.
Namun begitu, kehadiran barisan selebriti memeriahkan lagi suasana dan masing-masing tampil dengan gaya menawan berjaya mencuri perhatian di karpet merah.
Jom kita lihat antara gaya pesona selebriti yang hadir pada malam tadi.
Lee Do Hyun, Kim So Hyun, Sung Si Kyung
Foto: Soompi
Park Eun Bin & Rowoon SF9
Foto: Soompi
Nam Yoon Su & Jung Chaeyeon
Foto: Soompi
Jun So Min
Foto: Soompi
Park Gyu Young
Foto: Soompi
Kim Min Jae
Foto: Soompi
Lee Sang Yi
Foto: Soompi
Go Min Si
Foto: Soompi
Chu Young Woo
Foto: Soompi
Krystal f (x)
Foto: Soompi
Hong Soo Hyun
Foto: Soompi
Jung Yong Hwa
Foto: Soompi
Ji Hyun Woo
Foto: Soompi
Park Ha Na
Foto: Soompi
Kwon Nara
Foto: Soompi
Ham Eun Jung
Foto: Soompi
So Hi Hyun
Foto: Soompi
Na In Woo
Foto: Soompi
Lee Ga Yeon, Moon Woo Jin
Foto: Soompi
Siapa selebriti yang paling menyerlah bagi korang?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.