Untuk info, “Pink Venom” BLACKPINK sudah mula disiarkan di platform Youtube mencatat kiraan tontonan secara tidak rasmi sebanyak 86,228,516 di YouTube hanya selepas 24 jam muzik video itu dikeluarkan.
Malah, rekod terbaru pada 22 Ogos 22, YouTube secara rasmi mengesahkan bahawa lagu BLACKPINK “Pink Venom” berjaya mengumpul lebih 90.4 juta tontonan dalam masa 24 jam. Wah banyak tu!
Ads
Lantas, lagu “Pink Venom” ini juga telah mengalahkan rekod yang dipegang “How You Like That” sebelum ini pada tahun 2020, dengan jumlah tontonan yang dikumpul sebanyak 86.3 juta tontonan di YouTube dalam 24 jam.
Untuk pengetahuan korang, lagu yang bergenre hip-hop dan dimulakan dengan iringan alunan instrumen Korea iaitu ‘geomungo’, lagu “Pink Venom” kali ini dilihat sangat berpontensi untuk mewujudkan fenomena baru dari BLACKPINK. Muzik video “Pink Venom” juga merupakan antara lagu yang paling memerlukan bajet yang paling tinggi menurut YG Entertainment.
Ads
Kini, BLACKPINK kekal sebagai kumpulan wanita yang mempunyai tontonan tertinggi untuk muzik video dalam tempoh 24 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bangga weh dapat bersekolah di sekolah berprestij ni!
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah atas tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak SBP telah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar terpilih bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang yang diterima. Baru-baru ini, isu sekolah berasrama penuh terutamanya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hangat diperkatakan.
Rupa-rupanya, dikalangan selebriti tempatan ramai juga yang dahulunya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Sudah tentulah selebriti-selebriti ini juga merupakan seorang pelajar pintar. Jika tidak, bagaimana pula mereka boleh diterima masuk kan?
Jom kita lihat antara selebriti Malaysia yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh.
Rasanya semua sudah tahu bahawa Neelofa memang seorang pelajar yang bijak ketika dibangku sekolah. Selebriti ini memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang melayakkannya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.
Neelofa juga mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa.
Janna antara pelajar yang sering bertukar sekolah. Memulakan pendidikan di SK Marian Convent di Ipoh, Perak, sebelum ke SK Sentul. Kemudian, pelakon dan penyanyi ini berpindah ke Kedah dan bersekolah di SK Darul Aman sebelum mula bersekolah menengah di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani.
Janna seorang pelajar yang bijak dan melayakkan dirinya diterima masuk ke MRSM Pendang. Tetapi, dia tidak menamatkan persekolahan di situ, lalu berpindah ke Sekolah Convent Bukit Nanas, seterusnya ke SMK Danau Kota dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 6A 2B.
Kumpulan legenda Butterfingers yang pernah popular satu ketika dahulu juga merupakan seorang pelajar pintar. Tiga orang anggota asal kumpulan ini, Loque, Kadak dan Kalai merupakan rakan sekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Penyanyi ini pernah berada di kemuncak industri hiburan bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat. Legenda Hip Hop ini mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang melayakkan dirinya masuk ke Sekolah Alam Shah di Cheras. Walau bagaimanapun, Malique hanya menamatkan dua tahun di sekolah itu sebelum menyambung pendidikan di MRSM Taiping.
Jika korang masih ingat lagi dengan kumpulan nasyid Saujana, kesemua anggota asal kumpulan ini adalah merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang atau SMAPK. Kumpulan ini ditubuhkan hasil inisiatif beberapa orang tenaga pengajar yang mahu melahirkan generasi kumpulan nasyid pelapis di SMAPK di bawah label ‘All For Ummah’.
Walaupun menceburkan diri dalam dunia hiburan, tetapi sebenarnya kebanyakan daripada selebriti di Malaysia ini mempunyai latar akademik yang baik. Siapa kata nak jadi artis tak perlu pandai kan?
Baru-baru ini, rakyat Malaysia mengkritik golongan kaya yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh dan mendakwa mereka telah mengambil hak anak-anak orang miskin yang mahu mengubah hidup mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan pengaruh muzik K-pop tidak boleh disangkal lagi apabila satu demi satu selebriti kelahiran Korea Selatan menempa nama dalam industri hiburan antarabangsa.
Baru-baru ini, kumpulan BTS telah memenangi anugerah Artist of The Year di American Music Awards 2021 mengalahkan nama-nama besar seperti Ariana Grande, Taylor Swift, Drake, Olivia Rodrigo dan The Weeknd.
Terbaharu, kumpulan wanita popular Blackpink pula mencatat sejarah apabila menjadi artis pertama dalam sejarah yang meraih jumlah subscribers melebihi 70 juta orang di platform YouTube!
Menurut YG Entertainment, kumpulan K-pop itu merupakan selebriti pertama yang mempunyai jumlah subsribers seramai 70 juta orang di YouTube dan berjaya mencapai jumlah tersebut dalam masa lima tahun lima bulan sahaja setelah mula-mula membuka saluran YouTube pada 28 Jun 2016.
Blackpink menewaskan Justin Bieber yang kini mengumpul seramai 66.4 juta subscribers di YouTube dan berada di kedudukankedua tertinggi di platform media sosial itu.
Melihatkan populariti yang diraih oleh Blackpink, tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai pengikut di media sosial kan? Tahniah diucapkan kepada Blackpink!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kedua-dua insan yang berkolaborasi dengan Naim Daniel menerusi lagu ini juga telah pergi menemui Ilahi.
Satu-persatu rakan selebriti kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, 37 menitipkan ucapan takziah di atas pemergian penghibur berbakat itu di media sosial pada hari ini.
Selain mengajak pengikut mereka mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah, ada juga yang tampil berkongsi mengenai hubungan peribadi mereka dengannya serta memuji akhlak dan keperibadiannya.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel berkongsi cebisan perbualan di antara dirinya dan arwah.
Perbualan itu mungkin sekali berlaku sewaktu Naim meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 menerusi Sumpah pada Februari 2020 memandangkan arwah Siti Sarah dilihat mengucapkan tahniah kepada Naim dalam perbualan tersebut.
Pada masa yang sama, arwah secara berseloroh membuat permintaan inginkan lagu ciptaan Naim sebagai single terbaru bagi dipersembahkannya di pentas AJL. Untuk pengetahuan, kali terakhir arwah muncul dengan single baharu adalah menerusi Manis karya Yonnyboii. Selepas berterima kasih di atas ucapan tahniah daripada arwah, Naim terus bersetuju untuk menyiapkan demo.
Hanya beberapa hari saja selepas menyuarakan hasratnya kepada Naim, demo pertama dihantar kepada arwah dan hatinya terus terpaut.
Begitupun, keadaan pada waktu itu tidak mengizinkan setelah negara dilanda pandemik COVID-19. Mereka juga perlu mencari individu lain untuk menyusun muziknya memandangkan industri seni baru saja kehilangan pemuzik, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U yang sepatutnya ditugaskan menyusun lagu berkenaan. Arwah terus menunda sesi rakaman setelah mendapat tahu dia berbadan dua.
Arwah ada merancang untuk merakamkannya selepas bersalin. Ternyata, Allah SWT ialah sebaik-baik perancang. Belum sempat meneruskan kolaborasi mereka, arwah terlebih dahulu dijemput Ilahi pada hari ini.
*
Menerusi hantaran Instagram yang sama, Naim memuji arwah sebagai seorang kakak, sahabat, ibu dan isteri yang baik.
“Lagu yang adik buat untuk kakak tu, adik simpan ya. Suka bila dengar kakak nyanyi lagu tu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi. Sekarang, Allah bawa kakak balik.
“Mohon semua hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin,” catat Naim.
Sekitar Julai tahun lalu, arwah pernah berkongsi kepada BHOnline mengenai keinginannya berkolaborasi dengan Naim. Katanya, tidak kiralah seseorang itu masih muda, ada nama ataupun tidak; beliau tidak ‘memilih bulu’ dalam berkarya. Asalkan lagu tersebut boleh dinyanyikannya dan berkualiti.
Berdasarkan kenyataan Naim di Instagram ini, nampaknya mungkin sekali lagu yang mereka rancang ini akan ‘diperam’ saja olehnya. Mungkin juga ia tidak akan dilancarkan langsung dan kekal menjadi rahsia mereka berdua.