Dalam semangat Sukan Olimpik yang sedang dirasai oleh seluruh dunia sekarang, REMAJA ingin mengimbas kembali satu kisah sukan yang amat memberikan inspirasi ini.
Kejadian ini berlaku di semasa sebuah acara lari jarak jauh di Burlada, Navarre pada Disember 2012 dan melibatkan dua pelari cemerlang dari Kenya dan Sepanyol.
Seperti yang korang ketahui, acara jarak jauh memerlukan stamina, konsistensi dan fokus yang tinggi kerana ia berlangsung untuk satu tempoh masa lama serta jarak yang jauh. Mudah sebenarnya untuk mana-mana atlet merentas desa menyerah kalah di pertengahan larian ataupun hilang fokus.
Mungkin inilah yang terjadi kepada pelari Kenya bernama Abel Mutai. Beliau sedang mendahului perlumbaan hingga ke garisan penamat. Sambil itu, pelari Sepanyol, Ivan Fernandez mengekori di belakangnya dalam kedudukan pingat perak.
Ads
Hanya beberapa meter saja sebelum mengakhiri perlumbaan, Abel telah keliru dengan arah jalan yang harus dilaluinya.
Fikir Abel, dia telahpun menamatkan perlumbaan walhal dia masih berbaki beberapa meter saja lagi. Pada saat ini, mana-mana atlet yang hauskan pingat emas pasti akan mengambil kesempatan terhadap kesilapan ini untuk memintas Abel. Namun, pelari Sepanyol, Ivan Fernandez bukanlah ‘mana-mana’ atlet.
Apabila Ivan menyedari apa yang sedang berlaku kepada Abel, dia segera menjerit ke arah pelari Kenya itu untuk teruskan larian hingga penamat. Abel yang tidak memahami bahasa Sepanyol tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ivan.
Guess what? Ivan menolak Abel ke hadapan untuk teruskan lariannya! Sambil itu, dia mengekori di belakang Abel dan berpuas hati di tempat kedua.
Semasa sesi temuramah selepas tamat perlumbaan, wartawan tertanya-tanya mengapa dia melepaskan peluang untuk bergelar pemenang. Kata Ivan, “Impian saya satu hari nanti adalah agar komuniti ini menggalakkan atlet cuba bergelar juara tetapi juga membenarkan atlet lain menang serta gembira dengannya.
Para wartawan masih belum berpuas hati dan bertanya mengapa Ivan membenarkan Abel menang?
“Saya tidak benarkan dia menang, dia yang sudah menghampiri kemenangan tersebut. Perlumbaan ini sememangnya milik dia setelah dia mencipta jarak di antaranya dan pelari lain. Mustahil untuk saya merapatinya jika bukan kerana kesilapan kecil yang dilakukan itu.
Memahami bahawa wartawan tersebut masih tidak faham dengan tindakannya itu, Ivan memandangnya dan berkata, “Tapi (jika saya menang sekalipun), apa makna di sebaliknya. Apakah kebanggaan yang akan saya rasai setelah dikalungkan pingat? Apa yang akan ibu saya fikirkan?”
Pandangan Ivan ini sekaligus mengubah persepsi penggiat media yang berada di situ. Baginya, nilai kemenangan adalah lebih penting daripada dirangkulkan pingat emas semata-mata.
Tatkala ada dalam kalangan kita yang akan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain untuk mencapai sesuatu dalam hidup, Ivan pula punya pandangan berbeza.
Nilai kemenangan baginya adalah manis apabila ia dicapai dengan jujur. Kini pada usia 33 tahun, pesanannya itu masih disebut-sebut hingga dia menjadi simbol inspirasi bagi atlet olahraga muda di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pengguna TikTok tampil memuji sikap anak kedua usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida Mohd Rashid iaitu Qadejah El Zahra yang lebih mesra disapa Cess selepas terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi perkongsian di platform TikTok @LovelyDelysha66, pemilik akaun tersebut memuji pekerti Cess yang disifatkan sebagai seorang yang sopan, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam video berkenaan, Cess dilihat tidak kekok melayan seorang adik perempuan yang berada di situ bersama Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Malah, Cess juga sempat memberi kata-kata semangat kepada adik tersebut sebelum menghadiahkan sejumlah wang serta memeluknya.
“Siapa kenal? @qadejah_terlajaklaris… baiknya Ya Allah. Anak yang baik, sopan santun, berbudi pekerti dan sangat humble.
“Bagus didikan dan ajaran Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris dan Datin @shahidadherbs2. Subhanallah, Alhamdulillah, tahun 2026 Allah hadirkan semua insan yang baik-baik untuk keluarga kami Ya Allah,” tulisnya panjang dalam kapsyen video tersebut.
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap Cess.
“The real orang kaya beradab tinggi, tak berlagak dengan harta di dunia,” komen seorang pengguna.
“(Kita seperti oyster, hanya insan terpilih saja boleh tengok oyster kita)… lovenya ayat ini,” tulis seorang lagi.
“Bagusnya cara dia mengajar adik itu,” kata seorang pengguna TikTok.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih satu juta tontonan, sekitar 250 komen dan lebih 80,000 tanda suka di TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain boling negara, Natasha Mohamed Roslan menyifatkan kejayaan menamatkan kemarau 53 tahun negara dengan menjadi wanita pertama merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) bagaikan satu mimpi.
Atlet berusia 28 tahun yang menewaskan peserta Jerman Birgit Noreiks 217-166 dan 226-169 pada aksi final wanita di Top Bowl, Kai Tak Sports Park di Hong Kong, meluahkan rasa gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Kredit: Instagram @natasharoslan_
“Secara jujur, segalanya seperti mimpi bagi saya. Untuk mencipta sejarah sebagai wanita pertama Malaysia memenangi Piala Dunia sesuatu yang sangat mengujakan. Saya percaya ada banyak lagi, saya mahu menang lebih banyak untuk negara saya”
“Proses saya mudah, saya tahu sentiasa ada sesuatu yang saya boleh diperbaiki. Pemikiran ini yang membuatkan saya terus berusaha, jadi saya tidak mudah selesa namun semua ini saya rasa seperti mimpi,” kata Natasha.
Kredit: Instagram @natasharoslan_
Kemenangan itu juga merupakan gelaran dunia ketiga buat Natasha selepas mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan menjuarai acara berpasukan wanita bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Datuk Shalin Zulkifli pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Sementara itu, juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail terlepas kejuaraan dalam final individu lelaki apabila tewas 223-222, 166-216, 193-235 kepada peserta China, Du Jian Chao.
Sekadar info, kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan sama ialah pada edisi 2021 di Poland menerusi Syafiq Ridhwan Abdul Malik.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia bakal beralih ke Fasa Peralihan Endemik dan apa yang paling menggembirakan, sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April depan.
Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia kini boleh keluar masuk negara serta pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada penggembara negara luar.
Bagi mereka yang mempunyai rancangan ingin ke Sydney Australia, kami ingin kongsikan antara restoran dan kedai makan halal yang korang boleh cari di sana. Mulai sekarang, tidak timbul lagi isu ‘susah nak cari makanan halal’ kerana informasi ini telah pun dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Sabarina di pageBackpackers Buddies Malaysia (BBM).
Menyediakan makanan authentic Pakistan di alamat 800 Punchbowl Rd, Punchbowl NSW 2196.
7. Malaysian Groceries
Kedai ini menyediakan makanan bungkus untuk take away seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, mee rebus, kuih-muih dan banyak lagi makanan-makanan seperti yang dijual di Malaysia.
Sama seperti Malaysian Groceries, Raina Classis Malay juga turut menyediakan makanan dan masakan Melayu di alamat 2/340 Guildford Rd, Guildford NSW 2161.
Banyak makanan Cina yang dijual disini dan ada dalam tiga ke empat restoran halal milik orang Uyghur. Lokasi atas sedikit dari deretan kedai, sebelah kanan selepas keluar train St Burwood.
Sebenarnya banyak restoran-restoran makanan halal di luar negara tetapi disebabkan tidak tahu, mungkin kita menganggap sukar mendapatkan makanan halal. Jadi selepas ini jika ada yang berhasrat ke Sydney, korang bolehlah ambil rujukan seperti yang telah kami kongsikan ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.