Sejak kebelakangan ini, trend edit gambar menggunakan aplikasi AI semakin jadi kegilaan remaja. Dari wajah versi anime, lebih muda, lebih tua, sampai yang nampak flawless tanpa jerawat dan semuanya nampak menyeronokkan untuk dikongsi di media sosial.
Tapi, jangan seronok sangat! Menurut perkongsian Asri Meris Anthony disebalik hasil yang menarik, ada risiko besar yang ramai tak sedar.
Gambar wajah kita bukan sekadar gambar biasa, ia adalah data biometrik yang sangat berharga dan boleh jadi sasaran untuk disalahgunakan.
Data Wajah Boleh Bocor Tanpa Sedar
Ramai menganggap gambar yang dimuat naik hanya diproses dalam telefon, tapi hakikatnya kebanyakan aplikasi AI akan hantar imej ke server syarikat luar negara. Dari situ, data mungkin bukan sekadar disimpan sementara, malah boleh digunakan untuk melatih model AI baharu.
Walaupun ada polisi privasi yang kata data dipadam dalam 24 jam, tiada bukti sahih ia benar-benar berlaku. Lebih menakutkan, ada aplikasi yang kongsi data pengguna dengan pihak ketiga seperti pengiklan atau rakan teknologi.
Ads
Risiko Apabila Gambar Disalahguna
Bila data wajah jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab, macam-macam boleh terjadi:
Deepfake video – wajah anda ditampal dalam video palsu untuk fitnah atau eksploitasi.
Akaun palsu – scammer guna gambar untuk buat akaun menipu kawan & keluarga.
Dokumen palsu – imej boleh dimanipulasi untuk kad pengenalan atau pasport palsu.
Animasi realistik – hanya dengan satu gambar, AI boleh cipta wajah seolah-olah bercakap.
Bayangkan kalau ada video palsu tersebar bukan saja reputasi hancur, malah anda boleh dituduh melakukan sesuatu yang tak pernah dibuat!
Bahaya Dark Web & Scammer
Lebih seram, data wajah yang dicuri boleh dijual di dark web bersama maklumat peribadi lain. Scammer pula boleh guna teknologi AI masa nyata untuk buat video call palsu, seolah-olah anda sendiri yang bercakap dan minta wang daripada keluarga atau rakan.
Ads
Bukan itu saja, penjenayah juga boleh cuba bypass sistem log masuk bank atau e-wallet yang guna pengesahan wajah.
Tip Keselamatan Digital
Sebelum terjebak lebih jauh, ini beberapa langkah bijak yang anda boleh amalkan:
Elakkan muat naik gambar sensitif ke aplikasi AI.
Semak polisi privasi aplikasi sebelum guna.
Jangan kongsi semua di media sosial, terutama wajah yang jelas.
Guna aplikasi yang dipercayai, bukan yang meragukan atau terlalu baru.
Fikir sebelum klik “accept” pada Terms & Conditions – baca dulu!
Edit gambar AI memang nampak fun dan trending, tapi ia bukan tanpa risiko. Ingat, wajah anda adalah identiti unik yang tak boleh diganti. Sekali data bocor, ia boleh jadi senjata untuk orang lain.
Ads
Jadi, jangan seronok sangat ikut trend semata-mata nak nampak cool di media sosial. Lindungi privasi, sayangi diri, dan bijak kawal jejak digital anda.
Bukan mahu mendiskriminasikan, tetapi jika bercakap soal penjagaan kereta, ramai lelaki yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.
Bukan semua, tapi rata-rata daripada mereka menganggap bahawa wanita hanya pandai memandu tetapi tidak dalam soal penjagaan dalaman kereta.
Jadi, untuk tidak lagi dilabel sebagai typical ‘lady driver’, REMAJA nak kongsikan panduan yang diberikan oleh Azbi Centre sebagai info buat wanita tentang perkara-perkara yang patut mereka ambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan kereta.
1. Ketahui model, tarikh keluaran dan pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila korang tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta korang, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta korang.
2. Kenali bahagian asas kereta dan fungsinya
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang korang wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor korang dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
3. Tayar, tayar dan tayar
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta korang ke mana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta korang.
4. Sediakan jadual servis kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi korang kena sentiasa berwaspada kilometer kereta korang, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian korang.
5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta korang. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya.
Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
6. Simpan nombor telefon mekanik
Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan korangsudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.
Okay sis, kalau tak boleh nak repair kereta at least korang kena tahu 6 perkara asas ni ya. Barulah tak dilabel sebagai bimbo. Buktikan perempuan cantik pun tahu pasal kereta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada.
Menurut Astro Awani, antara negeri yang mengalami cuaca buruk hari ini ialah Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Johor : Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Pahang : Kuantan, Pekan dan Rompin. Amaran cuaca waspada itu turut dikeluarkan di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera)
Bagi amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu.
Sabah : Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih tidak henti-henti menyokong pasukan negara kelahirannya itu dari belakang.
Setiap kali muncul acara atau kejohanan besar seperti UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung di sekitar benua Eropah, kelibat David di tempat duduk penyokong pasti dapat ‘ditangkap’ oleh peminat bola sepak.
Kali ini, David tidak keseorangan apabila beliau muncul bersama-sama anak terunanya, Romeo Beckham ketika perlawanan ‘Battle of Britain’ di antara England dan Scotland.
Bertempat di Stadium Wembley pada hujung minggu lalu, mereka berdua kelihatan persis abang dan adik apabila masing-masing segak menyarungkan sut biru gelap dan tali leher seiras.
Tambahan pula dengan warna rambut Romeo dalam tona bleached blonde, remaja berusia 18 tahun itu persis ayahnya sewaktu zaman muda.
Wajah Dabid semasa masih mewakili pasukan England saling tidak tumpah seperti anaknya, Romeo. Tambahan pula dengan stail rambut bleached blonde terbaru Romeo.David bersama lagenda bola sepak kontemporari England dan bekas ahli sepasukannya, Robbie Keane.
Selain sempat bertemu dengan Robbie Keane, nampaknya kehadiran David dan Romeo adalah tanpa bekas pemain England lain.
Mereka berdua juga dilihat lebih selesa berdiri sambil menyaksikan aksi di padang Wembley. Ada ketikanya, jelas dari riak wajah mereka perasaan cemas semasa perlawanan berlangsung; namun masing-masing masih enjoy dengan prestasi kedua-dua buah pasukan biarpun terikat dengan skor 0-0.
Untuk pengetahuan, berbanding adik beradik lelakinya seperti Brooklyn, 22 dan Cruz, 16; Romeo lebih selalu tampil di stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan England.
Terdahulu, duta terbaru jenama YSL itu dilihat memberikan sokongan semasa England menentang Croatia pada 13 Jun dengan menyarungkan jersi pemain kelab England berusia 21 tahun, Phil Foden.
Kini setelah England layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik dan bakal berentap dengan Jerman pada 30 Jun ini, mungkin sekali kita akan melihat kelibat Romeo yang setia memberikan sokongannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno kini melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seninya apabila dipilih sebagai salah seorang pemegang watak utama bagi...