Sepanjang hujung minggu lepas, masyarakat Kadazan-Dusun telahpun meraikan Pesta Kaamatan di seluruh negara.
Juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan, perayaan kali ini bagaimanapun lebih sederhana dan tidak diraikan seperti kebiasaan memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun apa yang penting adalah semangat meraikannya.
Bercakap mengenai Pesta Kaamatan, penulis pantas teringat dengan salah seorang finalis Dewi Remaja 2019 yang juga berasal dari Sabah iaitu Sharlina Gilbert Mojinun.
Pada tahun-tahun sudah, Sharlin akan kembali semula ke kampungnya di Panampang Sabah untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya pada waktu ini. Namun seperti anak Sabah lain yang menetap di Kuala Lumpur, Sharlin juga perlu akur dengan keadaan semasa.
*
Ads
Menurutnya, antara momen manis semasa menyambut Pesta Kaamatan adalah pengalaman Sharlin menyertai pertandingan ratu cantik bernama Unduk Ngadau.
“Di Sabah, ramai kanak-kanak dan remaja perempuan yang akan menyertai Unduk Ngadau apabila tiba saja perayaan Pesta Kaamatan.
Kali pertama saya menyertainya adalah semasa di darjah dua. Dan kali kedua adalah setelah saya bekerja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.
“Mereka menganjurkannya di sini dan saya memenanginya! Lalu, saya mewakili Lembah Klang untuk bertanding di Panampang pada peringkat daerah. Tak sangka pula saya menempah tempat keenam pada waktu itu,” jelas Sharlin yang berpakaian tradisional lengkap Sinuangga dengan stail ‘rambut gong’.
Penulis tertanya-tanya juga apakah makna di sebalik pertandingan ratu cantik ini?
Menurut Sharlin, Unduk Ngadau berasal daripada perkataan ‘runduk tadau’ yang bermaksud ‘gadis yang dimahkotakan dengan cahaya matahari’.
Ia bagi memperingati seorang gadis bernama Huminodun yang mempunyai hati baik dan selalu menolong orang lain. Selepas Sabah diuji dengan musim kemarau, Huminodun menawarkan diri untuk dikorbankan. Menurut cerita lagenda, gadis tersebut dipotong kepada beberapa bahagian badan dan ditaburkan ke tanaman di sana seperti padi dan pohon buah-buahan agar ia kembali subur.
Selepas tujuh hari, gadis bernama Unduk Ngadau muncul dan dipercayai merupakan jelmaan semangat Huminodun yang dikorbankan tadi.
Ads
Bercakap mengenai tradisi lain sewaktu Pesta Kaamatan, masyarakat Sabah akan menyediakan beberapa makanan tradisi seperti Hinava Pampanga (sejenis hidangan ikan), Gutod (ulat sagu) dan buah Bambangan (jeruk mangga).
“Walaupun saya tidak dapat pulang ke Sabah pada tahun ini, tapi saya tahu keluarga dan rakan di sana masih meraikannya seadanya dengan jamuan makan malam bersama keluarga. Saya rindukan untuk menari Sumazau dan Magunatip (tarian buluh).
“Tak apalah, selepas PKPB nanti tentunya saya akan pulang ke Sabah untuk bertemu keluarga di sana,” katanya sebelum memberi ucapan di bawah:
Kopivosian, Izou ii Sharlina Gilbert mantad Kota Kinabalu, Penampang, maganu do kosivatan diti do mamason Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Toun 2020 kumaa diozu saviai tuhun!
(Hello, nama saya Sharlina Gilbert berasal Kota Kinabalu, Penampang, ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada semua!)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di balik wajah yang cute dan postur tubuh yang seksi time menari, siapa sangka tersimpan hati yang mulia untuk membantu orang dalam kesusahan. Tular baru-baru ini apabila Lisa dari kumpulan Blackpink sanggup dan tidak ketinggalan melakukan kebajikan dengan menyalurkan sumbangan buat mangsa banjir di Thailand.
Penyanyi kelahiran Buriram, Thailand itu mendermakan sejumlah wang tunai sebanyak 100,000 baht (kira-kira RM13,700) kepada pelakon Dana Bin Bunleurit untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Thailand telah menenggelamkan rumah, jalan dan jambatan mengakibatkan lebih 23,000 orang hilang tempat tinggal, cukup menyentuh hati masyarakat, terutama daripada kalangan warganya.
Lisa Blackpink donated 100,000 baht to help flood victims in Ubon Ratchathani through the account of Bin Bunluerit, a well-known volunteer rescue worker and actor. @TNAMCOTpic.twitter.com/BtQXcw0tuZ
Salah seorang kenalan Lisa, Koa yang merupakan seorang blogger bertindak memuat naik gambar sekeping cek yang didermakan Lisa dengan kapsyen: “Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.”
Tindakan penyanyi berusia 22 itu mendapat pujian peminatnya sehingga ada yang menggelarkan Lisa sebagai ‘malaikat’ dan ‘Ratu Thailand’.
Good job lisa, walaupun dah berjaya menempa nama dan kariernya sebagai ahli kumpulan gadis K-pop, Blackpink di Korea Selatan tapi masih tidak lupa dengan asal usulnya. Ini baru dinamakan kacang tidak lupakan kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila menjelang Syawal, masing-masing sibuk mencari baju raya untuk mereka gayakan di pagi lebaran nanti. Tidak dinafikan, ada puluhan design baru baju raya pada setiap tahun, namun ia masih tidak mampu untuk mengalahkan rekaan tradisional turun-menurun dari nenek moyang kita dulu.
Seperti rekaan baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki, pasti ramai yang tak tahu sebenarnya rekaan baju tersebut mempunyai maksud tersendiri. Malah, setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat juga.
Asal usul baju Melayu
Rekaan ini bermula dari 700 tahun yang lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahunkan satu pakaian diraja.
Dikhabarkan, rekaan baju Melayu ini dipengaruhi daripada pakaian arab iaitu jubah, dan seluar pula membawa pengaruh dari Turki.
Jom kita lihat antara maksud di setiap rekaan baju Melayu yang mungkin korang tak pernah tahu.
1. Lima butang baju Melayu melambangkan rukun Islam
Maksud lima butang baju Melayu melambangkan kesemua rukun Islam termasuklah mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Instagram: khalas.my
2. Tiga saku baju
Kalau korang perasa, kebanyakan baju Melayu mempunyai tiga saku (poket) di hadapan. Ia membawa maksud akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.
Instagram: khalas.my
3. Sampin
Ingat pakai sampin saja-saja je ke? Ia melambangkan kesungguhan menjaga syahwat, aurat dan maruah. Memakai sampin di bawah lutut bermaksud individu tersebut sudah berkahwin, manakala yang memakai di atas lutut bermaksud masih bujang.
Jadi kaum perempuan, kalau nak cuci mata time raya nanti, pastikan cari yang sampin atas lutut je ya? Hiks!
4. Baju Melayu butang Satu
Melambangkan tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Korang boleh melihat rekaan ini pada baju Melayu teluk belanga yang biasanya digayakan oleh masyarakat Melayu di Johor.
Tgk fashion baju raya yg maaf cakap pelik2 ni, seolah2 menunjukkan kita org melayu perlu kaji lebih psl adat, budaya, seni melayu.
Sbb apa yg nenek moyang kita bt dulu, ada makna, falsafah, pengajaran yg tersirat.
Tp dtg generasi yg lakukan bnde tanpa makna, mengubah bnde tu :'( pic.twitter.com/hyQ8mYbVUt
Secara keseluruhannya, kita dapat lihat yang rekaan baju Melayu ini sebenarnya banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia. Jadi, tak perlulah nak reka baju-baju raya fancy sebab yang sedia ada dah memang smart untuk dipakai kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon siri drama Squid Game yang mencuri perhatian ramai, Jung Ho-Yeon kini menjadi pelakon wanita Korea dengan jumlah pengikut paling ramai di Instagram, iaitu mempunyai lebih daripada 13 juta pengikut.
Ho-Yeon sebelum ini merupakan model sepenuh masa setelah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model musim keempat. Dia berjaya mendapat perhatian masyarakat di Korea setelah menempatkan diri sebagai naib juara.
Gadis berusia 27 tahun ini kemudiannya mendapat tawaran berlakon dalam siri Squid Game apabila pengarah drama itu merasakan Ho-Yeon mempunyai aura dengan karakter Kang Seo-Byeok.
Bermula dengan hanya mempunyai 400,000 pengikut di Instagram, Ho-Yeon kini sudah mengatasi pelakon Lee Sung Kyung yang sebelum ini memegang gelaran itu dengan 12.9 juta pengikut dan Song Hye Kyo yang mempunyai 12 juta pengikut.
Model dan pelakon baru ini juga menyifatkan bahawa pertambahan pengikut di media sosial itu adalah satu bentuk penghargaan buat hasil kerjanya.
“Pada mulanya, saya sangat terkejut. Setiap kali saya buka aplikasi Instagram, saya dapati jumlahnya bertambah. Saya fikir ia terjemahan penghargaan orang ramai terhadap Squid Game, dan saya bersyukur. Memikirkan begitu ramai yang memberikan saya sokongan, ia membuatkan saya semakin bersemangat,” jelasnya.
Dalam hanya masa beberapa bulan, pengikut Ho-Yeon di Instagram boleh melonjak sehingga berbelas juta dek kerana penangan kemunculannya dalam drama Squid Game.