Persiapan menyambut bulan Ramadan adalah kunci agar kita dapat menjalani bulan puasa dengan lebih bermakna dan teratur. Tinggal beberapa hari sebelum Ramadan tiba, dan inilah waktu paling penting untuk membuat persiapan bukan sekadar persiapan fizikal, tetapi juga mental, emosi dan rohani.
Ramadan bukan bulan yang datang untuk membebankan kita, tetapi peluang untuk membersihkan diri, mendisiplinkan nafsu, dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun, manfaat Ramadan hanya dapat dirasai sepenuhnya jika kita masuk ke dalamnya dengan persediaan yang betul.
Jika kita bermula dalam keadaan tergesa-gesa, letih dan tidak teratur, mudah untuk kita kecundang di pertengahan bulan. Justeru, baki hari sebelum Ramadan ini adalah masa emas untuk membina asas yang kukuh agar ibadah kita lebih berkualiti dan konsisten.
Habiskan puasa ganti
Puasa ganti bukan sekadar kewajipan, tetapi latihan terbaik sebelum Ramadan. Dengan menyelesaikannya lebih awal, kita masuk Ramadan dengan hati yang lebih tenang tanpa beban tanggungan.
Selain itu, ia membantu tubuh membiasakan diri dengan rutin berpuasa, menjadikan hari-hari awal Ramadan lebih mudah dan kurang mengejutkan sistem badan.
Betulkan balik waktu tidur supaya senang bangun pagi
Ramai yang bergelut untuk bangun sahur kerana tabiat tidur lewat. Dalam beberapa hari ini, cuba tidur lebih awal dan kurangkan berjaga tanpa keperluan.
Ads
Apabila corak tidur lebih teratur, bangun sahur menjadi lebih ringan, badan lebih bertenaga, dan ibadah lebih fokus tanpa rasa terlalu lesu.
Perbaiki solat dan banyak beristighfar
Sebelum Ramadan, inilah masa untuk memperbaiki kualiti solat bukan sekadar cukup bilangan, tetapi lebih khusyuk dan teratur. Perbanyakkan istighfar untuk membersihkan hati daripada dosa dan kelalaian. Hati yang bersih lebih mudah merasai kemanisan ibadah sepanjang bulan mulia ini.
Ads
Kurangkan minuman manis & berkafein
Pengambilan gula dan kafein berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala dan keletihan semasa puasa.
Dengan mengurangkannya secara berperingkat, badan dapat menyesuaikan diri, menjadikan hari-hari puasa lebih selesa dan kurang mencabar.
Ads
Set niat & matlamat Ramadan
Ramadan tanpa matlamat ibarat perjalanan tanpa arah. Tetapkan niat yang jelas sama ada mahu lebih konsisten membaca al-Quran, menjaga solat, memperbaiki akhlak, atau menjadi insan yang lebih sabar. Matlamat yang jelas memberi motivasi untuk terus istiqamah.
Persiapan sebelum Ramadan adalah kunci kepada pengalaman puasa yang lebih bermakna. Jika kita masuk Ramadan dengan tubuh yang bersedia, hati yang bersih, dan niat yang jelas, kita bukan sekadar berpuasa kita benar-benar berubah menjadi versi diri yang lebih baik.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan menuju insan yang lebih bertakwa, berdisiplin dan dekat dengan Allah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua bulan ‘senyap’ tanpa sebarang aksi di gelanggang, jaguh muda Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kini seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau mungkin akan kembali ke pentas pertarungan.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini, atlet yang berusia 21 tahun teruja untuk kembali bergelar juara dan memberitahu beliau sudah kembali berlatih di Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand sejak beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Jojo masih belum mendedahkan pertarungan seterusnya, namun komitmennya di gelanggang latihan menyemarakkan lagi jiwa untuk misi lebih besar.
Kredit: Instagram Johan Jojo GhazaliKredit: Instagram Johan Jojo Ghazali
“Tinggalkan rumah untuk tukar impian jadi realiti. Bangkok saya datang”
Pada Januari lalu, Jojo tumpas di tangan lawan dari Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 di Bangkok.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua beliau dalam lapan pertarungan ONE Championship selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.
Jojo akhirnya bangkit tiga bulan selepas itu selepas berjaya menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi KO pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Supaya kita tak lagi terkeliru bila berdepan situasi lampu isyarat rosak, berikut adalah panduannya.
Lorong mana dapat keutamaan laluan
1. Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan.
2. Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
3. Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah KANAN terlebih dahulu.
4. Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhati-hati.
Simpang tanpa lampu isyarat tapi ada isyarat berhenti
Ada juga persimpangan tanpa lampu isyarat tapi ada tanda berhenti I LALUAN.Kereta A perlu memberikan keutamaan laluan kepada kereta B terlebih dahulu.
Di persimpangan ini, pemandu seharusnya:
Berhentikan kenderaan sehingga tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.
Berikan laluan kepada kenderaan yang hadir dari arah kanan atau hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap anak muda mengimpikan untuk memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan kehidupan mereka, lebih-lebih lagi buat individu yang sudah bekerja.
Namun begitu, dek kerana keghairahan ingin memiliki kereta sendiri, korang perlu tahu model kereta apa yang sesuai dibeli mengikut kemampuan pendapatan bulanan.
Komitmen kereta bukan hanya setakat membayar ansuran pinjaman setiap bulan, tapi korang juga perlu mempertimbangkan perbelanjaan lain seperti insurans kereta, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan kereta.
Nah, kali ini kami nak kongsikan dengan korang sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai adrianchiaaa, antara kereta-kereta yang boleh dibeli bagi individu yang mempunyai pendapatan bawah daripada RM2,500.
Kereta yang senyap, stabil di highway dan mempunyai kabin luas yang selesa. Ia boleh digunakan untuk orang bujang sehinggalah sudah bekeluarga. Ia memang sesuai untuk dijadikan sebagai kereta pertama atau kereta keluarga.
Jadi, buatlah pilihan dengan bijak. Adrian juga berpesan jangan mudah terpedaya dengan influencer di media sosial yang muda-muda lagi dah beli kereta mewah. Kita haruslah memilih dan membeli kereta mengikut kemampuan masing-masing supaya tidak menyusahkan kehidupan kita di masa hadapan.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...