Baru-baru ini, seorang gadis di media sosial berjaya menyentuh hati warga internet apabila beliau dilihat mengalirkan air mata kegembiraan selepas menghadiahkan sebuah kereta buat insan paling penting dalam hidupnya iaitu ayah tercinta. Kisah yang tular itu bukan sahaja mengundang sebak, malah menjadi simbol pengorbanan dan kasih sayang seorang anak terhadap keluarganya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads bernama Siti Fairuz, momen penuh emosi itu dirakam sebaik sahaja urusan pembelian kereta berkenaan selesai. Dalam rakaman tersebut, gadis berkenaan dilihat cuba menahan sebak di sisi sebuah Perodua Axia E yang baru sahaja menjadi milik ayahnya.

“Korang jangan nak join dia nangis eh. Dia happy sebab dapat belikan ayah dia kereta baru walaupun hanya Axia E. Tahniah anak baik, korang komen lah dan doakan dia dimurahkan rezeki,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Hadiahkan Kereta Pertama Buat Ayah Tercinta! Pengorbanan Gadis Ini Raih Pujian Netizen

Difahamkan, pembelian itu merupakan kali pertama gadis tersebut membeli kereta sepanjang hidupnya. Namun apa yang lebih menyentuh hati, kereta pertama itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya didedikasikan khas buat ayah yang selama ini bertungkus-lumus menyara keluarga.

Ads

Menurut jurujual yang menguruskan pembelian tersebut, gadis yang dipercayai bernama Syahidah itu masih belum memiliki kenderaan peribadi dan berulang-alik ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan LRT. Dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, keputusannya untuk mengutamakan ayahnya jelas mencerminkan tahap kematangan dan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai anak sulung dalam keluarga.

Ayahnya pula dilaporkan bekerja sebagai pekerja kampung dan masih menanggung beberapa adik-beradik yang sedang bersekolah. Justeru, hadiah tersebut bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi juga satu usaha untuk meringankan beban kewangan keluarga serta memudahkan urusan harian ayahnya.

Ads

Hadiahkan Kereta Pertama Buat Ayah Tercinta! Pengorbanan Gadis Ini Raih Pujian Netizen Hadiahkan Kereta Pertama Buat Ayah Tercinta! Pengorbanan Gadis Ini Raih Pujian Netizen

 

Ads

 

View on Threads

 

Dalam rakaman video berkenaan turut memaparkan wajah si ayah yang tersenyum bangga sambil bergambar di sisi kereta baharu itu. Jelas terpancar rasa terharu dan penghargaan terhadap pengorbanan anaknya yang sanggup berkorban demi keselesaan keluarga.

Sejak kisah beliau menjadi tular, ramai pengguna di media sosial membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar gadis tersebut terus dimurahkan rezeki. Ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa nilai bakti dan kasih sayang terhadap ibu bapa tidak diukur melalui jumlah pendapatan, sebaliknya melalui keikhlasan hati dan keutamaan yang diberikan kepada keluarga.

Sumber: Threads @mrsfeerosez

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads