Musim sekolah tiba, sudah pasti ramai ibu bapa yang ambil kesempatan untuk membuat majlis khatan bagi anak lelaki mereka. Waktu inilah sebagai lelaki, kita mula terimbau semula saat-saat berkhatan dulu.
Kalau ikut adat zaman dulu, bagi anak-anak kampung yang ingin berkhatan, mereka akan beramai-ramai terjun sungai untuk mandi sebentar. Manakala budak-budak KL pula, pili bomba la yang menjadi tempat untuk mereka bersiram secara berjemaah.
Seronok kan kita dengar?
Macam-macam juga peristiwa lucu saat nak berhadapan dengan tok mudim. Sekarang ni bila viral video budak-budak nak bersunat, teringat pula kita waktu kecil dulu.
Jom kita tengok antara situasi adik-adik nak bersunat. Mana paling lucu? Hiks!
Tapi, korang kenal tak orang penting di sebalik kurma berbisik ini ? Pengasasnya dahulu mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga muntah darah disebabkan tertekan dengan masalah perniagaan? Ini merupakan cebisan kisah kejayaan Raja Kurma Yusuf Taiyoob.
Mula Berniaga Minyak Wangi Pada Usia Remaja
Datuk Seri Yusuf Taiyoob menceburi bidang perniagaan pada usia muda iaitu ketika berumur 21 tahun. Adat berniaga ada naik dan turunnya, perniagaan pertama yang diusahakannya ialah perniagaan minyak wangi. Pada waktu itu beliau turut mengeluarkan minyak wanginya sendiri secara kecil-kecilan untuk para pelancong. Kedainya yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mendapat sambutan yang menggalakkan.
Tetapi panas tidak sampai ke petang. Setelah premisnya dipindahkan ke tempat lain, perniagaannya merundum teruk sehingga beliau terpaksa berhenti daripada meneruskan perniagaan tersebut. Tekanan yang dihadapi telah membuatkan beliau jatuh sakit dan muntah darah kesan daripada masalah perniagaan yang dihadapinya.
Tak Putus Harapan Dan Terus Mencuba
Beliau tidak pernah putus harapan dan mencuba menjual pelbagai jenis produk. Produk yang memberikan pulangan yang tinggi akan diteruskan, manakala produk yang tidak memberikan keuntungan tidak akan dijual lagi. Walaupun masih menghadapi pelbagai cabaran seperti vendor melarikan diri, tetapi beliau cuba menghadapinya dengan tenang dan profesional.
Kredit : yuta.com
Kesabaran serta kegigihannya terbalas apabila kini beliau telah menjadi seorang pengimport serta pengedar kurma yang disegani. Syarikatnya yang berpengkalan di Pulau Pinang bukan sahaja menerima permintaan dari dalam negara, tetapi juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.
Syarikat yang diasaskan pada tahun 1988 itu, kini telah mempelbagaikan lagi produknya seperti jus buah-buahan, sabun herba, bahan membuat kuih-muih dan banyak lagi.
Sifat tidak mudah mengalah yang dimiliki oleh Datuk Seri Yusuf ini patut dicontohi oleh para remaja di luar sana. Walaupun pernah dihalau sewaktu ingin menjual produknya, inilah yang menjadi satu kenangan yang membawa dirinya untuk berjaya seperti sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.
Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.
Gambar hiasan
Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.
Aamiin..
Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?
Media sosial menjadi medium orang ramai menyuarakan apa yang mereka ingin sampaikan. Ada kalanya baik untuk bacaan semua pihak tapi ada juga yang boleh mengelirukan jika ia tidak tepat terutama dalam soal agama.
Berikutan tidak mahu masyarakat terkeliru dalam bab talak terutama bagi perkahwinan di usia muda, Ustaz Dr Syed Shahridzan Ben-Agil telah berkongsi ilmu mengenai lafaz kinayah iaitu kata-kata kiasan dalam bab talak.
Lafaz Kinayah (kiasan) dalam bab talak
Ilmu wajib disampaikan dengan penuh amanah, fakta mestilah tepat dan tidak mengelirukan para pendengar dan pembaca. Jangan sampai sesuatu penyampaian itu menimbulkan salah faham dan salah amal terhadap sesuatu perkara. Jika ia berlaku, tanggungjawabnya berat yang perlu dijawab di hadapan Allah.
1) Berkenaan poster ini, sangat mengelirukan orang awam Sepatutnya tidak boleh dipaparkan sebegini tanpa perincinan.
2) Lafaz-lafaz dalam poster tersebut adalah kinayah(kiasan), jadi ia bergantung pada niat, kalau niat kinayah dilafazkan dengan niat mentalakkan isteri maka jatuh talak itu. Ini kerana lafaz kinayah(kiasan) boleh memberi maksud yg lain, tak semesti maksud talak. Ini dijelaskan boleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya "Al-Iqna' bi Hall Alfaz Abi Syuja": وكناية وهو ما يحتمل الطلاق وغيره فيحتاج إلى نية لإيقاعه. Maksudnya: "(Talak) Kinayah ialah apa-apa (lafaz) yang membawa makna talak dan selainnya, maka ia memerlukan niat untuk menjatuhkannya".
3) Oleh itu apa-apa sahaja lafaz selain dari lafaz yang jelas dan nyata(sarih) maka ia memerlukan niat, seperti seorang lelaki berkata kepada isterinya, "Saya tak nak tengok muka awak lagi". Lafaz ini dikira sebagai talak JIKA si suami berniat di dalam hati untuk menceraikan isterinya.
4) Jika si suami menafikan niat cerai di mana berkemungkinan si suami berniat lain(seperti menyampah dan marah sahaja), maka hakim wajib mengambil kata-kata zahirnya dan talak tidak jatuh. Meskipun si suami berbohong(sebenarnya di hati berniat cerai), maka itu adalah urusan si suami dengan Allah Ta'ala kerana urusan hati hanya milik Allah dan dia akan bertanggungjawab di hari pembalasan nanti.
5) Manakala lafaz talak yang jelas dan nyata(sarih) tidak memerlukan niat talak/cerai, iaitu ia tetap jatuh talak walaupun tanpa niat talak seperti lafaz "Aku ceraikan kau" dan "Aku talakkan kau". Ini dijelaskan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam kitab yang sama:
صريح وهو ما لا يحتمل ظاهره غير الطلاق, فلا يحتاج إلى النية لإيقاع الطلاق. Maksudnya: "(Talak) sarih ialah apa-apa (lafaz) yang tidak membawa makna zahirnya selain dari (makna) talak, maka ia tidak memerlukan niat untuk menjatuhkan talak".
6) Bagi mereka yang merasakan diri kurang pengetahuan terutamanya ilmu agama, hendaklah berhati-hati dalam menyampai fakta, ilmu dan berita. Jangan sampai kita dipertanggungjawabkan oleh Allah kerana kelalaian kita yang disengajakan sehingga tersebarnya fakta yang salah. Lebih teruk lagi apabila orang ramai beramal dengan ilmu salah yang telah kita sebarkan. Wallahu A'lam Abu Ruqayyah Ba 'Alawi. Sumber / gambar : FB Ustaz Dr Syed Shahridzan Ben-Agil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!