Seorang bapa mencuri perhatian warganet apabila meluahkan rasa bangga terhadap puteri sulungnya yang berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, baru-baru ini.
Coretan panjang yang dimuat naik di Instagram itu bukan sahaja menyentuh emosi, malah menjadi inspirasi apabila berkongsi perjalanan hidup penuh cabaran yang dilalui keluarganya.
Dari Tepi Jalan, Penuh Air Mata & Pengorbanan
Menceritakan detik sukar yang pernah dilalui, bapa berkenaan mengimbau kehidupan mereka yang serba sederhana, hanya bergantung kepada usaha mencari rezeki di tepi jalan.
“Di bawah panas terik… di tepi jalan, orang nampak rojak… tapi tak nampak air mata.
“Keluarga kami bukan siapa-siapa, hanya Abah yang penat bekerja, Mama yang diam-diam berdoa,” katanya.
Perkongsian itu jelas menggambarkan realiti kehidupan mereka yang penuh pengorbanan, namun tetap tabah menghadapi segala ujian.
Luka Dihina Jadi Kekuatan
Menurutnya lagi, anak perempuannya yang mesra dipanggil Kaklong pernah berdepan dengan kata-kata sinis daripada orang sekeliling, namun menjadikan penghinaan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.
Ads
“Pernah dihina… “anak penjual rojak je..” tapi Kaklong simpan luka itu jadi kekuatan.
“Malam belajar dengan air mata, siang lihat pengorbanan Abah Mama,” coretnya lagi.
Ketabahan dan kekuatan mental itulah yang akhirnya membentuk kejayaan yang diraih hari ini.
Ads
Air Mata Syukur, Bukan Lagi Duka
Mengulas tentang keputusan SPM yang diperoleh, si ayah tidak dapat menahan rasa sebak apabila segala usaha dan doa akhirnya dimakbulkan.
“Hari ini… Allah jawab segalanya. SPM 2025 cemerlang. Air mata yang jatuh… bukan lagi sedih, tapi syukur.
Tambahnya lagi, kejayaan tersebut bukan sekadar keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi lambang kebangkitan sebuah keluarga yang pernah dipandang rendah.
Ads
“Dari keluarga yang dipandang rendah… hari ini kami berdiri dengan maruah”
“Syukur Alhamdulilah, tahniah Kaklong buat abah dan mama bangga untuk SPM 2025,” tambahnya lagi.
Warganet Tumpang Bangga & Ucap Tahniah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan kisah penuh inspirasi itu. Ramai yang menzahirkan rasa bangga selain mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang yang diraih oleh anak perempuan kesayangannya.
Tidak kurang juga yang menjadikan kisah tersebut sebagai sumber motivasi, khususnya buat pelajar lain agar tidak mudah berputus asa walau datang daripada latar belakang sederhana.
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian hebat pada masa akan datang. Tahniah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Penah dengar tak orang turun berat badan dengan makanan rendah karbo?
Salah satu menu rendah karbo dan enak yang boleh korang cuba ialah ‘Terung John’ ini.
Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN: 1 biji terung panjang – potong memanjang 1 homemade beef patty/daging burger 3 biji telur Garam pink himalaya Serbuk lada hitam Sedikit daun ketumbar Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali. 2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan. 4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan. 5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan. 6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Tapi korang jangan pula letak mayones banyak-banyak, nanti terus jadi menu tak sihat. Selamat mencuba!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Malaysia menjadi pilihan stor kosmetik dan penjagaan diri popular, Sephora untuk membuka cawangan kafe pertamanya di rantau Asia Tenggara?
Terletak bersebelahan dengan cawangan Sephora di Fahrenheit88 Bukit Bintang, Sephora Cafe mula menemui pengunjungnya sejak 1 Disember lalu.
Ia merupakan cawangan kolaborasi bersama Trio Bakehouse dan menyediakan menu yang pelbagai untuk korang yang ingin meluangkan masa rehat sebentar setelah sibuk seharian membeli-belah di Sephora!
Kunjungan sulung REMAJA ke Sephora Cafe ini ternyata tidak mengecewakan apabila mendapati pilihan yang disediakan menepati setiap cita rasa. Antara yang dihidangkan termasuklah donut istimewa Sephora (RM12) berinti ‘vanilla peach compote’ dan vanilla bean chatilly’ yang tidaklah terlalu manis untuk korang nikmati.
Selain itu, REMAJA turut sempat mencuba minuman Valrhona Chocolate (RM18), ‘Dirty Match’ (RM20) dan Organic Heart Breaker (RM15) serta snek klasik seperti ‘buttery croissants’ (RM10), ‘Cinnamon Sugar Dougnut (RM6) dan ‘Pain Au Chocolat’ (RM15). Ya, kami memang penggemar coklat!
Jangan lupa juga untuk mencuba pilihan lain termasuklah ‘Japanese Curry Beef’ (RM18), ‘Chicken Charsiew’ (RM16) dan ‘Truffle Mushroom’ (RM16) sekiranya korang teringinkan menu yang lebih mengenyangkan.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk check out Sephora Cafe yang bakal dibuka dari sekarang hingga 31 Mei 2025. Sambil itu, apa kata korang juga nikmati instalasi istimewa yang disediakan oleh Sephora Malaysia di aras tanah Fahrenheit88 Bukit Bintang sempena musim percutian ini.
Pelbagai prop menarik untuk dijadikan latar belakang swafoto serta stesen interaktif lain di mana korang boleh memenangi hadiah menarik daripada Sephora ada disediakan di sini.
FOTO: Sephora Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!