Perkongsian pelakon popular, Nabila Huda mengenai perjalanan terakhir kucing kesayangan pertama yang dibela bernama Aoki baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutama di kalangan pencinta kucing.
Menurut Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi (40) perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas kasihan terhadap haiwan dan hatinya cukup tergores apabila ada pihak mengambil jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan yang sakit.
“Bagi saya masalah kewangan bukan alasan untuk buang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah”
“Kalau anak kita sakit, tak mungkin kita akan buang sewenang-wenangnya anak itu, begitu jugalah dengan haiwan peliharaan kita,” ujar Nabila sebak ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama baru-baru ini.
Ads
Tambahnya, perkongsian mengenai Aoki bukan hanya sekadar untuk menimbulkan kesedaran tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu mengenai kucing yang mungkin tidak diketahui ramai.
Bahkan ada di antara pengikut yang baru menyedari simptom yang dialami Aoki turut ada pada kucing yang pernah dipelihara.
“Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda yang pengikut saya jadikan rujukan,” jelasnya.
Ads
Terdahulu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat pada 2 Oktober.
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini. Selain Nabila, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Kamal Adli, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja menyambut ulang tahun ke-37, bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo telah mencatatkan rekod apabila beliau menjadi manusia pertama yang mempunyai seramai 400 juta pengikut di instagram.
Pada pertengahan tahun lalu, Ronaldo dilihat mempunyai sejumlah 300 juta pengikut dan hanya beberapa bulan sahaja bintang sukan ini berjaya menambah sehingga 400 juta. Tempat kedua dimiliki oleh Kylie Jenner dengan jumlah pengikut seramai 308 juta dan diikuti Lionel Mesi sebanyak 306 juta.
Dengan jumlah 3242 hantaran yang dibuat di instagram, Cristiano Ronaldo juga mencatatkan purata sebanyak 10 juta tanda suka bagi setiap gambar yang dimuat naik dan beliau hanya mengikuti 501 akaun instagram yang lain.
Fuh, memang ramai rupanya peminat Cristiano Ronaldo ni mengalahkan artis!
Jom kita lihat antara akaun instagram milik individu lain yang turut mempunyai jumlah pengikut paling ramai.
Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan tak kisah anaknya untuk menjadi pemain bola sepak profesional dengan syarat memastikan al-Quran sentiasa tersemat di dada dan bijak dalam akademik.
Perkongsian tersebut dimuat naik pelakon filem popular Mami Jarum itu menerusi Insta Story miliknya.
Menurutnya beliau akan sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada permata hatinya bagi mengulas artikel berkenaan pesanan yang dibuat kepada anak-anak jika ingin menceburi diri dalam dunia bola sepak profesional.
Rita Rudaini Tak Kisah Anak Jadi Pemain Bola Sepak
Sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata tersayangnya itu, dia sentiasa berfikir mengenai nasib dan masa depan anak-anaknya.
Pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu mahu Airit Rayyan Rizqin mencapai kejayaan dalam akademik.
Ujarnya lagi, jika terbiasa melazimi bacaan al-Quran dan mempunyai tahap pendidikan yang baik, sekurang-kurangnya apabila sudah tidak aktif dalam sukan, mereka masih boleh meneruskan kehidupan di masa hadapan.
“Nak jadi apa pun jadilah asalkan di dada kamu terisi al-Quran dan seorang yang bijak dalam akademik.
“At least kalau dah tak laku main bola esok-esok, ada ‘geran’ degree ka PHD ka, ye dok?” titipnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri muzik Malaysia mencatatkan sejarah baru pada tahun 2024 apabila pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 11.5% kepada RM339 juta, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini yang tercatat pada tahun 1996 dengan jumlah RM315 juta.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan 14% dalam hasil pendapatan digital serta peningkatan 7.6% dalam kutipan royalti oleh tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama di negara ini.
Walaupun menghadapi cabaran daripada muzik janaan kecerdasan buatan (AI), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus memperkukuh perlindungan hak cipta dan menyokong penggiat seni tempatan.
Dalam perkembangan lain, Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim, sementara lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda menjadi Lagu Tempatan Paling Tinggi Distrim sepanjang tahun 2024. Kategori lain yang menarik perhatian termasuk:
Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars
Artis Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Taylor Swift
Artis Cina Tempatan Paling Tinggi Distrim: Firdhaus
Sepanjang tahun 2024, RIM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri muzik tempatan. Salah satu inisiatif utama ialah program Carta RIM yang menampilkan lagu-lagu paling tinggi distrim di Malaysia dalam tiga bahasa utama, yang disiarkan di stesen-stesen radio milik Astro Radio iaitu ERA, Hitz, dan MY.
RIM juga berjaya memperoleh kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24), sebuah acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!