Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila pelakon tanah air, Nabila Huda diserang oleh individu yang mendakwa dirinya telah mencuri budaya Indonesia.
Menerusi perkongsian di laman X, individu tersebut dilihat menulis hantaran dengan nada tidak berpuas hati terhadap pelakon Harum Malam itu.
Paling mengejutkan, individu berkenaan juga berani mengeluarkan ugutan untuk menculik anak aktres terbabit.
“Nabila Huda adalah ‘claimer’ nombor satu, pencuri budaya Indonesia.
Ads
“Saya akan culik anak awak kalau awak masih ‘claim’ budaya Indonesia,” komennya.
Tidak berdiam diri, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mengulang ciap hantaran tersebut dan meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu berkenaan.
Bagaimanapun, akaun tersebut didapati tidak lagi boleh diakses secara umum.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan individu tersebut sangat keterlaluan selain menasihati pelakon terkenal tersebut untuk membuat laporan polis demi keselamatan dirinya sendiri dan keluarga.
“Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana,” komen warganet.
Ads
“Kenapa dia ni? Aduhai…boleh buat laporan untuk keselamatan,” coret peminat lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Akaun X & Instagram Nabila Huda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menabung merupakan satu amalan yang sangat digalakkan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Menabung juga merupakan satu kaedah yang sering dipraktikkan oleh golongan remaja dan muda untuk mencapai target mereka membeli sesuatu yang diidamkan atau mengumpul dana untuk trip ke luar negara.
Bagi sesetengah orang menabung dengan cara tradisional dengan menggunakan tabung fizikal menjadi pilihan mereka. Dan ada juga yang menabung dengan cara bermain ‘kuthu‘ bersama rakan-rakan sepejabat. Tidak kurang juga yang menabung dengan menggunakan disiplin diri dengan meninggalkan sejumlah wang di dalam akaun mereka menerusi gaji setiap bulan.
Tapi tahukah korang bahawa terdapat cara bagaimana untuk menabung dengan cara yang mudah dengan menggunakan online banking?
Seorang pengguna Twitter iaitu Qila (@nuraqilamhdidrs) telah berkongsi tip cara yang mudah menabung menggunakan Maybank2u menerusi thread yang dikongsi olehnya.
Bagaimana menabung secara online banking ini berfungsi? Secara ringkas pihak bank akan memotong sejumlah wang daripada akaun anda secara otomatik dan bila tiba tempoh matang ia akan dimasukkan semula ke akauan bank anda.
Qila memberi contoh sekiranya korang mempunyai sasaran untuk menyimpan selama 3 tahun dengan potongan RM300 sebulan, maka pada tempoh matang korang akan berjaya kumpul RM7200
Dengan cara ini korang boleh tunaikan umrah pada usia muda. Hebat bukan!
Jadi bagaimana cara melakukannya? Pertama sekali log in Maybank2u dengan menggunakan browser, Klik ‘Account & Banking’.
Kemudian paparan ini akan keluar di skrin. Tekan ‘Go’.
Pilih tetapan ‘Setup Flexi Saver Plan-i’. Jika tiada sebarang paparan, sila buat panggilan mana-mana cawangan Maybank.
Kemudian klik opsyen dan pilih mengikut kemahuan korang. Sebagai contoh ‘tenure’ untuk tempoh simpanan, ‘contribution amount’ untuk jumlah simpanan setiap bulan dan ‘purpose of flexi plan’ untuk sebab mengapa korang membuat simpanan. ‘Effective date’ pula merujuk kepada bila korang mahu duit ditolak daripada akaun.
Bila semuanya selesai paparan Maybank2u akan keluar begini.
Semoga perkongsian daripada @nuraqilamhdidrs dapat membantu korang untuk menabung untuk pelbagai tujuan peribadi. Terima kasih @nuraqilamhdidrs for this awesome tips! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial katanya Bae Suzy telah dilamar untuk membintangi sebuah filem terbitan produksi di India. Shankar Shanmugam merupakan antara penerbit popular filem Tamil dan terbaharu, beliau dilaporkan bakal mengarah filem thriller politik yang akan dibintangi oleh pelakon Ram Charan.
Memandangkan filem tersebut diterajui oleh dua nama besar, media di India sibuk memperkatakan tentang siapakah pelakon wanita yang akan membintangi filem tersebut dan tidak disangka-sangka, nama Bae Suzy menjadi sebutan.
Menurut laporan, pelakon Korea itu mungkin sedang dalam perbincangan untuk memainkan peranan utama dalam filem tersebut. Walaupun pada asalnya filem itu hanya merangkumi industri perfilem di India sahaja, namun kini terdapat ura-ura yang mengatakan filem tersebut bakal merangkumi negara-negara Asia seperti Korea Selatan.
Ini bukan pertama kalinya Suzy dikhabarkan akan berlakon bawah arahan Shankar kerana pada 2019, personaliti itu juga mengingingkan Suzy untuk membintangi filem India 2, iaitu sebuah sekuel filem India pada tahun 1996.
Namun akhirnya, peranan utama filem itu dilakonkan oleh Kajal Aggarwal dan Suzy hanya mempertimbangkan untuk membawa peranan lebih kecil dalam beberapa scene dari filem di Taiwan.
Walau bagaimanapun, pihak Management Soop dan team produksi Sri Venkateswara Creations masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan hal ini.
Jika benar seperti yang ditularkan, mesti ramai peminat tidak sabar melihat kemunculan Bae Suzy dalam filem tersebut kan?
Makin besarlah industri hiburan Korea jika berjaya meluaskan pasaran mereka di India pula. Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya.
Pengumuman ‘rahsia’ pernikahan di antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semalam telah menggegarkan dunia hiburan. Ribuan ucapan tahniah telah mereka berdua terima menerusi akaun media sosial masing-masing.
Tentunya selain pasangan bahagia itu, antara insan paling gembira apabila mendapat tahu berita ijab kabul tersebut ialah ahli keluarga mereka sendiri yang turut terlibat dalam acara yang terpaksa dirahsiakan demi kontrak penggambaran secara eksklusif oleh penyiar rasmi.
Bercakap kepada adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose, pelakon drama Terlerai Noktah itu berkata dia tidaklah terlalu terkejut apabila Uqasha dan Kamal memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Ini kerana persediaan daripada momen lamaran di pentas Anugerah MeleTOP Era sehingga ke majlis akad nikah sebenarnya telah memakan masa yang lama.
Sebagai adik; besar harapan Raysha agar segala persediaan majlis akad nikah itu tidak akan terganggu dengan perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah pada tahun ini.
“Kami sekeluarga okay saja apabila perlu ‘merahsiakan’ ijab kabul Kamal dan Uqasha. Cuma susah untuk kami tahan keterujaan dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang,” katanya sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Di majlis sidang media pengumuman tergempar semalam, Uqasha ada menyebut nama Nelydia, Raysha, Aprena dan Oktovia yang ada bersama-sama dengannya pada malam sebelum majlis akad nikah. Kata Qasha, mereka berada di biliknya untuk memastikan dia kekal tenang dan mudah tidur pada malam tersebut.
Penulis mendapatkan penjelasan daripada Raysha mengenai momen itu. Katanya, adik-beradik mereka seboleh mungkin enggan membuatkan Uqasha terlalu memikirkan hari akad nikah yang mendatang agar pelakon jelita itu tidak ‘overthinking’ dan mendapatkan waktu rehat secukupnya.
“The fact that she was getting married, kami tidak mahu pun sebut tentangnya. Kami enggan bersedih dan terlalu melayan perasaan. Malam itu sewaktu dia merasa cemas sedikit, kami menenteramkannya. Just relax and enjoy tomorrow. Kami beritahu dia bakal menjadi pengantin tercantik pada keesokan harinya,” kongsi Raysha.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..”
Beberapa keping foto daripada majlis akad nikah Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 5 November lalu mula dikongsikan oleh ahli keluarga Senrose dan Rizrose di media sosial sejak semalam.
Tinjauan REMAJA terhadap foto (dan video) yang menampilkan Raysha memperlihatkan dirinya sering mengelap air mata sewaktu majlis dilangsungkan.
“Sejak Uqasha berjalan ke arah pelamin lagi, saya tidak tahulah mengapa saya terlalu beremosi. Mungkin kerana Uqasha amat ambil berat mengenai keluarganya mengalahkan ayah dan ibu kami. She is the anchor of our family.
“Uqashalah yang memastikan semua orang okay dan dialah insan yang paling tidak mementingkan diri yang pernah saya kenali dalam hidup. Dia akan sentiasa meletakkan ahli keluarga ke hadapan mendahului dirinya sendiri.”
“Apabila mengenangkan memori kami bersama, kesusahannya dan jasanya; saya pun mudah menjadi sebak lalu menitiskan air mata. Tidak pernah lagi saya menangis sebegitu rupa selama ini.”
“Bukan mudah untuk Uqasha mencari insan yang tepat bagi dirinya. Saya tahu dia selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa tersebut,” jelas Raysha yang cantik mengenakan gaun merah rekaan Ezuwan Ismail sewaktu majlis tersebut.
Kalau korang masih ingat, Kamal Adli merupakan hos yang bertanggungjawab mengumumkan nama Raysha selaku juara Dewi Remaja 2014/2015. Siapa sangka, tujuh tahun kemudian takdir Allah tertulis rapi dan menyaksikan Kamal bergelar abang iparnya. “Begitulah hebatnya perancangan Allah, kan.”
Buat masa ini, masih terdapat dua buah majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Kedua-dua majlis itu akan menjadi sebahagian daripada siri tiga episod perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sepanjang bulan Disember ini.
Bagi pihak keluarga Uqasha, mereka kini sedang rancak melakukan persediaan bagi malam berinai dan resepsi perkahwinan. Malah, Raysha pun terlibat menjalani latihan menari untuk malam berinai tau! Tak sabarnya nak tonton.
Satu-persatu adik-beradik Senrose dan Rizrose nampaknya telah menamatkan zaman bujang. Tentulah ramai yang ingin melihat Dewi Remaja ini pula menjadi gadis seterusnya yang menemui kebahagian bersama jejaka pilihan.
(Dari kiri) : Majlis akad nikah Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose
Tergelak sebentar apabila diajukan pertanyaan sekiranya Raysha sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Raysha ringkas menjawab, “Buat masa ini, (berkahwin) belum lagi menjadi keutamaan saya. Saya pun tidaklah tergesa-gesa (untuk berkahwin). Kalau ada, adalah,” simpulnya.
Raysha bersama pasangannya yang juga merupakan pelumba profesional, Nabil Jefri. Sumber Foto : Instagram @nabiljefriofficial
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...