back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Ambil Iktibar, Remaja 18 Tahun Maut Digilis Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori

Ambil Iktibar, Remaja 18 Tahun Maut Digilis Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori

Alfatihah diucapkan buat mangsa!

Seorang remaja berusia 18 tahun menemui ajal selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori dalam satu kemalangan yang berlaku pada tengah malam tadi. Insiden ini dilaporkan berlaku di Rawang, Selangor.

Ambil Iktibar, Remaja 18 Tahun Maut Digilis Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori

Dalam kejadian di Kilometer 14.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) itu, mangsa sebelum itu dikatakan sedang menunggang motosikal secara berkumpulan bersama rakannya.

Memetik laporan Astro Awani, mereka dikatakan baru sahaja selesai makan malam di Shah Alam dan sedang dalam perjalanan pulang ke Ijok.

Difahamkan, tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang lori. Ia sekali gus menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya. Nasib tidak menyebelahinya apabila dia kemudian digilis dengan kereta jenis Perodua Bezza yang dilaporkan tidak sempat mengelak ketika itu.

Ambil Iktibar, Remaja 18 Tahun Maut Digilis Kereta Selepas Rempuh Belakang Lori
Gambar Hiasan

Pada masa yang sama, Perodua Bezza itu turut mengheret motosikal mangsa sejauh 100 meter.

IKLAN

Mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Allahu, jadi mari la kira mengambil ikhtibar dari kemalangan ini dengan mengamalkan peraturan jarak kenderaan semasa memandu dan menunggang motosikal.

1) Peraturan 2 saat.

Apabila memandu di belakang sesebuah kenderaan, pemandu di syorkan berada 2 saat di belakang kereta depan. Ini di anggap jarak yang paling selamat. Dua saat, mengikut kajian pakar-pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta depan dalam satu-satu situasi kecemasan.

2) Peraturan 4 saat.

IKLAN

Semasa waktu hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi di amal

peraturan 2 saat lagi. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu dinasihatkan menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat tadi.

Apa yang diertikan adalah, gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.

3) Peraturan 3 saat.

IKLAN

Peraturan ini khas untuk mengekori motosikal. Berbeza dengan kereta, motosikal dianggap kenderaan bahaya. Penunggang dan pembonceng  tidak terlindung. Ia beroda dua. Di nasihatkan, jauhi daripadanya sewaktu memandu. Amalkan sekurang-kurangnya 3 saat sebagai langkah keselamatan.

4) Peraturan 12 saat.

Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori dan treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke hadapan.

Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan.

Ini 4 peraturan jarak yang penting, yang di harapkan dapat membantu korang menjadi seorang pemandu yang lebih cekap.

Apapun team Remaja mengucapkan takziah dan al-fatihah (dengan bacaan) buat mangsa.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI