Telefon yang menyokong rangkaian 5G pertama dilancarkan di Malaysia.

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’Kali ni korang mesti teruja dengan Vivo Nex 3 sebab ciri utama iaitu POLED Waterfall FullView Display dengan lengkungan sisi dan skrin 99.6% dan hanya 6.89 inci.
Vivo Malaysia sekali lagi melancarkan telefon pintar baru selepas melancarkan Vivo V17 Pro dengan 6 kamera awal bulan ini. Sama seperti sebelumnya, NEX 3 sudah tentu menampilkan beberapa ciri-ciri serba baru yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’

Dengan pelancaran Vivo Nex 3 5G di Malaysia, ia menampilkan skrin ‘air terjun’ yang melengkung di kedua-dua sisi hingga hampir ke belakang, dengan nisbah skrin ke badan setinggi 99.6%. Ia menggunakan skrin Super AMOLED berukuran 6.89-inci, tanpa takuk dan lubang.

Untuk Yang Gemar’Selfie’

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’
.

Tetapi kamera yang lebih menarik ialah kamera depannya. Ia menggunakan sensor 16MP yang berpasangan dengan LED Flash dan dipasang pada modul pop boleh sembunyi. Modul pop up ini mengambil masa hanya 0.65 saat untuk keluar, lebih pantas dari sistem pop up mereka sebelum ini.

IKLAN

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’

Tarikan lain pada NEX 3 ialah sistem tri-kamera belakang gabungan 64MP + 13MP + 13MP yang dipanggil Lunar Ring Camera System.

Bateri Tahan Lebih Lama

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran teratas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

IKLAN

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’

Audio Yang Wow!

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran.

IKLAN

Peranti 5G Pertama Di Malaysia, Vivo NEX 3 Muncul Dengan Skrin ‘Air Terjun’

Vivo NEX 3 5G ini dijual pada harga hanya RM3899. Secara tidak langsung, peranti ini adalah peranti 5G pertama di Malaysia. Cuma sayang sekali, tiadak sokongan 5G lagi di Malaysia.

Tapi tak apa, tak lama lagi 5G nak sampai ke negara kita kan. So kalau korang yang tengah mencari telefon pintar. Vivo Nex 3 ini memang pilihan yang berbaloi untuk korang yang tak rajin transfer gambar ke hardisk!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI