5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.
Untuk meningkatkan taraf teknologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengingatkan pengguna telefon bimbit atau peranti 3G segera beralih ke rangkaian 4G kerana rangkaian 3G di Malaysia bakal ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember ini.
Ini bagi mengelakkan perkhidmatan telekomunikasi pengguna tidak terkesan, sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan dalam gelombang pendigitalan.
Ads
Pengguna yang masih memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
So guys, kalau masih ada yang menggunakan rangkaian 3G cepat bertukar kepada 4G sebelum 31 Disember ini ya. Mungkin ada ahli keluarga korang yang menggunakan 3G, jadi boleh maklumkan kepada mereka.
Ads
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah sekian lama menantikan kemunculan Sony PlayStation 5, kini para gamers semua boleh menghela nafas lega kerana perasmian permainan video ini telah dilancarkan awal pagi tadi.
Walaupun harganya masih belum diumumkan, namun pihak Sony telah membongkar rupa bentuk rekaan yang didatangkan dalam dua versi, iaitu PlayStation 5 secara fizikal dan PlayStation 5 Digital Edition.
Selain itu juga, Sony turut memperlihatkan aksesori penuh untuk konsol berkenaan, termasuklah sebuah set kepala, pengawal media, kamera HD dan juga alat kawalan permainan DualSense.
Menurut amanz.my, setelah dilihat Sony akan hadir dengan dua variasi konsol untuk PlayStation 5, dimana satu menyertakan sokongan cakera fizikal dan satu lagi adalah versi digital sepenuhnya. Versi digital mungkin dijual dengan harga sedikit murah, selain memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati permainan melalui muat turun permainan secara digital.
Walau bagaimanapun, pihak Sony juga belum berkongsi harga jualan dan tarikh mula jualan untuk konsol PlayStation 5 terbaru ini.
P/S: Duit simpanan korang dah cukup ke belum? Hiks!
Walaupun bakal majikan ingin mengambil pekerja yang mahir dan berpengalaman, tapi first impression tu tetap penting. Kalau penampilan resume korang pun tak menarik dan main buat saja, pasti mereka dah tahu korang ni orangnya macam mana.
Jadi, untuk nak senang dan nampak resume lebih berketerampilan serta menyakinkan, korang boleh download apps berikut bagi menyediakan butiran resume yang betul dan lengkap.
Hanya guna smartphone, korang dah boleh menyiapkan resume dengan mudah.
Tak caya? Apa kata korang cari aplikasi ini dan cuba sendiri.
3. Ikut template yang sesuai mengikut kehendak korang
4. Antara contoh-contoh template yang disediakan
Mudah kan? Tak perlulah korang nak blur lagi kalau ada yang baru first time nak buat resume. Guna saja aplikasi ini dan paling best boleh buat melalui smartphone saja.
Semalam, ramai yang memuat naik gambar Sony PlayStation 5 (PS5) dan menyatakan bahawa mereka sudah mendapatkan permainan video idaman ‘kaki gamers’ itu. Pelik juga, sedangkan PS5 belum lagi dilancarkan di negara kita, tetapi bagaimana mereka sudah memilikinya?
Nah, jangan tertipu lagi. Ia sebenarnya dalah satu filter di Instagram yang telah dicipta oleh @aroneverthing dan tidak sangka ia menjadi tular dengan pantas.
Filter ini membolehkan pengguna Instagram meletakkan PS5 tersebut dimana-mana yang mereka mahu kan dan paling menarik, ia memang nampak ‘real’. Maka, tidak hairanlah jika ada yang terpedaya pada mulanya.
Korang boleh mencari filter ini dengan carian ‘PS5 Box’ dan jika tidak ingin filter PS5 ini dipamerkan, tekan sahaja simbol save. Filter ini juga membolehkan korang untuk ‘adjust’ saiz permainan video tersebut supaya lebih nampak real.
Ha, menarik kan? Kalau tak mampu beli, bolehlah feeling-feeling guna filter ni kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!