
Semakin lama, semakin merebak wabak Covid-19.
Kes kematian COVID-19 di dunia pada masa kini telah pun kini melepasi angka 1.34 juta kes dan jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi 56 juta dicatatkan. Ramai selebriti dan orang ternama turut dijangkiti virus ini dan ia jelas menunjukkan bahawa koronavirus tidak mengenal mangsa.
Sebelum ini kami pernah senaraikan antara barisan selebriti yang disahkan positif COVID-19, terbaru ramai pula atlet sukan yang turut dijangkiti.

Terbaru, dunia sukan terutamanya peminat pasukan Liverpool dikejutkan dengan berita mengenai bintang bola sepak kesayangan ramai, Penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang didapati positif COVID-19.
Berita tersebut didapati menerusi kenyataan yang disahkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA)
Salah tak dapat elak Covid-19
Salah sebelum ini positif COVID-19 pada Jumaat lalu menjelang kelayakan Piala Afrika menentang Togo.

Salah yang merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Ingeris (EPL) musim ini dengan lapan gol akan terlepas untuk bermain bersama Leicester City Ahad ini.
Beliau juga berkemungkinan akan dikecualikan daripada beraksi bagi Liga Juara-Jura membabitkan Liverpool menentang Atlantan, minggu depan.
Apa-apapun kita berdoa agar Salah diberikan kesembuhan dan boleh beraksi di padang semula. Get well soon hero!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seminggu Bertarung Dengan Koma, Ini Kisah Kematian Tragis Ratu Cantik Alabama

Jika sebelum ini dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ibu Cheslie Kryst Hentikan Teori Konspirasi Tentang Tragedi Anaknya, Sahkan Niat Bunuh Diri

Baru-baru ini seorang lagi ratu cantik ‘mengambil’ nyawanya sendiri.
Zoe Sozo Bethel, wanita yang dinobatkan sebagai Miss Alabama 2021 menghadapi kematiannya dengan cara yang cukup tragis. Menurut laporan polis Miami, pada Jumaat (11/2/2022) dia disyaki cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap di tingkat tiga sebuah bangunan di Miami.

Miss Alabama Zoe Sozo Bethel
Setelah kejadian tersebut, wanita berusia 27 tahun itu segera dikejarkan ke hospital berhampiran. Zoe cedera parah dengan kecederaan trauma otak hingga koma. Seminggu kritikal, ratu cantik itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
“Jumaat 18 Februari 2022 pada 5:30 pagi waktu Miami, Florida, Zoe Sozo Bethel yang dikasihi meninggal dunia kerana dia tidak dapat mengatasi kecederaannya,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan di Instagram.
Kemalangan Tragis
Dalam kenyataan rasmi keluarga, mereka tidak mahu punca kematian Zoe dikenal pasti sebagai bunuh diri, tetapi memilih untuk melaporkannya sebagai kemalangan tragis.
“Jika dia mempunyai pilihan, dia masih mahu bersama kami hari ini,” kata keluarga itu, seperti dipetik The Post.

Zoe mengalami kecederaan otak yang serius. Doktor juga telah memaklumkan kepada keluarga bahawa masa Zoe tidak akan lama kerana kerosakan otaknya tidak dapat dipulihkan.
Tidak diketahui apa yang mendorong Zoe Sozo cuba membunuh diri. Menurut keluarga, Zoe Sozo seorang yang beragama.
“Dia mengasihi Tuhan dan menjalani kehidupan yang terbaik untuk orang di sekelilingnya,” kata keluarga itu.
Ibu kepada seorang anak ini juga seorang wanita yang aktif. Dia bekerja sebagai wartawan untuk Rangkaian Penyiaran Right Side.
Kematian menjadi simbol bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masalah tekanan mental yang dihadapi menjadikan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras.
Jika anda mengalami masalah tekanan berkaitan kesihatan mental, hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk mendapatkan pertolongan.
BACA LAGI : 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Daily Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Ibu Meninggal Dalam Keadaan Senyum Selepas Lahirkan Anak Undang Sebak

Ajal maut merupakan rahsia Allah taala buat hambanya. Setiap kali mendengar berita kematian terutama melibatkan ahli keluarga, pasti jiwa dan emosi mereka yang mengalaminya dalam keadaan bersedih.
Namun pastinya lebih sedih apabila kematian itu berlaku selepas melahirkan seorang anak ke dunia. Bukan saja kehilangan sang ibu yang akan mendodoikan saat menangis tapi pastinya sang anak juga tidak akan merasai susu ibunya.
Berita seorang ibu dari Payakumbuh, Sumatera Barat Indonesia yang meninggal dunia minggu lalu selepas melahirkan bayi keduanya termasuk wajahnya yang tersenyum menjadi viral di negara jiran terbabit. Lebih menyayat hati, bukan saja meninggal dalam keadaan tersenyum, curahan hati suaminya, Firdaus Sutan Parpatiah turut mengundang sebak di hati pembaca.
Allah sebaknya. Tak boleh bayangkan perasaan begini, satu kehilangan yang begitu sukar diterima.

Dalam satu perkongsian di fb atas nama Firdaus Sutan Parpatiah, memetik berita dari Tribunnews, Firdaus memaklumkan isterinya meninggal dunia selepas melahirkan bayi perempuan mereka, Divani Putruami. Sebelum kejadian 24 Julai lalu itu, Firdaus sempat menulis dia dan isterinya sedang berada di Rumah Sakit Dr Adnaan WD Payakumbuh, Sumatera Barat 22 Julai lalu.


Mungkin terkesan dengan pemergian isteri tanpa terduga selepas melahirkan anak mereka, di curahan fbnya, Firdsaus berkata dia mahu memberika nama yang sama dimiliki arwah isterinya untuk anak baru dilahirkannya itu.
“Saya tidak pandai memberikan nama-nama indah untuk anak perempuan ini.”
”Ini kerana keindahan itu sudah berada di almarhum isterinya.
“ Maaf bunda, nama puteri kita. Pakai nama bunda saja.
Divani Putriami, Copy Nama Abang nya sedikit, cuma ujungnya saja Chello Khenzi Al-ghani.
Jadi nama Putri kita Divani Putriami Al-Ghani, gak apa2 kan, tulisnya.
Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk arwah. Meninggalnya dalam keadaan syahid kecil selepas melahirkan bayi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Drama Raya Legend Yang Pernah Hit Satu Ketika Dulu

Teringat kembali bila time dulu-dulu, selain daripada excited nak berbaju raya baru dan makan ketupat rendang, ramai yang pasti tertunggu-tunggu drama hebat yang akan ditayangkan di kaca TV.
Dari golongan muda sampailah ke anak cucu terlalu asyik duduk depan TV sambil mengesat hidung yang meleleh dek kerana beria sangat menangis.
Ya, kalau korang nak tahu drama raya dulu bukan biasa-biasa wey. Semuanya memang legend. Kalau tak meleleh air mata, memang tak sah!
Jom kita throwback sikit antara drama legend raya yang pernah menjadi bualan satu ketika dahulu.
1. Daun Ketupat Kering

Drama ini mengisahkan seorang ibu dengan 5 orang anaknya, seorang menantu dan seorang anak angkat. Semasa si ibu menunggu kepulangan anak-anaknya, satu tragedi menyedihkan telah berlaku di mana keempat-empat orang anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
2. Pondok Buruk

Antara drama raya terbaik yang ditayangkan di Astro dalah Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi, arwah Ismail Din, Rosyam Nor, Jalaluddin Hassan dan Vanidah Imran ini memang membuatkan penonton rasa sayu dan terkesan dengan watak mereka.
Pondok Buruk juga bakal meninggalkan kesan yang cukup pahit dan pedih buat mereka yang menyisihkan diri daripada keluarga, terutamanya ibu bapa.
3. Rendang Untuk Mertua

Marina dibenci mertuanya kerana kurang cantik berbanding menantu yang lain. Walau bagaimanapun, dia sangat taat kepada mertua dan sewaktu Aidilfitri, Marina bertungkus-lumus mengemas dan memasak.
Rendang yang disediakan olehnya sangat disukai oleh ibu mertuanya tetapi mereka sering berpura-pura tidak menyukainya. Ketika mertuanya sakit, Marina dituduh ingin membolot harta keluarganya itu.
4. Takbir Suci

Lakonan Raja Azura sebagai Kak Nora dalam drama ni memang amat zalim cara dia melayan anak yatim. Siapa yang tonton drama ni confirm geram habislah dengan si Nora ni. Drama ni ada sambungan iaitu Takbir Suci 2 dan Takbir Suci 3.
Korang boleh dapat tengok macam mana akhirnya Nora ni dapat pembalasan.
5. Sinar Penghujung Takbir

Mengisahkan tentang Senah, seorang ibu yang cacat penglihatan berharap agar dapat ditemukan dengan anak lelakinya sendiri. Semuanya gara-gara suami Senah yang mengambil anaknya sejak dia lahir dan berjanji untuk memulangkan semula pada hari raya pertama.
Lakonan: Ellie Suriati, Norlia Ghani, Didie Alias, Amerul Affendi
6. Aidilfitri di Bulan Sya’ban

Lain pula dengan drama raya ni, Aidilfitri di Bulan Sya’ban lebih menghiburkan dengan aksi komedi yang mencuit hati. Drama ini mengisahkan seorang pemuda disahkan menghidap kanser dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.
Permintaan terakhirnya adalah untuk menyambut raya dan semua kehendaknya dituruti oleh rakan-rakannya. Namun begitu, rupa-rupanya doktor sudah pun membuat kesilapan dan sebenarnya dia tidak mempunyai kanser.
Macam-macam aksi lucu lakonan Joey, Rashidi Ishak dan Shajiry yang pastinya buat korang gelak gila. Tak caya, tengok laa..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

