Penyanyi lelaki negara, Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada jam 9.27 malam Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus itu disahkan oleh isterinya, Zaitoon Wahid yang reda dengan pemergiaan suami tercintanya itu.
Difahamkan, Allahyarham telahpun mengalami kegagalan organ dalam selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Disebabkan komplikasi kesihatan tesebut, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lepas namun keadaannya bertambah serius.
Zaitoon ketika ditemui oleh rakan pemberita di Masjid Al Husna, Bandar Sunway juga memaklumkan Allahyarham telah ditemani oleh anak-anak dan adik beradik arwah semasa pemergiannya semalam.
Ads
“Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik. Sebelum itu, dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaannya makin terus selepas Raya yang lalu,” katanya.
Sebelum ini, anak Allahyarham bernama Cammy Fauzi pernah berkongsi bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan terbabit.
“Tidak berapa lama selepas pembedahan itu, kesihatan ayah kembali merosot akibat diserang angin ahmar. Disebabkan serangan itu, ayah lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan,” katanya
Ads
Keadaannya menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani sesi fisioterapi namun Cammy sekeluarga redha apabila Allah SWT lebih menyayangi bapanya itu.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang ahli keluarga dan kenalan Allahyarham tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.
Ads
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya pada hari Isnin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lima tahun selepas kejayaan filem pertama, Pengabdi Setan bakal muncul dengan sekuel yang diberi judul Pengabdi Setan 2: Communion.
Tidak dinafikan negara jiran kita, Indonesia adalah antara yang sering menghasilkan filem-filem seram yang berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan sekuel ini dan difahamkan filem Pengabdi Setan 2: Communion akan ditayangkan bermula pada 4 Ogos di Indonesia dan tayangan di Malaysia dijangka pada 11 Ogos depan.
Menurut pengarah filem ini, Joko Anwar menjelaskan bahawa filem Pengabdi Setan yang terdahulu adalah sebuah cerita yang belum selesai dan memang mereka dari awal lagi sudah merancang untuk menerbitkan sekuel dalam beberapa chapter. Jarak lima tahun yang diambil memang agak lama, namun Joko berfikiran positif kerana ingin memberikan filem sekuel ini dengan naskhah yang lebih baik.
Menerusi trailer yang dilancarkan baru-baru ini, Pengabdi Setan 2: Communion dilihat lebih seram kerana bakal mengupas tentang pekerjaan Bapak (Bront Palarae) yang dikatakan misteri.
Masih mengekalkan pelakon yang sama daripada filem pertama, Tara Basro, Bront Palarae, Jourdy Pranata, Endy Arfian dan turut menampilkan kemunculan Muzzaki Ramdhan, Fatih Unru, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Kiki Narendra, Nafiza Fatia Rani, dan Iqbal Sulaiman dalam dalam sekuel ini nanti.
Sama-sama kita nantikan Ogos ini untuk menyaksikan sambungan filem Pengabdi Setan yang pernah menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia lima tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan Kpopers dan ARMY sejati pasti mengetahui baru-baru ini ahli kumpulan BTS Jungkook telah memadam semua gambar di laman Instagram miliknya dan tular di media sosial.
Foto Via Soompi
Sejak itu rata-rata netizen ingin mengetahui mengapa idol kesayangan ramai ini Kpop sanggup membuat sedemikian atau digodam?
Kemudian semalam pada 1 Jun, Jungkook akhirnya mendedahkan punca dia bertindak untuk padam semua gambar dan video yang pernah dimuat naik semenjak membuka akauan Instagram peribadinya tahun lalu.
Rupa-rupanya anggota kumpulan termuda kumpulan BTS berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan susun atur gambar akaun Instagram miliknya. Malah, Jungkook telah beberapa kali memadam gambar untuk menjadikan halaman akaun Instagramnya kelihatan tersusun dan cantik.
Tidak seperti sebelum ini, artis K-Pop tersebut memaklumkan terlebih dahulu kepada peminatnya untuk memadam semula gambar-gambar yang telah dimuat naik.
Menerusi perkongsian terakhirnya iaitu klip video dari rancangan komedi Korea Selatan, dia merasakan perkara ini sangat menggelikan hati.
Namun begitu, dia meminta izin terhadap ARMY untuk memadam semua sekali lagi kerana dia benar-benar ingin mencantikkan halaman Instagramnya.
Sumber: Instagram @jungkook.97
Selepas berulang kali memadam gambar, akhirnya Jungkook telah memuktamadkan dengan menyelaraskan gambar-gambarnya di bahagian tengah.
Halaman akaun Instagram milik Jungkook kini kelihatan lebih teratur dan menarik.
Lah, ini sebabnya…buat peminat terkejut je kan Jungkook ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada saat ini, penulis percaya apa saja bentuk foto, video, status atau mesej yang dikongsikan oleh grup K-Pop popular, BTS di media sosial akan menerima berjuta-juta likes dan ribuan komen.
Video J.Hope melambai tangan selama 6 saat di Paris = 4.2 juta tontonan.
OMG, apa saja yang dilakukan oleh mereka bertujuh, ia umpama satu kuasa dominasi dunia yang tak akan berhenti. #worldpeacewithBTS
Terbaru, Jungkook berkongsi video melakukan parodi kepada lagu ‘Bad Guy’ nyanyian Billie Eilish. Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan dia menyanyi dan menari mengikut ritma chorus lagu tersebut and you guessed it, ARMY sekali lagi menjadi obses.
‘Bad Guy’ merupakan single kelima Billie yang dipetik daripada album When We Fall Asleep, Where Do We Go? dan disebabkan lagu serta liriknya yang lain dari yang lain, ‘Bad Guy’ menjadi popular di kalangan pendengar remaja.
Ia menjadi bahan kepada beratus-ratus bentuk parodi dan memes, jadi Jungkook juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta video parodinya sendiri.
Dalam tempoh kurang 24 jam, video tersebut telah menerima 1.9 juta likes dan sehingga kini, 346000 komen di Twitter. Nampaknya para ARMY telah ‘berkhidmat’ dengan cemerlang, sekali lagi.
Disebabkan video ini juga, peminat berharap agar impian mereka untuk melihat kolaborasi BTS dan Billie Eilish akan menjadi realiti. Mengapa tidak, kolaborasi BTS dan Halsey untuk single ‘Boy With Luv’ menjadi kegilaan ramai.
Tambahan pula, Jungkook pernah berkata bahawa dia adalah peminat Billie sebelum ini. Tak mustahil mereka akan bergabung untuk single seterusnya.
Billie, *wink*.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!