Pelakon popular Korea Selatan, Song Ji-hyo, sekali lagi menjadi topik perbualan selepas penonton mendakwa masa kemunculannya dalam episod terbaru rancangan variasi popular SBS, Running Man, dikatakan terlalu singkat sehingga mencetuskan perdebatan hangat.
Episod yang disiarkan pada 8 Mac bertajuk “Run & Fun Company: Spin the Roulette” menampilkan konsep sketsa tempat kerja di mana ahli rancangan perlu menjalani pelbagai tugasan dengan ganjaran bonus atau kerja lebih masa ditentukan melalui permainan roulette.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah permainan tersebut, sebaliknya masa kemunculan Song Ji-hyo yang dilaporkan hanya sekitar 10 saat sepanjang episod berdurasi kira-kira 90 minit itu.
Penonton Persoal Peranan Song Ji-hyo Running Man

Dalam kebanyakan babak, Ji-hyo hanya kelihatan ketawa atau muncul sekilas dalam babak berkumpulan, tanpa banyak dialog atau penglibatan aktif dalam permainan.
Malah, penonton turut mendakwa bahawa dalam episod minggu sebelumnya, masa kemunculannya juga tidak sampai satu minit, sekali gus mencetuskan lebih banyak persoalan mengenai peranan Song Ji-hyo Running Man dalam format rancangan semasa.
“Rancangan 90 minit, tapi Song Ji-hyo cuma muncul sekitar 10 saat,” tulis seorang pengguna internet.
Ada juga yang berpendapat bahawa sebagai ahli tetap, dia sepatutnya lebih aktif dalam program tersebut. Malah terdapat komen yang meminta pelakon itu menarik diri secara sukarela daripada rancangan berkenaan.
Namun dalam masa sama, ramai peminat tampil mempertahankan Ji-hyo. Ada yang berpendapat ia mungkin berpunca daripada suntingan produksi yang mengehadkan babaknya.
Selain itu, ada juga kemungkinan pelakon tersebut tidak berada dalam keadaan sihat semasa penggambaran, sekali gus menyebabkan penglibatannya dalam episod tersebut menjadi lebih terhad.
Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa format Running Man yang kini lebih tertumpu kepada perbualan dan sketsa berbanding permainan fizikal mungkin menyebabkan peranan Ji-hyo tidak lagi menonjol seperti dahulu.
Song Ji-hyo Antara Ahli Paling Lama Running Man
Song Ji-hyo sendiri merupakan antara ahli paling lama dalam Running Man, menyertai rancangan itu sejak 2010.
Sepanjang lebih 15 tahun bersama program tersebut, beliau terkenal dengan gelaran “Ace” kerana keberaniannya menyertai pelbagai misi dan cabaran tanpa ragu.
Dalam banyak episod awal rancangan itu, Song Ji-hyo Running Man sering menjadi sebutan kerana kemampuannya menyaingi ahli lelaki dalam pelbagai permainan fizikal.
Popularitinya dalam rancangan tersebut juga pernah membawanya memenangi anugerah utama di Entertainment Awards.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama isu masa kemunculannya diperdebatkan.

Pada 2023, kritikan serupa pernah timbul sehingga rakan hosnya, Yoo Jae-suk, tampil mempertahankannya secara terbuka dalam rancangan web Pinggyego.
Menurut Yoo, Ji-hyo sebenarnya sangat mengambil berat tentang perkara tersebut dan pernah berasa sedih apabila menyedari dia tidak banyak bercakap dalam sesetengah episod.
“Ji-hyo benar-benar berusaha. Ada episod dia tidak banyak bercakap dan dia rasa sangat bersalah, katanya dia patut cuba lebih lagi,” jelas Yoo ketika itu.
Song Ji-hyo Tidak Berhasrat Tinggalkan Running Man
Walaupun berdepan pelbagai kritikan, Song Ji-hyo sebelum ini menegaskan bahawa dia tidak berhasrat meninggalkan Running Man.
Anda mungkin berminat dengan
Dalam satu penampilan di saluran YouTube Jodongari, beliau mengakui tidak pernah menyangka akan kekal begitu lama dalam rancangan variasi itu.
“Pada awalnya saya fikir mungkin sekitar 10 tahun sahaja. Tapi rancangan ini terus berjalan, dan saya sudah terlalu rapat dengan ahli-ahli lain,” katanya.
Malah Ji-hyo turut menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan rancangan tersebut selagi pihak produksi tidak menamatkannya terlebih dahulu.
Sumber : Tenasia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Daripada bergelar seorang guru sekolah rendah di Lembah Klang kepada peserta pentas realiti Raise The Star Malaysia (RTSMY), perjalanan seni Aril Eles bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun berbekalkan bakat, semangat serta keinginan untuk belajar; anak jati Kuala Kurau, Perak ini semakin mendapat perhatian dalam industri muzik tanah air terutama dengan penglibatannya dalam program realiti ini.
BACA: RTSMY: Zuana Akur Teguran Ajai, Kini Lebih Bersedia Hadapi Minggu Seterusnya


“Sebelum saya bergelar sebagai peserta RTSMY, saya seorang guru sekolah rendah sepenuh masa. Minat menyanyi dikongsi bersama adik-beradik yang lain.”
Minat Aril dalam bidang nyanyian bukanlah muncul secara tiba-tiba. Bermula sejak zaman kanak-kanak lagi, penglibatan Aril dalam bidang nyanyian turut mendapat sokongan keluarga di sekeliling.
“Minta itu timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bukan saya sahaja tetapi adik-beradik yang lain juga menunjukkan minat ke arah bakat yang sama.
“Saya masih ingat lagi, arwah bapa meminta saya menyertai pertandingan karaoke ketika darjah empat dan sejak detik itulah saya sertai banyak program nyanyian sehingga sekarang,” kongsi Aril lagi.

Mental Sudah Bersedia
Bagi Aril, kecaman dan komen yang hadir daripada netizen bukanlah satu perkara baru. Namun dia memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih terbuka terhadap setiap kritikan.
“Bila waktu senggang dan masa untuk ‘me time’ di rumah, waktu itulah saya ada masa untuk melayari media sosial. Saya dah ‘get ready’ secara mental untuk segala jenis komen.
“Saya selalu mengingatkan diri untuk terima apa saja komen yang dilontarkan kepada kita kerana komen-komen sedemikian boleh menaikkan semangat saya untuk menjadi lebih baik dalam bidang nyanyian,” ujarnya penuh yakin.

Namun, tidak semua komen yang diterima bersifat membina. Aril sendiri tidak terlepas daripada menerima komen negatif yang menjurus kepada aspek penampilan fizikalnya.
“Jika nak kata mengenai komen negatif yang saya dapat, banyak juga yang saya terima tapi bukan yang menyentuh tentang nyanyian. Tapi mereka banyak menyentuh mengenai penampilan.
“Ada yang saya boleh ketepikan sahaja tapi ada juga yang boleh menguji kesabaran. Saya baca tetapi saya tak simpan dalam hati dan saya lupakan. Saya ambil komen-komen itu untuk perbaiki diri saya, InsyaAllah,” tambahnya tenang.
Untuk pengetahuan korang, Aril bukanlah nama asing di platform digital sebelum penyertaannya dalam RTSMY. Menerusi platform TikTok, beliau aktif berkongsi konten nyanyian malah pernah berduet dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Fadhilah Intan. Dari situ, Aril berjaya menambah pengikut baharu dan semakin ramai yang mula berminat untuk menonton persembahannya.
“Sebelum saya cuba RTSMY ini, saya pernah juga mencuba uji bakat Big Stage dan rancangan realiti lain yang pernah Astro anjurkan.
“Saya berminat untuk mengetahui sejauh mana tahap nyanyian saya dengan menyertai pertandingan realiti. Bukan itu sahaja, saya ambil peluang ini untuk mendalami lagi ilmu lontaran vokal yang lebih terperinci. Saya belum pernah lagi mengikuti mana-mana kelas formal dan secara tidak langsung, RTSMY sebagai platform untuk mengasah kemahirannya,” ujarnya.
Menutup bicara, Aril meluahkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan kepadanya menerusi RTSMY.
“Bila dapat jejakkan kaki di pentas sebesar RTSMY, saya sangat bersyukur kerana inilah impian saya selama ini. Sampai bila kita nak berada di media sosial saja kan… ‘why not’ kita sertai rancangan realiti sebenar. Saya harap ini adalah permulaan kepada perjalanan yang indah untuk saya bertapak dalam industri nyanyian tanah air,” simpulnya.
Saksikan Raise The Star Malaysia secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria atau strim hanya melalui Astro One dan sooka
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Bintang sensasi, Jennie BLACKPINK baru-baru ini kembali menggegarkan dunia muzik dengan kemunculan album solo pertamanya yang super epik berjudul ‘Ruby’. Bukan setakat itu sahaja, malah album itu juga turut mencuri perhatian peminat apabila mendapat pengiktirafan daripada Grammy.
Sejak hari ia dilancarkan pada 7 Mac lalu, album Jennie atau nama sebenarnya Kim Jennie (29) terus menjadi bualan hangat dan ini membuktikan beliau bukan sekadar idola K-Pop tetapi juga seorang ikon muzik global.
Membawakan gabungan muzik yang addictive dan balada penuh emosi, album ‘Ruby’ kali ini dikatakan sebagai satu karya seni yang benar-benar mencerminkan identiti unik pelantun lagu Solo itu sebagai seorang artis. Menarik lagi, ramai yang mengatakan ini bukan sekadar muzik tetapi juga sebagai satu pernyataan diri Jennie sebagai seorang pemuzik.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan, ramai peminat BLACKPINK iaitu BLINK yang sudah lama menunggu kehadiran karya solo Jennie. Kemunculan Ruby telah membuktikan beliau bukan hanya bergantung pada nama BLACKPINK.
Menurut New Musical Express (NME), album ini telah mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak dan memberikan rating 4/5 serta memuji keberanian Jennie yang berjaya menunjukkan gabungan kreativiti, ketulusan, dan aura seorang bintang dalam setiap lagu.
“Jennie keluar dari bayang-bayang BLACKPINK di album debut solonya Ruby. Selain itu, beliau mempamerkan ekspresi seni yang matang, memadukan keberanian, kerentanan, dan visi kreatif yang kuat,” kata NME.

Pada masa yang sama, bukan setakat peminat yang teruja, malah anugerah berprestij yang diidamkan oleh pengkarya muzik seperti Grammy Awards sendiri imengktiraf Ruby sebagai salah satu album ‘must-hear’ atau yang wajib didengari untuk bulan Mac dan ini sekaligus menjadikan album ini sejajar dengan karya Lady Gaga.
“Ruby menghadirkan pengalaman muzik yang kaya dengan eksplorasi genre dan menegaskan posisi Jennie sebagai kekuatan global,” kata Grammy.
Sementara itu, sejalan dengan penghargaan dari Grammy, Jennie dan Lady Gaga kini menjadi artis wanita dengan peringkat tertinggi di pelbagai platform muzik dunia. Selain itu, mereka juga termasuk dalam Top 10 bersama bintang ternama lain seperti Bad Bunny, Kendrick Lamar, The Weeknd, Billie Eilish, Drake, Bruno Mars, Rosé BLACKPINK, dan Tate McRae.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Tiada bazar Ramadan, tiada masalah..
Selepas berita pembatalan segala bentuk penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara pada minggu lalu, bukan rakyat saja mengeluh kerana merindui menu berbuka kegemaran masing-masing.
Malah ramai pengusaha makanan dan minuman turut mengeluh.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Setuju Bazar Ramadan Dibatalkan?
Ini berikutan sumber pendapatan mereka pada setiap tahun banyak terarah kepada peluang berniaga pada bulan Ramadan. Tak keterlaluan juga sekiranya penulis menyifatkan ada perniagaan yang ‘mengaut keuntungan’ untuk tempoh setahun hanya dalam masa sebulan ini saja.
Memahami sentimen tersebut, kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat Grab Malaysia.

Menurut Ketua Grab Malaysia iaitu Sean Goh, tanpa penganjuran bazan Ramadan, peniaga mungkin tidak dapat menghasilkan pendapatan seperti tahun-tahun sudah.
“Oleh itu, kami mahu menggalakkan mereka untuk menggunakan khidmat pembayaran cashless (tanpa tunai) serta membantu mereka mencapai jutaan pelanggan Grab melalui perkhidmatan kami seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress.”
Grab ingin bekerjasama dengan lebih banyak majlis-majlis negeri untuk mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan. Selepas ini, korang akan lebih mudah mendapatkan menu kegemaran seperti Ayam Percik, Murtabak, Roti John dan sebagainya di GrabFood.
Sekiranya korang kenal mana-mana restoran dan peniaga di media social yang ingin memanfaatkan peluang bersama Grab ini, korang boleh meminta mereka menghubungi syarikat di grb.to/GrabRamadan.
Untuk pelanggan seperti kita pula, Grab sudah menyediakan diskaun sehingga 30 peratus untuk keperluan raya semasa kita shopping menggunakan GrabPay. Hanya klik pada promosi Grab ‘Raya Deals Dari Rumah’ okay!
∞