Bagi peminat makanan manis, korang confirm ‘geram’ bila terjumpa kedai yang jual dessert kan? Mesti akan singgah dan tengok apa yang menarik untuk dibeli.
Betul tak?
Macam kami sendiri, tak dinafikan memang jenis ‘sweet tooth’. Pantang nampak makanan manis, mesti rasa nak cuba.
Baru-baru ini Remaja sempat untuk menghadiri pelancaran kafe dessert Korea, Keikeu di Aeon Mall, Shah Alam. Menampilkan pelbagai jenis cupcake, kek, puff dan macarons, apa yang membuatkan kafe ini berbeza daripada kiosk dessert yang lain ialah mereka mempunyai menu istimewa iaitu Keikeumisu.
Ia adalah sejenis manisan yang berunsurkan cheese cake dan mempunyai beberapa pilihan flavor seperti Strawberry, Oreo, Tiramisu dan macam-macam lagi. Pendek kata memang korang rambang mata la nak pilih yang mana satu.
Selain itu, pilihan cupcake dan kek yang ada juga boleh membuatkan korang terliur. Daripada segi bentuk dan warnanya, memang memikat pandangan. Belum rasa pun korang dah jatuh hati. Hiks!
Ads
Antara pilihan cupcake yang ada termasuklah Pastel Bandung, Caramel Choco Keikeu, Cookies & Cream, Pandan Gula Melaka, Strawberry Cheese Keikeu dan banyak lagi.
Harga yang ditawarkan pula sangat reasonable dan tidak mahal, sekitar RM3.30 hingga RM4 untuk sebiji cupcake/kek. Kalau nak lebih jimat, korang boleh beli secara pakej berikut:
Solo Pack: RM19.90 for 5 treats
Happy Pack: RM29.90 for 8 treats
Party Pack: RM39.90 for 12 treats
Berbaloi-baloi kan?
Nah, apa kata korang cuba sendiri dessert terbaik dari Korea ini di Keikeu Aeon Mall Shah Alam, atau outletnya yang lain di One Utama, MyTown, Aeon Taman Maluri dan Paradigm Mall.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah sekali pun rasa menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih untuk memfokuskan diri dalam menempa nama di industri muzik.
Menerusi podcast Apa Cerita?, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.
“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti.
“Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun. Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja,” katanya.
Penyanyi lagu popular Kau Kekasih itu turut berkongsi, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap teruskan menggalas tanggungjawab sebagai anak seni pada ketika itu.
“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati. Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat.
“Tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut. Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.
“Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat lah,” dedahnya lagi. Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang,” dedah Siti lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang K-Pop sensasi, BTS baru-baru ini sekali lagi membuktikan pengaruh positif mereka apabila menjadi artis Korea pertama menerima ‘Presidential Citation’ pada Korea Good Donation Awards ke-5 yang berlangsung pada 8 Disember lalu. Pengiktirafan berprestij ini telah dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea serta Majlis Sukarelawan dan Kebajikan Korea.
Difahamkan, anugerah tahunan tersebut diwujudkan bagi menghargai individu dan organisasi yang memberi impak melalui budaya berkongsi, amal dan usaha memupuk nilai kemanusiaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2021. Bagi tahun 2025, BTS dipilih atas sumbangan mereka dalam menyebarkan mesej kasih sayang, kesedaran sosial serta usaha kebajikan berterusan di peringkat global.
Dalam ucapan rasmi yang dikongsikan, BTS meluahkan rasa terharu atas pengiktirafan tersebut sambil menekankan bahawa kejayaan itu tidak hanya milik mereka.
“Kami rasa sangat berbesar hati apabila mengetahui kempen ‘LOVE MYSELF’ telah membawa impak positif kepada masyarakat. Kami khususnya ingin menghadiahkan penghargaan ini kepada ARMY yang telah bersama kami membina kempen ini,” kata BTS.
Terdahulu, kempen LOVE MYSELF yang dilancarkan pada tahun 2017 bersama UNICEF Korea menjadi platform utama BTS dalam memperjuangkan isu kesihatan mental dan pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak serta remaja. Inisiatif itu juga berjaya menjangkau lebih 155 negara selain menyediakan program kesihatan mental kepada lebih 100 juta individu di seluruh dunia.
Selain itu, melalui kerjasama kukuh dengan label mereka, BIGHIT MUSIC, BTS turut mencatat rekod sebagai rakan swasta terbesar UNICEF dalam perlindungan kanak-kanak. Bersama peminat, mereka berjaya mengumpulkan anggaran 9.2 bilion Korea Won, jumlah yang mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan dana perlindungan kanak-kanak UNICEF.
Pada masa yang sama, usaha amal BTS tidak terhenti di situ sahaja. Mereka terus diiktiraf secara konsisten di dalam dan luar Korea atas peranan aktif dalam memacu perubahan sosial melalui sumbangan, projek advokasi dan penglibatan bermakna dalam isu-isu kemanusiaan.
Menerusi pengiktirafan terbaru ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan BTS sebagai ikon muzik global, tetapi juga sebagai simbol pengaruh positif yang memberi inspirasi kepada generasi muda. Ia sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh selebriti mampu membawa perubahan besar apabila digunakan untuk kebaikan.
Untuk perkembangan terkini, BTS kini giat membuat persiapan untuk jelajah dunia berskala besar bersempena pelancaran album baharu mereka pada musim bunga akan datang. Peminat di seluruh dunia tentunya tidak sabar menantikan momen pertemuan semula bersama kumpulan fenomena ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada istilah terlambat untuk belajar, begitu juga yang dilakukan oleh Atta Halilintar apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun.
Selebriti terkenal Indonesia ini bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha.
“Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha.
“Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya,” katanya.
Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Jadikan Isteri Sebagai Contoh
Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan.
“Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya.
“Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.
Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun.
Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung...