Sebelum ini, tular kisah mengenai seorang lelaki Cina yang bernama Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike membesarkan tiga anak angkat beragama Islam iaitu Rafei, Rasyid dan Rahman.
Jasanya dalam mendidik dan menjaga ketiga beradik itu walaupun berbeza agama dan bangsa telah menyentuh hati ramai masyarakat di Malaysia
Sehubungan itu, Astro Shaw dan Etika baru-baru ini mengumumkan bakal menerbitkan filem terbaru diinspirasikan dari kisah Uncle Mike dan tiga anak angkatnya menerusi sebuah filem berjudul ‘Abah Saya, Uncle Mike’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Barisan pelakon Abah Saya Uncle Mike bersama Uncle Mike dan anak-anaknya
Menurut Penerbit Eksekutif filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya bersama rakan kerjasama strategik Etika percaya menerusi elemen perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam filem ini mampu menceritakan keunikan sebenar Malaysia.
“Itulah sesuatu yang Astro Shaw sangat utamakan, iaitu nilai-nilai harmoni, perpaduan, dan budaya”
Ads
Uncle Mike dan bersama Rahman (kiri) dan Rafei (kanan)
“Nilai-nilai ini dapat dilihat dalam filem-filem sebelum ini seperti Ola Bola, About The Journey dan untuk filem aksi Polis Evo pun, kami memastikan kerjasama dengan pelakon, pengarah, dan profesional kreatif dari pelbagai budaya dan kaum”
“Ini adalah komitmen kami terhadap perpaduan, untuk memastikan kami menghasilkan cerita yang benar-benar menggambarkan semangat rakyat Malaysia daripada rakyat Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ yang diadakan di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Barisan pelakon Abah Saya Uncle Mike
Dalam pada itu, menurut sutradara yang bakal mengarahkan filem ini, Ezrie Ghazali berkata filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ akan memulakan sesi penggambaran selepas Tahun Baru Cina dan mensasarkan tayangan pawagam pada sekitar penggal ketiga tahun ini.
Mengulas lanjut, selaras dengan mesej dan tema perpaduan, Astro Shaw dan Etika juga sempat mempersembahkan trailer edisi perayaan menerusi sebuah video teaser penjenamaan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ‘Cat Hei Lam Mun’ yang menggabungkan elemen perayaan lunar dan intipati jenama minuman 7UP.
Sementara itu, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Andy Teh memegang watak Uncle Mike yang akan disertai oleh beberapa pelakon baru seperti Idan Aedan sebagai anak sulung (Rafei), Nor Merah sebagai anak kedua (Rasyid), dan Umar Shakur iaitu pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2024, sebagai anak bongsu (Rahman). Barisan pelakon turut dimeriahkan oleh Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, dan Pauline Tan.
Filem Abah Saya Uncle Mike yang dijangka bakal ditayangkan pada penggal ketiga tahun 2025
Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’ mengisahkan perjalanan Rafei yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik yatim piatu mengimpikan masa depan yang lebih cerah. Selepas menemui kasih sayang dalam keluarga Uncle Mike, dia berusaha untuk bersatu semula dengan dua adik lelakinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat peminat Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming. Kedua produk itu kini telah menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ia diumumkan sendiri oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman (32) menerusi sebuah video di media sosial miliknya.
Menurutnya, pemilikan sijil halal berkenaan membuka peluang kepada syarikatnya untuk memasarkan produk ke pasaran luar dengan lebih meluas.
Kredit: Khairul Aming
“Hari ini kita nak umumkan yang kita dah dapat sijil halal Jakim untuk produk jenama Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan juga Sambal Nyet Berapi”
“Sebenarnya, tahun ini kita letak sasaran nak dapatkan sijil halal untuk kilang Khairul Aming di Kota Bharu, Kelantan. Hari ini, Alhamdulillah kita dah dapat sijil halal itu daripada Jakim,” jelasnya menerusi video yang dikongsi di kesemua platform media sosial.
Khairul Aming merupakan pempengaruh media sosial dan beliau mula dikenali kerana kebolehan memasak serta menghasilkan kandungan dengan berkongsi resepi masakan menarik dan mudah diikuti.
Kredit: Khairul Aming
Beliau merupakan salah seorang personaliti media sosial yang sangat berjaya di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.
Dalam pada itu, Khairul Aming memaklumkan, selain daripada sijil halal, produk keluarannya juga sudah mendapat kelulusan Skim Pensijilan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, dengan hanya satu kilang dibangunkan di Kota Bharu, kini beliau sudah memiliki seramai 100 pekerja hasil kerja keras yang bermula daripada bawah.
“Seterusnya, inshaAllah kita akan cuba mohon untuk dapatkan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) pula untuk kilang kita di Kelantan,” katanya.
“Jadi, dengan adanya (sijil) halal ini, sekarang kita dah boleh mulakan langkah baharu untuk kembangkan lagi kita punya produk ke pasaran yang lebih besar,” tambahnya lagi.
“Diharapkan, kita boleh kembangkan lagi industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu,” ujarnya.
Sementara itu, menurut Khairul Aming, kini beliau sedang fokus untuk menghasilkan produk ketiga yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.
Katanya, jenama Khairul Aming itu sudah memasuki usia lima tahun dan beliau menghargai semua pelanggan yang sentiasa menyokong dan membeli produknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hasrat peserta Big Stage X Rocketfuel, Rieffa untuk meneruskan perjuangan dalam pertandingan nyanyian itu tidak kesampaian apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang berlangsung malam ini.
Lebih menyentuh hati, Rieffa atau nama sebenarnya Muhamad Alif Abdullah, 18, dilihat gagal menahan sebak sejurus namanya diumumkan sebelum mengucapkan kata-kata maaf kepada ibu dan seluruh ahli keluarganya.
Mohon Maaf Kepada Ibu & Keluarga
Dalam keadaan penuh emosi, anak kepada pempengaruh Ayu Kepoh itu mengucapkan penghargaan kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang penyertaannya dalam program tersebut.
“Kepada semua yang menyokong saya, terima kasih sebab bersama saya selama empat minggu.
“Pada mama, saya minta maaf tak dapat banggakan mama.
“Kepada keluarga saya, saya minta maaf. Saya tak boleh,” katanya usai pengumuman penyingkiran.
Hampir Rebah, Rakan Peserta Tampil Beri Semangat
Suasana di dewan bertukar hiba apabila Rieffa dilihat menangis dan sukar mengawal emosinya sehingga hampir rebah di atas pentas.
Melihat keadaan itu, rakan-rakan peserta bersama hos program, Nabil Ahmad, segera menghampirinya untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan.
Malah, seluruh penonton yang berada di dewan turut melaungkan nama Rieffa sebagai tanda sokongan buat penyanyi muda itu.
Ranisha Kekal Unggul Minggu Keempat
Pada konsert bertemakan ‘Love Tune’, Ranisha berjaya menduduki tangga teratas menerusi persembahan lagu Nak Dara Rindu nyanyian Dayang Nurfaizah dengan markah tertinggi sebanyak 74.67 peratus.
Danny pula berada di kedudukan kedua, manakala Adam Nazmie melengkapkan kelompok tiga terbaik pada minggu ini.
Dalam pada itu, Hussain sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Rocketstar of The Weekselepas berjaya meraih undian dalam talian tertinggi untuk minggu ketiga berturut-turut.
Untuk rekod, Big Stage X Rocketfuel dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk berjaya dalam sesuatu bidang bukanlah perkara yang mudah.
Apatah lagi dalam bidang sukan. Bukan saja ia melibatkan persaingan sengit di kalangan rakan senegara dan atlet antarabangsa, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang atlet tempatan untuk suatu hari nanti berdiri di atas podium pemenang.
Salah satu daripada pasukan negara yang berjaya membawa pulang beberapa kalungan pingat dari Sukan Asia 2018 yang melabuhkan tirai malam ini adalah pasukan terjun negara.
Walaupun berjaya membawa pulang 1 pingat perak melalui gandingan Dhabitah Sabri – Wendy Ny Yan Yee (3m papan anjal seirama).
2 lagi pingat gangsa melalui gandingan Dhabitah Sabri – Leong Mun Yee ( 10m platform seirama) dan Dhabita Sabri melalui 10m platform.
Selepas beberapa hari acaranya berlalu, penerjun lelaki negara Ooi Tze Liang tampil meluahkan nasihatnya kepada atlet negara muda yang ingin mencapai kejayaan sepertinya dan atlet Malaysia lain.
“Saya amat menghargai sokongan kamu semua. Ada banyak pengajaran yang telah saya pelajari daripada pengalaman ini.
“Saya akan terus berjuang untuk nehara,” tambahnya.
01
Pengalamanlah yang akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih bersedia untuk masa depan, bukannya pingat.
02
Fokus kepada nilai-nilai tambah yang kamu perolehi daripada setiap pengalaman bertanding, kamu akan menjadi seorang yang lebih berjaya.
03
Kejayaan memenangi acara itu boleh dilihat dari luaran, namun nilai diri yang kamu tingkatkan hanya boleh dilihat dari dalaman. Hanya kamu yang mengetahuinya.
04
Ingat, setiap kesilapan akan membuahkan hasil yang positif. Contohnya ia akan memaksa kita untuk mencuba dengan lebih gigih lagi pada round seterusnya.
05
Kejayaan paling ulung bukannya terletak pada “tidak pernah buat silap dan gagal” namun ia terletak pada kesungguhan kamu untuk berdiri balik selepas jatuh.
06
Sentiasa berfikiran positif dan sabar. Mungkin kali ini kamu gagal, tetapi Tuhan telah menetapkan sesuatuyang lebih baik untuk masa akan datang.
* * * * *
Ternyata, followers Ooi Tze Liang sentiasa menyokongnya dari belakang apabila mereka terus-menerus memberikan kata-kata semangat dalam komen masing-masing.
Paling mencuri tumpuan adalah komen yang datang dari @kimmustaqim. Ia berbunyi,
“Experience is a funny thing. Either you learn from it and be stronger or you let it go as part of your life.”
Betul tu. Apa-apa pun, REMAJA sentiasa berbangga dengan pencapaian atlet kita di gelanggang lawan. Bukan mudah untuk ke tahap tersebut. Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...