Kejadian berlaku kira-kira tengah hari tadi apabila pihak Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya dihubungi untuk dapat membantu pihak stor sukan, Al-Ikhsan.
Hasilnya, dua jentera bomba yang dinaiki oleh lapan orang anggota hadir kurang 10 minit selepas mendapat panggilan dan berjaya menghalau babi hutan tersebut keluar. Tiada pengunjung atau staf yang cedera akibat insiden tersebut.
Beberapa klip tular telah tersebar dan menunjukkan seekor babi hutan berkeliaran. Setelah ditangkap dan dihalau ke arah padang ragbi Presint 16 Putrajaya, ia selamat diserahkan kepada Bahagian Hidupan liar Perbadanan Putrajaya untuk tindakan selanjutnya, lapor rakan media di BERNAMA.
Sememangnya malang tidak berbau. Lebih mengecewakan lagi apabila kita sebenarnya boleh mengelakkan diri daripada berdepan dengan kemalangan tersebut sekira kita lebih berhati-hati dengan melakukan research secukupnya sebelum ia berlaku.
Berikutan insiden yang menimpa seorang wanita yang mencuba aktiviti sukan ekstrem ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada akhir September lalu, pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) telah mengesahkan bahawa pihak penganjur tidak mempunyai kebenaran dan permit untuk mengadakan aktiviti tersebut sejak tahun 2017.
Sumber Foto: Rentas Adventure.
Memetik laporan daripada portal Selangor Kini, EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman juga berkata bahawa pihak penganjur turut pernah mendapat arahan daripada polis untuk menghentikan operasi namun gagal menurut arahan.
“(Mereka) meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlakunya kejadian tidak diingini.
“MDHS (Majlis Daerah Hulu Selangor) telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta mengosongkan kawasan terbabit,” katanya sambil mendoakan agar mangsa kembali sembuh daripada kecederaan yang dialami.
Siti Halijah Abd Rahim.
Mangsa, Siti Halijah Abd Rahim telah berdepan dengan insiden kabel aktiviti rope swing di Kuala Kubu Bharu pada 27 September lalu sehingga menyebabkannya terjatuh dan terhempas ke dalam sungai.
Implikasi daripada insiden tersebut, Siti Halijah terpaksa menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian tulang belakangnya.
Sesudah memasuki enam hari dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya, penyanyi Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 September 2020.
Sandra, 25 merupakan salah seorang peserta program Big Stage 2020 yang sedang berlangsung di saluran Astro Ria HD.
Pada hari raptai konsert keempat minggu lalu, Sandra dan sepupunya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke lokasi di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Impak daripada kemalangan tersebut, Sandra dilaporkan tidak sedarkan diri setelah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
REMAJA masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak penganjur dan pengurus saluran Astro Ria, Puan Emarina Kamal.
Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarhamah Sandra Dianne. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keghairahan memuat naik berita di media sosial atas alasan ingin berkongsi mungkin boleh membawa padah di masa depan. Ini kerana jika berita itu tidak sahih dari sumbernya, korang boleh berhadapan dengan risiko penjara dan denda.
Di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Jadi, selepas ini, apa saja berita yang diterima jangan cepat sangat ya dimuat naik di media sosial atau berkongsi dengan rakan-rakan dan individu lain kalau tak mahu kena penjara dan denda ya.
9 Mac lalu, seorang pesara guru sekolah agama dan pengusaha herba masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menggunakan aplikasi Facebook, Julai tahun lalu.
Komunikasi palsu berkenaan adalah berhubung laporan rampasan kontena berisi daging kambing yang didakwa bercampur dengan daging babi.
Roslan Ahmad dan Maizura Abu Bakar yang masing-masing berusia 54 tahun didenda RM2,000 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Selalunya bila dapat berita yang tak sahih, memang ramai yang terkejutkan, kemudian akan dikongsi lagi dengan rakan-rakan yang lain.
Dalam pada itu, satu analisis dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati majoriti masyarakat Malaysia memperoleh berita tidak ditentu sah atau palsu daripada sumber aplikasi WhatsApp iaitu 84 peratus, diikuti oleh Facebook (lapan peratus), blog (empat peratus) dan lain-lain (empat peratus).
Dalam sidang Dewan Rakyat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu bagi tempoh Januari tahun lepas hingga Februari tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripadanya telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.
Berita palsu memang mudah disebarkan melalui pelbagai medium media sosial..
Menurutnya, SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.
“Sejak Januari 2017 hingga Februari 2018, sejumlah 45 kertas siasatan telah dibuka oleh SKMM bagi kes berkenaan dengan penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial telah disiasat, dengan empat kes telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Khairudin Samad mengenai perancangan kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini.
Salleh berkata, berdasarkan analisa yang dijalankan SKMM, majoriti masyarakat Malaysia memperoleh berita tidak ditentu sah atau palsu daripada sumber aplikasi WhatsApp iaitu 84 peratus, diikuti oleh Facebook (lapan peratus), blog (empat peratus) dan lain-lain (empat peratus).
Beliau berkata kementerian melalui SKMM akan terus memperkasa tindakan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial dan Internet secara amnya melalui Jawatankuasa Khas Jenayah Siber yang dianggotai pelbagai kementerian dan agensi.
Menurut Salleh, portal Sebenarnya.my mendapat tindak balas positif daripada masyarakat umum berdasarkan jumlah layaran mencapai lebih 25 juta setakat ini dengan purata hampir dua juta layaran setiap bulan sejak pelancarannya pada 14 Mac tahun lepas.
“Analisis yang dijalankan melalui portal Sebenarnya.my mendapati wujudnya peningkatan purata 10 peratus setiap suku tahun terhadap jumlah layaran portal. Peningkatan ini memberi indikasi positif wujudnya peningkatan kadar kesedaran dalam kalangan masyarakat awam Malaysia dalam membudayakan amalan menyemak, menganalisis dan menentusahkan berita yang mereka terima,” katanya.
Masa yang sama, Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat semalam.
RUU tersebut memperuntukkan denda maksimum sehingga RM500,000 atau 10 tahun penjara boleh dikenakan terhadap individu yang mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar jika disabitkan kesalahan.
Denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu dikenakan kepada pesalah tersebut jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan.
Manakala denda sehingga RM100,000 juga boleh dikenakan terhadap individu atau pihak yang memiliki berita tidak benar dan tidak menghapuskannya.
Mahkamah juga boleh memerintah pesalah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat sama ada di mahkamah ataupun melalui akhbar.
Malah RUU ini tidak hanya terhad kepada rakyat Malaysia, bahkan ia turut terpakai kepada warga asing yang menyebarkan berita tidak benar mengenai negara atau menyentuh rakyat negara ini.
Individu yang bersubahat juga tidak terlepas dikenakan hukuman sama yang dikenakan terhadap pesalah iaitu mereka yang menyalurkan dana dalam bentuk kewangan atau yang terlibat dalam penyebaran berita tidak benar. –