
17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda lafaz nikah telah disempurnakan oleh Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Bertempat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, tengah hari tadi; Mateen, 33 sah menjadi milik pasangan pilihannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, 29 dengan sekali lafaz. Istiadat kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Turut berkenan untuk menyaksikan majlis ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat Diraja.

Perayaan untuk perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari dan akan mencapai kemuncaknya pada hari Ahad ini.
Dijadualkan, Majlis Istiadat bersanding Pengantin Diraja itu bakal dihadiri kerabat diraja antarabangsa serta pemimpin politik termasuklah dari Malaysia.
Manakala, perarakan pengantin diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pula akan dilangsungkan pada 15 Januari.
Untuk pengetahuan korang, Pengiran Muda Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Manakala, Dayang Anisha pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Dayang Anisha Di Majlis Khatam Al-Quran Curi Perhatian, Rekaan Busana Pereka Fesyen Malaysia – REMAJA
Walaupun Pengiran Muda Mateen merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal sekaligus tidak mungkin akan menaiki takhta untuk menggantikan ayahandanya, beliau memiliki pengikut seramai 3.1 juta orang di Instgram dan merupakan salah seorang ahli keluarga diraja paling berprofil tinggi di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Utus Surat & Curi-Curi Pandang, Raja Permaisuri Agong Kenang Zaman Dating

Bukan korang je yang ber-dating, pasangan di-Raja kita pun sama tau semasa baginda berdua masih remaja.
Sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Rasmi pada hari ini, REMAJA ingin throwback sedikit perkongsian istimewa Duli Yang Maha Muia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai kisah baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Agong Titah “Tidak Apa Saya Turun”, Prihatin Terhadap Penerima Bertongkat
Semasa zaman remaja, kebanyakan daripada kita ditegah untuk menjalin hubungan istimewa dengan seseorang disebabkan ibu bapa. Sama juga kisahnya dengan baginda berdua.
Dalam wawancara bersama rakan media, baginda bertitah yang baginda tidak pernah keluar dating dengan Tuanku Agong kerana ayahanda baginda yakni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong kelapan) tegas orangnya.
“Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun. Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo.”


Di samping itu, baginda berdua juga hanya berutus surat untuk saling berhubung disebabkan kekangan teknologi.
“Masa itu, Tuanku berangkat belajar ke England. Telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan tetapi antara tempoh itu tulis surat lah.” Menariknya, surat-surat itu masih disimpan hinggalah sekarang.
“Tuanku (Agong) masa berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap. Jadi bila jumpa di padang polo, tengok-tengok sajalah.”
Alah macam kita lah curi-curi pandang dulu sebelum menjadi serius. Hihi.
Yang penting, baginda sifatkan baginda berdua bermula sebagai sahabat baik yang boleh membincangkan apa-apa jua perkara. Sweet kan!
BACA JUGA: Peminat Terkejut Ada Makna Pada Jumlah Kuntuman Bunga Drama Sweet Dreams
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Petanda Kamu Sebenarnya Mangsa Penderaan Emosi Dalam Hubungan Toksik

Pernah dengar dengan istilah ‘abusive realtionship’? Sebenarnya bukan hanya kes kekerasan fizikal sahaja yang secara terang-terangan membawa makna hubungan yang toksik. Tetapi penderaan emosi juga merupakan satu lagi cara bagaimana untuk mendefinisikan sesebuah hubungan cinta itu penuh dengan aura toksik dan busuk.
Penderaan emosi ini berlaku dalam banyak cara dan definisi sebenarnya cukup luas sekali. Namun secara kasarnya ia merupakan perbuatan atau percakapan daripada pasangan yang menyebabkan seseorang itu menerima impak negatif dari segi emosi dan perasaan.
Jika penderaan emosi ini berlaku secara berterusan ia boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa menjadi resah, ketakutan, kemurungan dan paling teruk rasa rendah diri yang melampau. Malah dalam sesetengah kes paraha, mangsa menjadi tidak berdaya dan merasakan diri mereka tidak mampu untuk berdikari tanpa pasangannya akibat didera secara emosi dalam jangka masa yang lama.
Kamu boleh mengelak daripada menjadi mangsa penderaan emosi dalam hubungan. Bagaimana? Ikuti 10 petanda awal yang boleh kamu perhatikan sama ada kamu adalah bakal mangsa atau tidak.
1. Sering memalukan kamu

Ini merupakan salah satu petanda awal. Dimalukan oleh pasangan sendiri merupakan salah satu petanda penderaan emosi. Sebagai contoh memarahi kamu di tempat awam dengan meninggikan suara. This is a big NO dalam hubungan cinta!
2. Tidak simpan rahsia

Tidak ada apa yang paling mengecewakan apabila pasangan sendiri mendedahkan hal-hal sensitif yang dikongsi oleh kamu kepada orang lain. Ini secara tidak langsung boleh merendahkan keyakinan diri kamu apabila hal-hal sensitif menjadi bualan orang lain.
3. Mengongkong penampilan

Bukanlah tidak boleh untuk memberikan sedikit tips atau nasihat tentang pakaian pasangan tetpai janganlah melampau. Jika seseorang itu betul-betul sayang dia akan terima terima kamu seadanya seperti mana dia kenal pada pertemuan pertama. Dalam kes paling teruk si dia mula memberi panggilan buruk terutamanya melibatkan fizikal kamu.
4. Tidak beri peluang bercakap

Adat asam garam dalam hubungan cinta pasti akan ada perselisihan faham dan pendapat. Seseorang yang sangat dominan dan suka mendera emosi pasangannya tidak akan tahu untuk mengalah. Apa yang dia tahu sama ada dia betul atau tidak, dia adalah di pihak yang benar. Paling teruk, dia akan memotong percakapan setiap kali kamu memberikan penjelasan.
BACA: 7 Jenis Orang Yang Perlu Kamu Jauhi, Apatah Lagi Dibuat Kawan
5. Sering periksa telefon

Ini merupakan satu lagi petanda seseorang yang mempunyai potensi besar menjadi pendera emosi pasangannya. Ketahuilah bahawa telefon merupakan ruang privasi yang cukup sensitif. Kelakuan begini yang dilakukan dengan kerap menunjukkan dia tidak mempercayai kamu. And worst case, dia akan mencari sebab untuk memarahi kamu; contoh jika kamu follow atau like gambar individu-individu tertentu.
6. Asingkan daripada keluarga

Dalam banyak kes penderaan emosi, si pelaku amatlah tidak suka jika pasangannya sering meluangkan masa dengan keluarga. Ya, ini merupakan salah satu tanda controlling behaviour yang cukup parah. Selagi boleh dia tidak mahu kamu meluangkan masa dengan orang lain selain dirinya. Mereka juga risau yang kamu akan dipengaruhi oleh ahli keluarga atau kawan-kawan untuk meninggalkan dia.
7. Melampau batas

Maksud REMAJA di sini ialah tindakan pelaku yang dilakukan atas kehendak diri mereka tanpa persetujuan kamu. Contohnya, mereka menggunakan wang daripada akaun kamu untuk membeli belah secara online. Jika perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ia adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Malah, jika ditegur kamu pula yang dimarahinya dengan alasan tidak mempercayainya.
8. Paksa kamu langgar prinsip

Setiap orang pasti mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai contoh kamu mempunyai tabiat sering menderma untuk anak-anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. Kerana bagi kamu setiap tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Akan tetapi bila bersamanya kamu pasti akan dimarahi kerana baginya ia satu perbuatan sia-sia. Walhal itu adalah wang kamu dan merupakan satu amalan mulia.
9. Kena minta kebenaran

Sikap mengonkong paling teruk ialah dia perlu tahu setiap gerak-geri kamu pada setiap masa. Ini merupakan satu lagi petanda jelas kamu berada dalam hubungan toksik. Ingin ke mana sahaja kamu perlu beritahunya dan tambah teruk lagi kamu perlu minta izin daripadanya. Mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin!
10. Merendahkan impian kamu

Seorang pelaku emotional abusive secara tipikalnya amat takut jika kamus sebagai pasangannya menggapai cita-cita mereka. Ini kerana dia tidak mahu melihat kamu boleh berdikari sendiri dan paling penting dia mahu kamu terus bergantung terutamanya daripada segi emosi. Disebabkan itu dia akan senantiasa mentertawakan dan memandang rendah impian kamu.
Nasihat REMAJA, jika pasangan kamu mempunyai tanda-tanda di atas segeralah keluar daripada hubungan toksik seperti ini. Masih tidak terlambat untuk sedar bahawa hubungan ini hanyalah memberikan lebih banyak kemudaratan kepada kamu. Usah takut untuk katakan TIDAK dan lebih sayang kepada diri sendiri.
*foto adalah hiasan semata dan tidak ada kaitan dengan drama ‘Fight My Way’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Perkara Yang Buatkan “I’m Sorry” Kamu Tak Berkesan, Jangan Buat!

Benarlah kata orang, bukan mudah untuk seseorang itu meminta maaf.
Selain daripada ucapan terima kasih, ucapan salam dan ucapan ‘how are you’, permohonan maaf adalah salah satu ucapan yang sukar untuk diungkapkan oleh sesetengah orang.
Ada permohonan maaf yang orang kata sekadar di bibir sahaja. Jelas sebutannya tetapi pada pendengaran kita, tiada keikhlasan yang ditunjukkan.
Hhm, mungkin bukan niat si dia untuk menjadikan permohonan itu tidak kedengaran ikhlas. Tetapi inilah di antara 5 perkara yang membuatkan ramai di antara kita yang sukar untuk mempercayai patah ayat “I am sorry” seseorang.
Jangan sebut tau!
01
“I’m sorry, but..”

Ouh ini antara yang paling ‘digemari’ dan popular.
Selalunya, orang yang menggunakan frasa ini merasa bersalah di atas kesalahan yang dilakukan TETAPI si dia masih menyimpan rasa tidak puas hati mehupun berdendam dengan orang lain.
Mungkin dia ingin membela diri sendiri, namun kepada orang lain dia kedengaran tidak ikhlas.
02
“Saya tahu, cuma saya..”
Cuba bayangkan jika seseorang mengatakan, ‘Saya tahu saya rampas teman lelaki kamu, cuma saya rasa kami..” – dan bagaimana akan kamu rasa?
Terus terang, ia serta-merta tidak akan menjadi permohonan maaf yang diharapkan. Tiada masalah jika kamu ingin menjelaskan keadaan sebenar. Tetapi biarlah ia selepas kamu melepasi fasa mohon maaf. Not during your apologies!
03
“Yeah, well, sometimes kamu..”

Okay api kemarahan masih membara.
Kedua-dua pihak enggan mengalah dan merasakan pihak satu lagi yang melakukan kesalahan. Cara ini sebenarnya adalah ‘senjata’ seseorang untuk membuatkan pihak lawan lupa dengan kesalahan dirinya kerana segala beban secar tiba-tiba diletakkan di bahu si dia.
Itulah yang dinamakan beban ‘rasa bersalah’ ataupun guilt trap.
04
“Saya tak nak bergaduh kerana benda ini..!”
Kamu tahu cara terbaik untuk hentikan pergaduhan? Pertama sekali, akui kesalahan diri sendiri dan bagaimana ia telah menggangu kamu. Kemudian cubalah untuk berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Kan senang?
05
“Jangan naikkan suara awak..”

Akhir sekali adalah situasi yang membawa kepada jalan buntu. Seriously guys, tiada permohonan maaf yang berkesan sekiranya masing-masing mula menaikkan suara kerana pihak yang satu lagi sedang marah.
Ya, kita akan rasa ‘berapi’ apabila dia menaikkan suara. Siapa yang memberikan dia lesen untuk marah kita secara tiba-tiba sedangkan kamu berdua bersalah.
But as the saying goes, cool down when someone is heated up. Janganlah kita menabur minyak kepada api.
Jadilah orang yang lebih matang dan dengar apa yang ingin disampaikan olehnya. Dia sendiri akan merasa lame & malu dengan tindakannya.
*
Ada sesiapa yang terasa? Kami minta maaf..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

