Pemergian ibu kepada tunang, Shila Amzah semalam setelah bertarung dengan penyakit barah telah ditangisi bukan sahaja oleh anak kandungnya, Ubai MZ tetapi juga oleh penyanyi Patah Seribu itu.
Memetik laporan media, Allahyarhamah Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang dan ini merupakan kehilangan insan kedua yang disayangi oleh Ubai setelah keluarganya pada 4 Mei lalu meratapi pemergian adik lelakinya, Allahyarham Muhammaf Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Tambah sedih apabila pemergian Allahyarhamah Rohani juga terjadi hanya kira-kira seminggu sahaja sebelum majlis akad nikah Ubai dan Shila dijadualkan berlangsung.
Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram, Shila mengucapkan terima kasih kepada Yang Esa kerana telah ‘meminjamkan’ kasih ibu kepada tunangnya itu ibarat memiliki ibu kandung kedua.
Ads
“Sha sangat bersyukur walau sebelum jadi menantu pun, mak dah layan Sha macam anak sendiri. Keluh resah Sha semua mak pujuk.
“Dari adik meninggal dua bulan lepas, mak tetap jadi yang paling kuat. Kami pun tak mampu jadi sekuat mak. Mak cakap, ‘Kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan, hargai siapa yang masih ada di depan kita.’
“Banyak kali mak cakap, ‘Kalau mak sihat Sha, korang tak payah penat. Hantaran ke apa semua memang tangan mak akan buat.’
“Tapi dah ditakdirkan mak sakit. Bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mertua yang baik. Percayalah, Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun cuma seketika,” ujarnya.
Ads
Sambil itu, Shila turut mengingati pesanan ibu Ubai agar terus menjaga anak kandungnya, Alieya yang masih bersekolah.
Sejak berkongsi mengenai pemergian Arwah semalam, ramai rakan selebriti yang tampil menzahirkan ucapan takziah mereka kepada pasangan tersebut di ruangan komen serta berharap agar mereka berdua terus diberikan kekuatan dalam menghadapi takdir Ilahi ini.
Antara yang berbuat sedemikian termasuklah Diana Danielle, Uyaina Arshad, Liza Hanim, Mimi Fly, Ziela Jalil, Alif Satar, Datuk Aznil Haji Nawawi, Sharifah Shahira, Yana Samsudin, Zara Zya dan ramai lagi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang tua-tua selalu memesan, jangan terlalu yakin kita tidak akan diganggu oleh kelibat ‘si dia’ semasa sedang bersendirian. Sama sekali, jangan kita bercakap besar.
Well, ini bukanlah cerita mengenai ahli Blackpink, Rosé bercakap besar. (Do not hurt us, Blinks!) Namun, satu kejadian yang agak pelik berlaku semasa penyanyi Korea itu sedang bercakap dengan peminatnya menerusi sesi Naver V Live semalam.
Untuk pengetahuan, Rosé baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-25 semalam. Disebabkan oleh musim pandemik ini, Rosé tidak dapat bersama-sama orang yang disayanginya dan terpaksa menyambut secara sederhana saja. Lantas, dia mengambil keputusan untuk bersama Blinks.
Sewaktu sedang rancak berborak dan mengiburkan Blinks, Rosé memberi respon kepada salah seorang pengikutnya yang bertanyakan sekiranya bilik itu ‘berhantu’.
“Korang semua, tiada hantu di belakang saya. Saya tidak pernah melihat hantu sebelum ini. Jika pada saat ini, semasa live ini saya melihat hantu untuk kali pertama…”
Belum sempat Rosé menghabiskan ayat tersebut, sejenis barang di dalam biliknya itu terjatuh. Apa lagi gaiss, terkejutlah idol kegemaran korang ini!
Mysterious betul timing objek itu jatuh sehinggakan Rosé menarik kata-katanya semula.
“Itu amat menakutkan. Saya hanya bergurau saja tadi tapi ada sesuatu telah terjatuh..” Tak tahulah kami nak tumpang takut ataupun hendak tergelak melihat reaksi comel Rosé. Hehe..
Apapun, Rosé telah berkongsi satu perancangan yang akan dilakukannya tak lama lagi.
Mungkin.
Ia adalah untuk mewujudkan akaun YouTube-nya sendiri apabila dia semakin menghampiri pelancaran debut solonya tak lama lagi. “Saya rasakan selepas solo saya dilancarkan, saya mungkin akan mewujudkan (akaun YouTube). Saya rasa kamu semua boleh menjangkakannya dari saya.
“That was a really refreshingly straightforward spoiler just now right? Bagaimana semua? Ia adalah spoiler yang jelas kan?” kongsinya.
Perancangan ini hadir selepas Jennie memulakan YouTube channel sendiri pada bulan lalu. Manakala, Lisa pula telah lama mempunyai akaun YouTube yang mempamerkan skil tariannya.
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal Bruno Mars? Beliau yang dikenali sebagai seorang penyanyi, penulis lagu, dan penerbit rakaman Amerika tampil menghiburkan peminatnya di Korea Selatan menerusi pentas konsert baru-baru ini.
Namun yang menariknya apabila konsert penyanyi tersebut dibanjiri oleh idola K-pop seperti BTS, BLACKPINK, G-Dragon, SEVENTEEN, NCT dan banyak lagi. Memang macam pentas Music Bank dah min tengok!
Anggota BTS V hadir bersama Skuad Wooganya termasuk pelakon Park Seo Joon dan Park Hyung Sik serta pemuzik Peakboy. Turut hadir ialah ketua BTS, RM.
Kim Taehyung with Park Seojoon with Namjoon at Bruno Mars concert
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi satu trend anak muda apabila ada sahaja yang mereka ingin cuba bila melihat sesuatu yang trending di media sosial.
Terbaru, 'tripping jump challenge' sedang hangat diperkatakan apabila khabarnya cabaran ini boleh menyebabkan kematian. Mana tidaknya, dua orang yang menyendeng kaki seorang lain pemain menyebabkan individu itu jatuh terlentang di lantai.
Tanpa beralas apa-apa, bayangkan macam mana individu tersebut boleh jatuh di atas simen. Boleh pecah kepala wey!
Ada beberapa versi cabaran, pertama mungkin mereka sudah tahu dan perlu mengelak daripada disepak oleh rakan, dan kedua bila mana si mangsa tidak menyedari bahawa dua rakannya ingin menyendeng kakinya dan menyebabkan mangsa tersungkur.
Menurut laporan yang diterima dari Astro Awani, berdasarkan pengamatan yang dilakukan Dr. Shazif Othman melalui video-video tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang mencuba cabaran tersebut.
Risiko paling ketara adalah boleh berlaku hentakan di bahagian kepala dan sekali gus boleh menyebabkan anggota terpenting pada manusia, iaitu otak.
Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau 'brain dead' kerana bila dilihat semula, individu tersebut jatuh secara mengejut. Kesannya, ia juga boleh menyebabkan fizikal kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki.
Walaupun jantung masih berdegup, namun kematian otak tidak dapat menyelamatkan keadaan. Disebabkan itu korang tidak dibenarkan sesekali untuk mencuba melakukan cabaran ini.
Selain itu juga, bahagian tengkuk boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan bukan sahaja maut, malah lumpuh seperti strok.
Risiko lainnya boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera otot pada organ dalaman dan berisiko untuk berlaku kecacatan kekal.
Nah, bukan biasa-biasa kesan yang korang akan dapat sekiranya melakukan cabaran ini. Jadi, janganlah berani-berani nak cuba semata-mata nak ikut trend. Nanti akibatnya korang perlu tanggung seumur hidup pula.
Kalau masih hidup kira nasib baiklah. Tapi jika berlaku sebaliknya?
Seperti menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan lelaki tersebut jatuh dan tidak sedarkan diri. Bila ditarik oleh rakan-rakannya, mangsa sudah lemah longlai dan ada yang mengatakan bahawa dia sudah mati.