Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein tampil berkongsi sisi jujur perjalanan penghijrahan Elly Mazlein yang penuh ujian. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mengakui, selepas mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, beliau berdepan pelbagai dugaan dalam dunia seni, termasuk kontrak kerja yang tiba-tiba ditamatkan dan projek yang terpaksa ditarik diri.
Namun bagi Elly, yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom, setiap ujian itu tidak sedikit pun menggoyahkan tekadnya untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan. Malah, beliau melihat setiap kehilangan sebagai tanda Allah mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Ada Kontrak Tiba-Tiba Tamat, Tapi Saya Reda”
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Elly menjelaskan bahawa keputusan untuk berhijab bukan sekadar percubaan atau trend semasa. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan kekeliruan apabila terdapat video lakonannya yang memaparkan dirinya belum berhijab disiarkan di kaca televisyen dan media sosial.
“Kalau nampak Kak Lina belum berhijab dalam mana-mana video, itu rakaman lama ya. Sekarang Alhamdulillah, Kak Lina sudah berhijab sepenuhnya,” jelasnya.
Namun, di sebalik perubahan positif itu, Elly tidak menafikan bahawa penghijrahan ini turut menguji ketabahannya.
“Ada yang tanya macam mana kerja selepas berhijrah. Selepas perhijrahan ini, ada kontrak tiba-tiba ditamatkan. Lepas itu, ada yang kita dah bincang, tiba-tiba tarik diri. Pelbagai dugaan selepas berhijab,” katanya dengan nada reda.
“Saya Percaya Rezeki Datang Dari Allah”
Walau terkesan dengan situasi itu, Elly memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, beliau percaya bahawa setiap rezeki sudah tertulis dan Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.
“Kak Lina percaya rezeki datangnya daripada ALLAH dalam pelbagai cara dan bentuk,” katanya penuh yakin.
Sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Elly menjadikan ujian ini sebagai semangat untuk terus melangkah. Baginya, penghijrahan Elly Mazlein bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada fasa hidup yang lebih tenang dan bermakna.
Ads
“Setiap kerja yang hilang, Insya-ALLAH akan diganti dengan rezeki yang lebih baik tanpa disangka,” ujarnya lagi.
Mohon Doa Dan Sokongan
Elly turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan peminat dan masyarakat yang sentiasa memberi semangat kepadanya sejak berhijrah. Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan agar dirinya kekal istiqamah dan diberi kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan baharu ini.
“Doakan Kak Lina dan anda semua juga. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dikelilingi orang yang baik-baik. Jangan takut untuk berubah, Insya-ALLAH ada rezeki kita,” pesan Elly.
Ads
Inspirasi Buat Remaja – Jangan Takut Untuk Berubah
Kisah penghijrahan Elly Mazlein menjadi inspirasi kepada ramai remaja — bahawa setiap langkah menuju kebaikan pasti datang dengan ujian. Dalam dunia yang sering menilai berdasarkan imej dan populariti, Elly membuktikan bahawa keyakinan diri dan keikhlasan hati lebih bernilai daripada segala kemewahan dunia seni.
Bagi pembaca Majalah Remaja, mesej Kak Lina cukup jelas: “Jangan takut untuk berubah.” Setiap perubahan yang dilakukan kerana Allah akan membuka pintu rezeki dan ketenangan yang tak terjangka.
Kecoh satu Malaysia baru-baru ini apabila satu babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh pelakon kacak Zul Ariffin dan Siti Hariesa telah tular dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak.
Terbaru menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tampil berkata bahawa kemungkinan drama ‘Perempuan Itu’ mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku.
Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.
Foto Via Astro Awani
“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.” kata Tan Sri Annuar Musa
Tambahan lagi, isu ini juga mendapat reaksi dari Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal memanggil produksi dan pelakon terlibat.
Ia susulan babak tersebut dikatakan bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyatakan bahawa pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.
“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya Timur”- katanya
Sebelum ini, secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Diharap semua semua crew drama tersebut tabah menerima dugaan ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati memang nak beli wangian baru. Tetapi bila memandang tag harga, kita selalu membatalkan niat tu.
Familiar kan??
Berita baik untuk korang apabila stor Sasa seluruh negara akan menjual wangian import berharga mampu milik bermula April ini.
Monotheme ialah jenama dari Itali yang terkenal untuk wangian botol menarik pada harga mampu milik.
Di bawah koleksi Classic Monotheme, REMAJA berpeluang untuk mencuba 2 wangian Eau de Toilette-nya iaitu Monotheme Cherry Blossom dan Monotheme Bloom.
Seperti nama wangian tersebut, korang boleh mengagak baunya mengambil inspirasi daripada bunga yang segar dan manis – sesuai untuk musim bunga yang akan tiba di negara 4 musim.
Bagi kami, koleksi Classic Monotheme ini pasti akan disukai oleh pengguna perempuan dan lelaki yang menyukai wangian elegan yang tidak terlalu menusuk deria.
Malah, rekaan botolnya yang kelihatan eksklusif adalah plus-point yang kami sukai.
Bagi korang yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan wangian baru, korang boleh dapatkannya di stor Sasa bermula bulan April ini pada harga bawah RM100.
*
Sementara menanti bulan April tu, apa kata korang usha dulu produk kosmetik dari Eropah yang juga ditawarkan di stor Sasa.
Baru-baru ini hangat di media sosial apabila netizen mendapati bahawa jadual aktiviti solo BLACKPINK Jennie ternyata amat padat setelah meninggalkan YG Entertainment.
Buat makluman, pada penghujung tahun 2023, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa ahli BLACKPINK telah memperbaharui kontrak mereka dengan syarikat tersebut sebagai kumpulan tetapi bukan secara individu.
Ia kemudiannya mendedahkan bahawa Jennie telah menubuhkan agensinya sendiri yang dipanggil ODDATELIER dan akan menjalankan aktiviti solonya di bawah syarikat baharu tersebut.
Namun apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini adalah meskipun tahun 2024 baru sahaja bermula, jadual aktiviti solo Jennie kelihatan amat padat.
Sebagai contoh, foto baharu kolaborasi Jennie untuk Hera dan Coco Chanel baru sahaja dikeluarkan. Wow! 2 jenama sekaligus nampaknyaaa…
Jennie x Hera Cosmetic
Jennie x Coco Chanel
Selain itu, setelah diumumkan bahawa Jennie akan membintangi rancangan realiti baharu bertajuk Apartment 404, trailer singkat rancangan itu turut dikeluarkan pada 2 Januari.
Melihat kepada reaksi netizen terhadap trailer tersebut, rata-rata tidak sabar melihat keletah spontan Jennie di dalam rancangan itu.
Jika itu tidak mencukupi, pada hari yang sama trailer itu dikeluarkan, K-Pop Charts turut mengumumkan bahawa Jennie akan menjadi tetamu pertama dalam rancangan baharu Lee Hyori iaitu Red Carpet.
Tidak lama selepas pengumuman itu dibuat, Jennie dilihat memasuki bangunan KBS, yang menandakan penampilan pertamanya di rancangan KBS selain daripada rancangan muzik.
WOW…. Memang betul-betul ‘booked & busy’ penyanyi terkenal ini!
Melihat kepada jadual aktiviti solo penyanyi berusia 27 tahun ini, rata-rata warganet membanjiri komen di media sosial dengan mengkritik tindakan YG Entertainment selama ini yang telah ‘menahan’ idola mereka daripada bergiat aktif.
“Selama ini ramai yang mempersalahkan Jennie kerana tidak aktif dan berlagak seolah dirinya ‘superstar’. Kini, kita sendiri tahu punca utama isu ini,” komen seorang peminat.
noticed how jennie keeps getting variety show appearances, more campaigns and ads after she left yg
jennie booking all these shows and campaigns after starting her own company just proves how much yg held her back these past few years —im so happy she is finally free 🥹
Jelas sekali bahawa majoriti peminat tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka untuk melihat Jennie berkembang dan bergiat lebih aktif di tahun 2024. Hwaiting Jennie!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Soompi, Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!