Menjadi perkara biasa buat wanita apabila timbulnya perasaan ingin tahu sama ada crush mereka turut ada hati kepada mereka atau pun sebaliknya.

Jangan tipulah kalau korang tak pernah alami situasi ini. Paling tidak, pasti korang bertanya kepada teman rapat bahawa rasanya si dia tu suka atau tidak dengan korang.

Ya, Remaja faham sekali dilema wanita yang kadang-kala ingin tahu sama ada lelaki yang disukai itu ada perasaan yang sama atau pun tidak.

Nah, jangan runsing lagi. Jom semak 6 bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh si lelaki itu jika dia syok atau tidak dengan korang.

Let’s check this out!

1. Mengusap rambut ketika bercakap dengan korang

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

Dalam situasi ini, si lelaki akan cuba untuk tunjuk yang dorang sangat steady dan confident. Padahal, apabila melihat orang yang kita suka, naluri untuk nampak ‘cool’ tu kononnya ditunjukkan dengan cara mengusap rambut yang sememangnya dah sedia rapi pun.

IKLAN

2. Posisi tangan di pinggang

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

Jika seorang lelaki meletakkan tangannya pada bahagian pinggang atau dalam poket seluar, ini adalah satu isyarat yang sangat jelas bahawa dia ingin menunjukkan sifat jantan mereka.

Begitu juga jika mereka duduk dengan keadaan kaki terbuka luas. Senang cerita konon gentleman la.

3. Dia di mana-mana 

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

Kadang-kadang timbul juga rasa pelik bila ke mana sahaja korang pergi, ada sahaja muka dia. Padahal, korang tak beritahu dia pun nak ke mana-mana.

IKLAN

Ha, kalau alami situasi macam ni, kemungkinan besar memang dia sering mengikuti korang atau seboleh mungkin mendapatkan maklumat tentang setiap gerak geri korang.

4. Cakap kuat

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

Ada lelaki yang sengaja bercakap dalam nada  yang kuat apabila nampak wanita yang mereka suka lalu di persekitaran mereka. Ini kerana si lelaki tersebut ingin mendapatkan perhatian daripada korang.

5. Meniru gerak gaya korang

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

IKLAN

Cuba korang perhatikan setiap gerak gaya si lelaki tersebut. Ada lelaki yang suka mengajuk cara perempuan bercakap atau cuba mengikut aksi yang korang lakukan, ini menunjukkan bahawa dia cuba untuk memahami dan membuatkan korang berasa selesa dengan mereka.

6. Bersikap lebih teruja dan mesra

6 Bahasa Tubuh Lelaki Yang Korang Boleh Check Jika Dia Mula Jatuh Hati

Jika seorang lelaki benar-benar menyukai korang, ia boleh jelas terpancar pada raut wajah dan cara layanan mereka terhadap korang.

Sikap yang ditunjukkan lebih mesra dan bila mereka gugup, mulalah muka tu merah padam. Ada juga lelaki yang gemar berjenaka kerana mereka selesa berada di samping korang.

Lepas ni, try la ajak crush korang tu pergi date dan tengok la kalau-kalau ada tanda-tanda yang sama seperti kami kongsikan ini.

Good luck girls!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI