Bekas pelajar sebuah sekolah menengah di St. Louis, Amerika Syarikat yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan tujuh yang lain pada Isnin lalu dilaporkan meninggalkan nota akhirnya sebelum ditembak mati oleh pegawai polis.
Lapor BBC, suspek yang dikenal pasti sebagai Orlando Harris telah memecah masuk ke dalam perkarangan Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri yang juga merupakan bekas sekolahnya sewaktu pelajar berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.
Secara tiba-tiba, tembakan rambang mula dilepaskan suspek sehingga meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun dan seorang guru berusia 61 tahun. Manakala, tujuh mangsa lain; masing-masing berusia 15 ke 16 tahun tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Orlando Harris
Orlando, 19 menamatkan pengajiannya daripada sekolah yang sama pada tahun lalu dan dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Justeru, pihak FBI tercari-cari motif di sebalik tindakannya sejak Isnin lalu. Tambahan pula, Orlando bertindak berani dengan membawa pelbagai jenis senjata, termasuklah senapang jenis ‘.223-caliber AR-15’.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai seorang pelajar berusia 16 tahun (kiri) dan seorang guru berusia 61.
Hanya pada hari ini, FBI melaporkan bahawa suspek ada menulis sekeping nota dan meninggalkannya di dalam kereta yang dipandu ke sekolah pada hari kejadian.
Ads
Sewaktu ditemui pihak media, detektif bertugas Michael Sack dari St. Louis membacakan sebahagian daripada kandungan surat tersebut.
“Saya tidak mempunyai kawan, saya tidak mempunyai keluarga, saya tidak pernah mempunyai seorang teman wanita, saya tidak mempunyai kehidupan sosial. Saya telah menjadi seorang yang menjauhkan diri dan keseorang sepanjang hidup saya.
“Ini merupakan situasi sempurna untuk seorang penembak beramai-ramai,” catatnya.
Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri.
Pengakuan Orlando ini sedikit-sebanyak memberikan pencerahan terhadap emosinya yang tidak stabil. Tambah detektif berkenaan, besar kemungkinan suspek menyimpan perasaan marah dan kebencian terhadap pihak lain yang mempunyai hubungan sihat dengan orang di sekeliling mereka.
Ini bukanlah kejadian tembakan rambang pertama di dalam perkarangan sekolah di Amerika Syarikat pada tahun ini. Sehingga 24 Oktober lalu, sebanyak 257 kes tembakan rambang di kawasan sekolah dan kampus telah dicatatkan – 7 kes lebih banyak daripada 250 kes yang dicatatkan SEPANJANG tahun 2021.
Dengan berbaki dua bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, kejadian Isnin lalu ini menimbulkan rasa gusar dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dan juga penduduk dunia terhadap keselamatan pelajar di kawasan yang sepatutnya dianggap selamat buat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan apa sahaja yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pastinya akan mendapat perhatian ramai dan menjadi trending. Terbaharu, video baju turun naik viral di TikTok dan sebenarnya ada kisah yang berlaku disebalik trend itu.
Trend baju turun naik ini memaparkan si pengguna TikTok yang memakai kain pleated yang bergerak secara turun naik (memang comel). Disebalik viralnya trend ini, ia sebenarnya bermula daripada seorang peniaga di Indonesia yang menjadi pencetus baju turun naik tersebut.
Dikenali sebagai Kareen Simbolon, video turun naik yang di muat naik di TikTok mendapat tontonan sehingga 41.9 juta dan menerima komen lebih daripada 46 juta.
Wanita itu berkongsi cerita bagaimana dia mendapat idea untuk melakukan trend tersebut. Kareen sudah mula berniaga pakaian sejak pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Pada awalnya, dia tidak berniat untuk mempamerkan jualannya di TikTok kerana lebih aktif di laman Facebook.
Namun, dia beringinan untuk membuka aplikasi TikTok walaupun pada ketika itu dia hanya mempunyai seramai 52 orang pengikut. Kareen melihat terdapat lagu ‘Turun Naik’ yang viral di TikTok. Pada ketika itu, dia berfikir seakan sesuai jika baju turun naik yang dijualnya itu digandingkan bersama lagu “turun Naik Oles Trus’ nyanyian Boy Ft.Blasta Rap Family.
Akhirnya, wanita itu memuat naik video pakaiannya dengan lagu Turun Naik itu dan tidak menyangka ia menjadi viral.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai menegur dan juga mengecam tindakan mereka kerana mampu jadi punca kebarakan dan insiden yang meragut nyawa.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak,
Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani terpanggil untuk berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Pakcik Shell Jelas Sebabnya!
“Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan…kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe”
Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.
Individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani
“Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter,” katanya dalam video.
Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.
**Jadi jangan fikir seronok je okay, fikir juga keselamatan diri dan orang sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lepas, Remaja ada menyiarkan kupasan berita tentang kematian seorang warga emas yang meninggal dunia sendirian di rumahnya yang terletak di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.
Terbaharu, kami mendapat laporan bahawa Allahyarham mak cik itu telah disahkan positif COVID-19. Baru sebentar tadi, kawasan kejiranan di sana mendapat tahu berita ini dan menzahirkan rasa duka cita atas kejadian yang menimpa individu warga emas itu.
“Semalam urusan pengebumian mak cik itu telah selamat disempurnakan dan hari ini pula, kami baru dapat tahu bahawa Allahyarham disahkan positif COVID-19. Memang agak terkejut dan tidak sangka perkara ini boleh berlaku. Ini merupakan kejadian pertama yang terjadi di sini, iaitu kes meninggal dunia sendirian di rumah,”
“Mujur saja sewaktu usaha memecahkan pintu rumah rumah Allahyarham, tidak ada jiran-jiran lain yang mendekati. Lagi pun, pihak frontliners memang menjaga SOP dengan ketat dan tidak membenarkan sesiapa mendekati mereka sewaktu melakukan operasi pencarian. Selepas itu, kami juga dapat tahu petugas terbabit ada melakukan proses sanitasi sejurus selepas mayat dikeluarkan dari rumah tersebut,” jelas Ammar.
Kejadian yang berlaku ini juga membuatkan Ammar Halim lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya dan dia juga turut menasihati masyarakat lain, khususnya mereka yang tinggal di rumah bertingkat untuk sentiasa ambil tahu tentang keadaan jiran di sekeliling.
“Memang la kalau ikutkan agak mustahil untuk saya ambil tahu tentang kehidupan semua jiran-jiran di sini kerana flat ini sahaja mempunyai 15 tingkat. Tapi bagi saya, dah cukup baik kalau kita ambil tahu tentang keadaan jiran-jiran setingkat. Kalau semua ada sikap tanggung jawab untuk bertanya khabar dengan jiran sebelah setiap hari, insyaAllah perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan,”
“Tapi bila jiran sering bertanya khabar, jangan pula kita melabelkan mereka sebagai ‘penyibuk’. Kena faham waktu-waktu seperti sekarang ini memang wajar sekiranya masing-masing mempunyai sikap ‘penyibuk’ itu. Siapa tahu memang ada orang-orang disekeliling kita yang memerlukan bantuan tetapi malu untuk meminta,”
“Saya juga berharap agar golongan muda juga tidak terlepas untuk melakukan tanggungjawab ini. Janganlah hanya mengharapkan kepada orang tua kita untuk tahu keadaan di sekeliling rumah, apa salahnya kita yang muda ini turut ambil tahu apa yang berlaku disekitar kawasan rumah,” tambah Ammar lagi.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham mak cik itu dan semoga kisah ini dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya mengambil tahu keadaan jiran disekeliling kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!