Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita kurang enak yang kita terima melibatkan masyarakat di sekeliling. Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang individu ditemui meninggal dunia di tepi jalan dan terbaharu, kisah seorang mak cik pula dikatakan meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.
Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut.
Bomba dengan KKM tengah nak pecah pintu rumah sebab tuan rumah meninggal sorang2. Orang sedar sebab dah bau bangkai. Sedih nya weh pic.twitter.com/w4oxi6KsjC
Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun itu apabila sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya.
“Kebetulan, hari Jumaat lepas pihak surau ada memberikan sumbangan kepada asnaf disini. Kawan mak saya ada hantar surat dekat rumah mak cik itu. Ketuk-ketuk pintu tak buka pula, jadi mereka selit sahaja surat tersebut pada pintu pagar. Bila barang dah sampai, mak cik tu tak turun-turun untuk ambil sumbangan tu jadi kami naik ke atas untuk hantar terus kepadanya. Tapi, bila ketuk pintu masih lagi tidak ada respon dan surat yang diselitkan itu masih ada di pintu pagar. Waktu tu kami tak syak lagi,”
“Petang semalam mereka cerita apa yang berlaku kepada mak saya dan ada yang menyarankan agar mak saya pergi melihat keadaan mak cik tersebut. Kemudian, mak saya naik ke rumahnya dan ketuk pintu, masih tidak lagi dibukanya. Waktu itu, mak saya tengok di tingkap biliknya, kipas dan lampu semua menyala. Hanya kelihatan kain batik dan telekung di atas katil,”
“Lepas tu mak cakap waktu tu memang dah terhidu satu bauan yang kuat dan tidak enak. Ingatkan bau sampah orang tinggal dekat tangga ke atau mak cik tu punya sampah, tapi bila tengok dekat tong sampah di luar rumahnya kosong saja. Kawan mak masih lagi cuba untuk mengetuk pintu. Hati mula rasa tak sedap dan mak pun balik rumah beritahu ayah saya,”
“Pada mulanya mak memang dah rasa macam mak cik tu dah tak ada tapi ayah cakap betul ke mak tu tau bau mayat. Ayah pun naik ke atas dan setelah menghidu bau tersebut, ayah cakap itu memang bau mayat. Kami terus buat laporan pada pengawal keselamatan, namun tindakan mereka agak lambat,”
“Ayah saya terus menelefon pengerusi perumahan kami dan mereka pun naik ke rumah mak cik itu dan turut mengesahkan bahawa itu adalah bau mayat. Mereka terus menelefon polis dan tidak lama selepas itu, pihak polis, bomba dan beberapa anggota KKM datang ke rumah. Operasi memecahkan pintu dilakukan dengan segera dan pada mulanya pihak bomba tidak menjumpai sebarang mayat, tetapi akhirnya barulah mayat mak cik itu dijumpai tertiarap di dalam bilik,” jelas Ammar.
Ads
Tinggal bersendirian
Kami turut bertanyakan kepada Ammar siapa sebenarnya penghuni rumah itu dan bagaimana keadaannya sebelum ini.
“Mak cik tu dah lama tinggal di sini dan dia memang duduk seorang diri. Khabarnya, dia mempunyai seorang anak angkat yang menetap di Johor. Jiran sebelah rumah mak cik tu ada berkata beberapa hari lepas anak angkatnya beritahu call mak tapi tak angkat,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada mak cik itu memang sakit atau mempunyai masalah kesihatan, Ammar turut berkongsi cerita bahawa kali terakhir maknya berjumpa dengan mak cik itu adalah sehari sebelum raya Aidiladha tempoh hari.
Ads
“Mak ada cakap sehari sebelum raya jumpa mak cik tu berjalan nak ke kedai beli ubat batuk katanya. Waktu tu memang nampak dia tak larat dan mak serta kawannya memimpin mak cik itu ke pintu lif. Itulah kali terakhir mak jumpa mak cik itu. Rasanya memang mak cik itu tidak sihat,”
“Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11.40 malam semalam semuanya telah selesai dan mayat mak cik tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan forensik,” tambah Ammar lagi.
Semoga urusan pengebumian mak cik tersebut dipermudahkan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
So guys, dalam situasi getir seperti sekarang ini, rajin-rajinlah kita bertanya khabar dengan jiran-jiran mahu pun rakan-rakan, lebih-lebih lagi mereka yang tinggal bersendirian. Tanyalah sama ada mereka sihat atau tidak, atau memerlukan apa-apa bantuan yang boleh korang hulurkan.
Stay safe and take care guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa hari lalu tular insiden seorang wanita digigit anjing ketika berjalan luar perkarangan sebuah rumah. Dalam kejadian berlaku di Tanjung Minyak sekitar jam 9.43 malam, dari rakaman CCTV menyaksikan anjing meluru keluar dari rumah tuannya dan terus menggigit Kristina di bahagian kaki, lengan dan lain lagi hingga mendatangkan kecederaan parah terhadapnya.
Menakutkan, dari kejadian diserang anjing itu Kristina kini terlantar di hospital ekoran kejadian teruk dialaminya. Terkini, lebih menakutkan, akibat kesan gigitan anjing tersebut, tangan kanannya mungkin tidak akan berfungsi seperti sedia kala.
Dalam satu perkongsian dibuat oleh Barisan Pembela Haiwan Kebangsaan (BAPAK), yang menziarahi Kristina, mangsa serangan Anjing di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka di Hospital Besar Melaka menyaksikan linangan air matanya.
Kehadiran kami disambut linangan air mata. Saudari Kristina yang beragama Kristian sungguh tidak menjangka dia akan menerima tetamu. Kristina masih trauma yang mana serangan tempohari – Dia menjerit minta tolong tapi tak ada yang menolong.
Tangan kanan Kristina mungkin tak akan berfungsi lagi seperti sediakala.
Bagi menzahir rasa simpati dan tanda bersahabat, ramai-ramai kita beri sikit-sikit seorang. Pilih RM10 / RM20 /RM30 / RM50 / RM100 atau RM200
MAYBANK PERTUBUHAN PASUKAN TINDAKAN HAIWAN (AAT), 512361504919
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS dikecualikan caj pengeluaran antara bank sebanyak RM1 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Terkini, beberapa pihak bank telah mula mengeluarkan notis bahawa ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan semua bank di Malaysia akan mengenakan caj ini semula nanti. Antara bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ini ialah seperti :
CIMB BANK/CIMB ISLAMIC
Kuwait Bank
MAYBANK
BANK ISLAM
HONG LEONG BANK
AMBANK
HSBC BANK
PUBLIC BANK
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bermula bulan Mac 2020, bank mengenakan caj RM1 kepada pelanggan jika mereka mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bank lain. Jika anda pelanggan Maybank dan mengeluarkan wang di mesin ATM CIMB, RM1 akan ditolak dari akaun anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank, tiada caj dikenakan.
Pengecualian caj RM1 di mesin ATM berlainan bank ini diberikan sejak April 2020 selepas PKP diumum, bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di mesin ATM bank tertentu walaupun ada mesin ATM bank lain berhampiran. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 dengan menjaga jarak antara satu sama lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Perdana Menteri Malaysia, berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Tapi, nampak gayanya faedah yang dinikmati rakyat selama hampir 20 bulan bakal berakhir Februari tahun depan…huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok (@kumamonjeng) menyaksikan seorang wanita dipercayai berasal dari Jepun itu sedang menikmati lagu dialek Kelantan iaitu Cinta Setandan Pisang yang dipopularkan oleh penyanyi Den Manjo and Eda Ezrin.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Kumamonjeng itu sedang membuat pergerakan mulut mengikut setiap satu lirik lagu berkenaan.
Kumamonjeng juga dilihat dapat membuat gerakan mulut ayat terkenal ‘Bae Sobar Bae’ dengan jelas seolah-olah sudah menghafal lagu itu.
Dalam video yang sama, wanita tersebut turut menunjukkan suasana penduduk setempat yang sedang bersiar-siar memakai pakaian tradisional seperti Kimono sekitar lorong di Jepun.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (@SenahDebab).
“Kelantan mendunia boh. Sampai ke Jepun perginya lagu ni,” ciap pemilik akaun tersebut.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan ‘kolaborasi’ tidak disangka antara Jepun dan Kelantan.
“Satu kolaborasi luar biasa antara orang Jepun dan Kelantan. Tak boleh berhenti gelak. Satu Dik soba dik!” kata seorang individu.
“Klate-Pop,” komen juga pengguna lain.
Malah, ada juga segelintir warga Kelantan yang berbangga kerana lagu dialek mereka diminati ramai.
Difahamkan, Kumamonjeng adalah seorang blogger pelancongan. Antara negara yang pernah dilawati adalah China, Korea Selatan, Indonesia, Itali, Thailand dan banyak lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.