Tragik. Namun punca kematiannya lebih lazim daripada yang kita sangkakan.
Begitulah nasib seorang gadis berusia 25 tahun dari Malaysia yang bermastautin di Amerika Syarikat.
Gadis yang dikenali sebagai Carmen Lee Cai Yi dilaporkan maut di Peachtree Industrial Boulevard setelah dia ditembak semasa memandu pulang ke kediamannya, Sabtu minggu lalu. Untuk pengetahuan, Carmen sepatutnya menyambut hari kelahirannya pada 5 Jun, semalam.
Carmen yang merupakan graduan jurusan kewangan dari Universiti Georgia (2018) telah ditemui maut di dalam kenderaannya yang terhenti di bahu jalan oleh pihak polis.
Ads
Semasa ditemui, dia disahkan sudah meninggal dunia di tempat duduk pemandu disebabkan kecederaan tembakan tersebut.
Sumber Foto: Keluarga Carmen Lee
Untuk pengetahuan, kejadian tembakan rambang di lebuh raya di seluruh AS telah meningkat secara drastik pada tahun 2021 dan bertambah lazim (common). Sekurang-kurangnya 30 kes kematian seakan ini telah dilaporkan tahun ini; termasuklah kes yang menimpa Carmen.
Daripada 30 kes tersebut, kes Carmen ini juga adalah salah satu daripada 10 kes tembakan rambang semasa mangsa sedang memandu.
Menurut andaian kes ini, dua orang suspek dipercayai sedang melepaskan tembakan terhadap diri masing-masing pada waktu kejadian dan Carmen menjadi mangsa tidak bersalah akibat peluru tersasar. Biarpun masih disiasat, ia kini diklasifikasikan sebagai kejadian malang bagi Carmen yang ‘berada di lokasi yang salah pada waktu yang salah.
Ads
*
Sedikit info mengenai Carmen, mendiang bekerja sebagai penganalisa portfolio kewangan dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Di sana, mendiang ditemani oleh seorang teman lelaki yang dikenali sebagai Petrus Reyes.
Bercakap kepada The Atlanta Journal-Constitution, Petrus berkata Carmen merupakan seorang yang mudah gembira apabila dapat membantu orang lain.
Carmen Lee (kiri) bersama kenalan rapatnya.
“Mendiang mempunyai hati yang prihatin. Tidak mementingkan diri sendiri. Dia selalu lakukan sesuatu untuk orang lain. Saya perlu mengingatkannya agar berhenti dan ambil berat mengenai diri sendiri dahulu.”
Bulan lalu, wakil Singapura ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2020 telahpun membawa mesej kesedaran ‘Stop Asian Hate’ ketika bertanding di Florida, Amerika Syarikat dek kerana kes buli dan kebencian terhadap komuniti Asia di sana yang semakin lazim.
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.
Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.
Semalam telah diumumkan barisan kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 28 jawatan kementerian telah diagihkan dan salah satu portfolio iaitu Kementerian Kewangan turut digalas oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.
Dalam pengumuman tersebut tiga personaliti menjadi perhatian apabila mereka diangkat untuk mengepalai kementerian. Ini disebabkan mereka sebelum ini telah kalah dalam pilihan raya umum ke-15 yang lalu.
Mereka adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula diberikan portfolio untuk mengepalai Kementerian Luar.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini masing-masing bertanding di parlimen Kulim, Kuala Selangor dan Lumut.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, isu ahli politik yang kalah bertanding dan diangkat sebagai menteri bukanlah asing sebenarnya. Walaupun mereka kalah bertanding, namun kepakaran yang dimiliki mereka menjadi satu aset besar kepada negara.
Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana ahli politik yang kalah bertanding boleh diangkat sebagai menteri?
Oleh itu sebelum menerima watikah pelantikan menjadi menteri, Saifuddin Nasution, Zamry Abd Kadir & Tengku Zafrul terlebih dahulu akan diangkat menjadi Ahli Dewan Negara sekaligus bergelar senator yang akan turut bersidang di Parlimen.
Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Selain mereka bertiga, terdapat seorang lagi figura yang akan diangkat sebagai Menteri, walaupun begitu beliau bukanlah ahli pilitik. Personaliti tersebut adalah Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah. Beliau akan memegang jawatan sebagai Menteri Agama dalam kerajaan perpaduan ini selepas mengangkat sumpah sebagai senator.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain badminton remaja Indonesia berusia 21 tahun, Syabda Perkasa Belawa meninggal dunia dalam kejadian kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah yang berlaku pada pagi Isnin.
Tragedi malang yang berlaku sekitar pukul 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibunya yang dikenali sebagai Anik Sulistyowati, 48.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, Syabda dan ibunya meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula terselamat namun mengalami kecederaan.
Mereka sekeluarga dikatakan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian nenek yang meninggal dunia pada Ahad malam.
Syabda ketika menjuarai Malaysia Internatinal Series 2022.
Syabda Perkasa Balawa merupakan pemain remaja Indonesia yang menampilkan persembahan cemerlang dalam pasukan kebangsaan Indonesia. Ketika meninggal dunia dia berada dalam kedudukan 135 dalam ranking dunia.
Imbas kembali kejayaannya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.
Syabda juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022. Susulan kejayaan berganda pada 2022, dia turut meningkatkan prestasinya apabila meraih kejuaraan di kejohanan Iran International 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!