Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, menegaskan bahawa pelajar masa kini perlu dibentuk menjadi generasi yang berfikir secara kritikal dan kreatif, bukan sekadar menghafal untuk lulus peperiksaan.
Menurut beliau, sistem pendidikan berasaskan hafalan semata-mata hanya akan melahirkan “generasi burung kakak tua” iaitu pelajar yang boleh mengulang maklumat tanpa benar-benar memahami atau mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.
“Pendidikan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada melahirkan pelajar cemerlang akademik, tetapi juga individu yang mempunyai nilai moral dan peribadi yang kukuh,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times. Kenyataan ini memperkukuh keperluan untuk beralih kepada pendekatan pendidikan kritikal yang membina kemahiran berfikir dan sahsiah pelajar.
KPM Fokus Pendidikan Kritikal dan Holistik
Dr. Azam menjelaskan, keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3 bukan dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berpaksikan kepada kajian menyeluruh dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk ahli akademik, ibu bapa dan komuniti pendidikan.
Ads
Bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Beliau turut menegaskan bahawa sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penilaian berasaskan potensi memberi peluang kepada pelajar untuk dinilai secara menyeluruh. Bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga dari aspek nilai, sahsiah, komunikasi dan kemahiran sosial. Inilah asas kepada pendidikan kritikal yang sebenar, yang melahirkan pelajar mampu berfikir, menganalisis dan bertindak secara matang.
Pendidikan Kritikal Bentuk Generasi Berfikir
“Kita tidak mahu pelajar yang hanya pandai berkata-kata tanpa kefahaman. Apa yang kita mahu ialah pelajar yang berilmu, berakhlak, dan seimbang kerana kita kini hidup dalam dunia yang dikelilingi oleh robot,” ujarnya.
Kata beliau, dunia moden yang penuh dengan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menuntut pelajar mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan empati terhadap manusia lain.
Dr. Azam turut memberi amaran bahawa sistem peperiksaan yang terlalu menekan boleh menyebabkan pelajar hilang minat terhadap pembelajaran dan memberi kesan kepada kesihatan mental mereka. Beliau percaya bahawa apabila tekanan dikurangkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan meneroka bidang yang mereka minati — asas kepada kejayaan pendidikan kritikal dan kreatif.
Ads
Pendidikan Kritikal Bantu Pelajar Faham Dunia
Bagi pelajar sendiri, mesej ini membawa makna besar. Bijak itu bukan sekadar hafal, tetapi tentang memahami, berfikir dan mampu mencipta sesuatu yang baharu. Dunia hari ini memerlukan generasi muda yang mampu menyesuaikan diri, berinovasi dan mempunyai empati terhadap masyarakat.
Ads
🌟 Remaja pesankan: Belajar bukan untuk markah semata-mata, tapi untuk memahami dunia. Jangan jadi “burung kakak tua” yang hanya pandai ulang tanpa faham. Jadi pelajar yang berfikir, bertanya dan berani mencari ilmu dengan makna sebenar kerana itulah erti sebenar pendidikan kritikal yang sejati.
Tokoh perniagaan terkemuka dan hartawan terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh syarikat pegangan pelaburannya, Usaha Tegas Sdn Bhd namun sebab kematian masih belum diumumkan.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024”
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” jelas kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung pada ketika ini.
Berikut fakta mengenai Tan Sri Ananda Krishnan sepanjang hayat beliau:
Ananda atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan yang sering dirujuk sebagai ‘AK’ adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih dianggarkan lebih AS$5 bilion.
Mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
Perjalanannya dalam industri perniagaan bermula dengan usaha dalam perdagangan minyak, yang akhirnya berkembang menjadi pelaburan dalam teknologi dan media.
Antara pegangan kepentingannya termasuk dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings Bhd dan Bumi Armada Bhd. Mendiang juga melancarkan MEASAT, perintis industri satelit Malaysia.
Pada April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.1 bilion, selepas Robert Kuok dan Quek Leng Chan.
Tokoh yang dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur ini terkenal dengan sikap rendah dirinya.
Tan Sri Ananda merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Melbourne.
Beliau juga pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Harvard Business School.
Mendiang komited dalam membantu kebajikan kemasyarakatan dengan melalui Yayasan Ananda Krishnan, mendiang memberi sumbangan besar kepada pendidikan, seni, sukan dan inisiatif kemanusiaan.
Beliau terkenal dengan sifat dermawan dengan memberikan biasiswa dan sokongan kepada individu yang memerlukan dan berdedikasi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman media sosial hari ini memang penuh dengan pelbagai tip dan “online hack” yang tular di platform seperti TikTok, Xiaohongshu dan Instagram. Ada yang benar-benar membantu, tetapi ada juga yang boleh mendatangkan bahaya jika dicuba tanpa pengetahuan yang betul. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita dari China yang akhirnya melecur di muka selepas campuran gula dan cuka yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
Wanita tersebut, dikenali sebagai Wu, berkongsi pengalaman ngeri itu yang berlaku pada 9 Oktober lalu ketika dia cuba menghapuskan kerak kapur pada peralatan dapurnya menggunakan petua yang ditemui di media sosial. Petua itu mendakwa campuran gula putih, cuka putih dan air panas boleh membantu melonggarkan kerak dan menjadikan kerja pembersihan lebih mudah.
Letupan Gula Dan Cuka Sebabkan Kecederaan Serius
Namun tanpa disangka, eksperimen dapur itu bertukar tragedi. Selepas mencampurkan bahan-bahan tersebut dan memasukkannya ke dalam termos, beberapa minit kemudian campuran itu meletup, memercikkan cecair panas terus ke wajahnya. Akibat kejadian itu, Wu mengalami lecur tahap kedua di muka dan leher serta kini masih menerima rawatan di hospital dengan wajah yang perlu dibalut sepenuhnya.
Punca Saintifik Di Sebalik Letupan Gula Dan Cuka
Pakar menjelaskan bahawa tindak balas asid asetik dalam cuka dengan bahan beralkali seperti kalsium karbonat dan magnesium hidroksida dalam kerak kapur menghasilkan gas karbon dioksida. Apabila campuran panas itu ditutup rapat dalam termos, tekanan dalaman meningkat dan menyebabkan letupan kecil berlaku.
Kesilapan Wu adalah tidak menunggu campuran itu sejuk sekurang-kurangnya lima minit sebelum ditutup. Walaupun nampak seperti langkah kecil, ia menjadi faktor utama kejadian tersebut.
Pengajaran Daripada Insiden Letupan Gula Dan Cuka
Kisah ini menjadi peringatan besar buat semua, terutama golongan muda yang sering teruja mencuba “hack” atau petua viral tanpa menyemak fakta sebenar. Bukan semua bahan dapur selamat digabungkan, dan bukan semua video di internet datang daripada sumber yang sahih.
💬 Pesanan Majalah Remaja: Sebelum mencuba apa-apa petua dari media sosial, pastikan anda faham fungsi setiap bahan dan risiko tindak balas kimia yang mungkin berlaku. Ingat, keselamatan lebih penting daripada eksperimen yang belum tentu berkesan.
Pihak Polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham.
Menerusi laporan media tempatan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam tadi, kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instastory, Aufahanie ada berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang sehingga kini.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sabah hari ini berduka dengan pemergian salah seorang pemimpin paling lantang memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia...