KPM Mansuh Peperiksaan
KPM Mansuh Peperiksaan

Pendidikan Hafalan Tidak Lagi Relevan

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, menegaskan bahawa pelajar masa kini perlu dibentuk menjadi generasi yang berfikir secara kritikal dan kreatif, bukan sekadar menghafal untuk lulus peperiksaan.

Dr. Mohd Azam: Hentikan Pendidikan Hafalan, Bina Pelajar Berfikir Secara Kritikal

Menurut beliau, sistem pendidikan berasaskan hafalan semata-mata hanya akan melahirkan “generasi burung kakak tua” iaitu pelajar yang boleh mengulang maklumat tanpa benar-benar memahami atau mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.

“Pendidikan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada melahirkan pelajar cemerlang akademik, tetapi juga individu yang mempunyai nilai moral dan peribadi yang kukuh,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times. Kenyataan ini memperkukuh keperluan untuk beralih kepada pendekatan pendidikan kritikal yang membina kemahiran berfikir dan sahsiah pelajar.

KPM Fokus Pendidikan Kritikal dan Holistik

Dr. Azam menjelaskan, keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3 bukan dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya berpaksikan kepada kajian menyeluruh dan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk ahli akademik, ibu bapa dan komuniti pendidikan.

Ads
Dr. Mohd Azam: Hentikan Pendidikan Hafalan, Bina Pelajar Berfikir Secara Kritikal
Bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Beliau turut menegaskan bahawa sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan penilaian berasaskan potensi memberi peluang kepada pelajar untuk dinilai secara menyeluruh. Bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga dari aspek nilai, sahsiah, komunikasi dan kemahiran sosial. Inilah asas kepada pendidikan kritikal yang sebenar, yang melahirkan pelajar mampu berfikir, menganalisis dan bertindak secara matang.

Pendidikan Kritikal Bentuk Generasi Berfikir

“Kita tidak mahu pelajar yang hanya pandai berkata-kata tanpa kefahaman. Apa yang kita mahu ialah pelajar yang berilmu, berakhlak, dan seimbang kerana kita kini hidup dalam dunia yang dikelilingi oleh robot,” ujarnya.

Kata beliau, dunia moden yang penuh dengan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menuntut pelajar mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal dan empati terhadap manusia lain.

Dr. Azam turut memberi amaran bahawa sistem peperiksaan yang terlalu menekan boleh menyebabkan pelajar hilang minat terhadap pembelajaran dan memberi kesan kepada kesihatan mental mereka. Beliau percaya bahawa apabila tekanan dikurangkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan meneroka bidang yang mereka minati — asas kepada kejayaan pendidikan kritikal dan kreatif.

Ads

Dr. Mohd Azam: Hentikan Pendidikan Hafalan, Bina Pelajar Berfikir Secara Kritikal

Pendidikan Kritikal Bantu Pelajar Faham Dunia

Bagi pelajar sendiri, mesej ini membawa makna besar. Bijak itu bukan sekadar hafal, tetapi tentang memahami, berfikir dan mampu mencipta sesuatu yang baharu. Dunia hari ini memerlukan generasi muda yang mampu menyesuaikan diri, berinovasi dan mempunyai empati terhadap masyarakat.

Ads

🌟 Remaja pesankan: Belajar bukan untuk markah semata-mata, tapi untuk memahami dunia. Jangan jadi “burung kakak tua” yang hanya pandai ulang tanpa faham. Jadi pelajar yang berfikir, bertanya dan berani mencari ilmu dengan makna sebenar kerana itulah erti sebenar pendidikan kritikal yang sejati.

BACA LAGI : Bekas Pramugara MAS Raih PhD Di UUM, Dr. Stanley Missun Mahu Buktikan Pendidikan Adalah ‘Game Changer’!

SUMBER : New Straits Time

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads