Tempoh berada di rumah mungkin adalah antara yang membahagiakan bagi sesetengah orang. Namun, ada juga yang ‘panas bontot’ apabila terkurung bersama pasangan dibawah satu bumbung.
Sama seperti di Malaysia, di Jepun juga mereka diarahkan tinggal di rumah sejak 16 April lalu bagi mengelak penularan pandemik maut itu Covid-19.
Untuk info, hal ini menyebabkan kadar perceraian di Jepun meningkat apabila pasangan suami isteri terpaksa tinggal di rumah di tengah wabak COVID-19 dengan sekitar 35 peratus perkahwinan berakhir dengan tuntutan perceraian.
Menerusi tanda pagar #coronarikon yang membawa maksud perceraian korona, ramai pengguna Twitter dalam kalangan isteri memberi respon berhubung keadaan perkahwinan mereka.
Ads
“Suami saya sentiasa melengahkan sesuatu perkara. Saya kecewa dan tidak dapat bersama seseorang yang bersikap sedemikian. Ini perceraian korona,” luah seorang wanita.
“Suara suami saya kuat. Bunyi dia batuk dan makan. Bunyi televisyen dihidupkan dengan kuat sepanjang hari. Dia berdengkur ketika berbaring di tengah ruang tamu”
“Saya sudah bertahan selama 10 hari. Berapa hari lagi? Adakah semangat saya mampu bertahan?”
Menurut Chie Goto, seorang peguam pakar dalam kes perceraian di Pejabat Undang-Undang Felice di Nishinomiya, punca pasangan menghadapi situasi konflik rumah tangga ini disebabkan para suami perlu bekerja dari rumah atau ada yang kehilangan pekerjaan dan anak-anak pula perlu menghadiri kelas dari rumah.
“Rumah kini telah menjadi tempat bekerja dan itulah penyebab utama masalah penceraian di sini.
“Ia berikutan pasangan berasa tertekan dengan perubahan mendadak disekeliling dan menjadi penyebab keretakan rumah tangga,” ujarnya.
Ads
Bagi menghalang penceraian korona terus berlaku, sebuah firma di Jepun menawarkan khidmat sewaan pangsapuri sepanjang tempoh perintah berkurung disasarkan kepada pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga.
Syarikat Kasuko yang beroperasi di Tokyo itu menyediakan pangsapuri lengkap dengan perabot sebagai ‘tempat sementara’ untuk mendapatkan ketenangan.
Ads
Jurucakap Kasoku, Amano memberitahu AFP, syarikat itu menawarkan sewaan pangsapuri dengan harga 4,400 yen (RM177) sehari.
Setakat ini lebih 20 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka selepas kempen pemasaran giat digerakkan mulai 3 April lalu.
Katanya, mereka turut menawarkan khidmat konsultasi perceraian oleh pegawai undang-undang selama 30 minit. Kebanyakan pengguna perkhidmatan tersebut adalah golongan isteri yang berdepan pergaduhan besar dengan suami.
Untuk rekod, Jepun telah mencatat lebih 6,000 kes positif COVID-19 dengan 98 kematian telah dicatatkan. Manakala lebih 700 orang telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas sembuh daripada wabak yang telah membunuh lebih 100,000 orang di seluruh dunia.
Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 36 masih lagi terasa dan tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah kerana berjaya menjadi juara menerusi lagu Pelukan Angkasa.
Namun begitu, ada satu berita kurang baik yang diterima kerana polis telah mengesan tindakan sekumpulan indivisu berpelukan pada malam itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita. Pihak polis sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.
Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan walaupun negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kemeriahan menyambut bulan mulia tetap terasa.
Namun yang menjadi tanda tanya masyarakat ialah bagaimana cara atau keadah untuk membayar Zakat Fitrah ekoran PKP. Adakah ianya masih menjadi kewajipan kita?
Jawapannya YA, zakat fitrah tetap menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam jika mempunyai kemampuan walau dalam musim PKP.
Di zaman teknologi moden dan serba maju ini korang boleh je membayar zakat fitrah ini secara online melalui beberapa aplikasi salah satunya ialah aplikasi Boost.
Boost hari ini ada mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pembayaran secara nirtunai ini merupakan salah satu kaedah yang lebih baik, termasuk mengekalkan penjarakkan sosial seperti digalakkan oleh pihak berkuasa.
Ciri pembayaran zakat harta telah pun boleh diakses oleh penduduk di Selangor, dimana anda hanya perlu memilih menu “Zakat” dan membuat pembayaran melaluinya dengan mudah.
Ciri Zakat Fitrah akan ditambah pada Boost bermula 24 April ini. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.
Boost turut mengatakan yang mana selain Lembaga Zakat Selangor, mereka turut akan menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Wow, menarik ni…tak perlu risau kena akad dan bersalam untuk bayar zakat fitrah. Teknologi dihujung jari kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemberian vaksin secara ‘walk in’ buat penduduk di sekitar Lembah Klang telah pun berkuatkuasa semalam dan terdapat 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditetapkan.
Menerusi satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twiter, @taylorxx99x telah pun memuat naik ciapan mengatakan sesiapa yang masih belum mendapatkan temu janji vaksin di MySejahtera, boleh terus datang untuk walk ini di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya.
Sesiapa yang tak dapat date vaccine lagi kat MySejahtera , boleh WALK IN kat Tropicana Garden Mall, PJ . hari ni kami expect more than 4k people yg datang untuk walk in but sikit sangat yang dtg . Please spread this out so that semua org boleh dapat vaccine cepat 💉🇲🇾 pic.twitter.com/sTuBMzCE5S
Menurutnya, mereka menjangkakan lebih 4,000 individu yang belum divaksin akan datang untuk walk in tetapi malangnya hanya sedikit sahaja yang mengunjungi PPV itu.
Korang yang belum mendapatkan vaksin dos pertama bolehlah terus ke Tropicana Garden Mall, PJ dan sebelum itu pastikan korang download aplikasi SELANGKAH.
Program Vaksinasi Covid-19 kerajaan negeri Selangor kini dibuka secara pra-pendaftaran “Walk-In” bagi mempercepatkan sasaran pencapaian imuniti kelompok.✨
Jelas @taylorxx99x lagi, ia terbuka kepada individu yang masih belum mendapatkan temu janji vaksin dan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Difahamkan, PPV ini dibuka sehingga jam 5 petang nanti. Bagi yang berdekatan dengan pusat membeli-belah itu, masih ada masa untuk korang ke sana.