Dua orang penari yang tercedera sewaktu persembahan konsert grup lelaki Hong Kong, MIRROR pada 28 Julai lalu telahpun dikenal pasti.
Mangsa, ‘Mo’ Lee Kai-yin, 27 tercedera setelah dihempap dengan skrin LED gergasi sewaktu persembahan dilangsungkan. Beberapa saat kemudian, skrin tersebut mengenai seorang lagi penari bernama Chang Tsz-fung, 29.
Lapor South China Morning Post, impak skrin yang terjatuh ke atas tubuh Lee telah menyebabkan dia berada dalam keadaan kritikal dan dikhuatiri berdepan kemungkinan lumpuh dari bahagian leher ke bawah.
Ini setelah tubuhnya terseliuh pada bahagian ketiga dan keempat vertebra serviks lalu menyebabkan penari itu tidak dapat menggerakkan anggota badannya.
Ads
Insiden itu turut mengakibatkan kecederaan pada bahagian kepala dan paru-paru Lee.
Setelah insiden, Lee dan Chang terus dibawa ke Queen Elizabeth’s Hospital di Hong Kong untuk menerima rawatan. Lee menjalani pembedahan vertebrae pada malam yang sama dan beberapa lagi prosedur lain untuk menstabilkan tulang belakang.
Lalu, Lee perlu terus ditahan di hospital untuk rawatan lanjut sementara Chang telah dibenarkan pulang ke kediamannya pada 29 Julai.
Menurut kaji selidik awal yang dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka mempercayai wayar gantung milik skrin itu terputus lalu mengakibatkannya jatuh ke atas pentas.
Ads
Di media sosial, warganet berkata bahawa amaran telah diberikan oleh beberapa penonton yang menghadiri tiga malam persembahan sebelum hari insiden. Sewaktu menyaksikan MIRROR, mereka khuatir melihat set pentas yang kelihatan tidak begitu stabil.
Ads
Untuk pengetahuan, kumpulan Mirror yang dianggotai oleh 12 ahli dijadualkan untuk melangsungkan siri konsert di lokasi sama, Hong Kong Coliseum dari 25 Julai hingga 6 Ogos.
Begitupun, insiden ini telah memaksa pihak penganjur konsert untuk mengumumkan pembatalan baki malam persembahan Mirror dan harga tiket boleh ditebus semula oleh peminat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berat ujian bagi seorang gadis ini yang juga penuntut di salah sebuah universiti terkenal Malaysia, tatkala diuji dengan kedua orang tua yang sakit disaat-saat akhir pengajiannya. Tidak dapat melawan takdir, wanita ini yang lebih dikenali sebagai Diana, berkongsi terpaksa ‘extend’ projek akhir apabila keadaan kesihatan bapa tercintanya semakin merosot.
Menurut graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, dugaan hidupnya bermula apabila bapanya terpaksa menjalani pembedahan memotong tiga jari kaki dan dimasukkan ke Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) selama tiga bulan.
“Mulanya dengan abah perlu membuat pembedahan memotong tiga jari. Masa ini masih kuat semangat nak habiskan degree (sarjana muda) yang hanya berbaki tesis, latihan industri dan selepas itu sudah boleh konvokesyen.
“Selepas itu, abah ditukarkan ke CVSKL. Abah kuat semangat. Tidak pernah tunjuk yang abah sedih. Tetapi keadaan abah makin kritikal, ia semakin merebak sehingga perlu pembedahan potong kaki sampai ke paras bawah lutut. Malah, oksigen abah pun semakin menurun.
“Masa ini ‘down’ sangat. Tida dapat fokus menulis. Rasa semangat itu separuh dibawa pergi. Saya hubungi penyelia tesis meminta kata-kata semangat. Masa hubungi doktor (pensyarah) pun tidak mampu menahan air mata,” coretnya pada satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya.
Sehubungan itu, dia mula menghubungi penyelia yang juga pensyarahnya bagi mendapatkan nasihat berhubungi dengan Penulisan Ilmiah Tahun Akhir (tesis).
“Akhirnya saya membuat keputusan untuk extend juga kerana niat mahu fokus menjaga abah memandangkan semasa itu mak pun tidak berapa sihat kerana sudah ada simptom buah pinggang.
“Alhamdulillah, dapat penyelia yang sangat memahami dan sentiasa beri kata-kata semangat. Selama lapan bulan abah di hospoital. Dari bulan lima hingga bulan enam. Alhamdulillah, abah boleh pulang ke rumah,” katanya lagi.
Ujiannya bukan terhenti di situ, gadis ini terus diduga apabila tahap kesihatan ibunya merosot ekoran penyakit buah pinggang. Malah, tahap kesihatan bapanya juga semakin menurun sehingga dia terpaksa bergegas pulang ke Ipoh, Perak, sejurus sahaja menamatkan latihan industri.
Hasil berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya, kini Diana berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi dan mengenggam segulung ijazah pada konvokesyen UKM, baru-baru ini.
Menerusi hantaran video tersebut, kelihatan gadis ini serba cantik dan ayu mengenakan jubah konvokesyen berwarna hijau, selepas diduga pelbagai bentuk ujian sepanjang dia bergelar mahasiswa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Sharifah Nur Diana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tidak ketinggalan ialah sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.
Baru sebentar tadi, menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin mengenai peperiksaan awam yang bakal berlangsung pada tahun ini akan ditunda hingga tarikh yang diberitahu.
Manakala, UPSR dan PT3 pada tahun 2020 akan dibatalkan.
Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan hanya kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja akan dibuka. Namun, aspek kebersihan amat dititik beratkan sepanjang tempoh tersebut.
Tarikh SPM,SPMV ditunda ke suku tahun 2021
KPM turut mengumumkan bahawa tarikh SPM,SPMV (serta yang sewaktu dengannya) akan ditunda ke suku tahun 2021. Manakala peperiksaaan semester 2 STPM akan dibuat pada Ogos 2020 dan STAM serta STPM semester 3 akan ditunda ke suku akhir 2021.
Untuk peperiksaan UPSR dan PT3, Dr. Mohd Radzi memberitahu bahawa KPM telah membatalkan peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Sumber : Astro Awani / Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau selama ini korang jenis suka kumpul saman dan rasa gerun kalau tak bayar saman dikeluarkan oleh pihak polis, ada berita baik mulai semalam 25 Mac hingga 14 April 2021 sempena Hari Polis 2021.
Berdasarkan penerangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian dengan lebih mudah.
Ini merupakan satu inisiatif yang amat terpuji oleh PDRM kerana mampu memberikan kepada orang awam untuk melakukan pembayaran tanpa perlu beratur dan bersesak di kaunter bayaran sedia ada. Bahkan, penjarakan sosial serta pematuhan kepada SOP di musim wabak pandemik ini dapat diikuti.
Tapi korang masih kurang jelas bagaimana untuk membayar saman ini, mungkin perkongsian seorang pengguna Facebook dengan nama Atikah Puat ini boleh membantu.
Harini PDRM dah buat diskaun saman separuh harga. Haa pegi la bayar saman tu. Jimat dah dari RM160 dapat RM80, balance RM80 kita bersidang di KFC ye. Tapi masih jaga penjarakan sosial ya. Thanks me later. Promo till 11/4/2021.
Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
Saman status bicara mahkamah (m)
Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
**Tertakluk kepada terma dan syarat
Marilah since ramai tanya macam mana nak setelkan saman. Step by step dekat gambar ye anak anak.
Step 1
Mula mula login je https://mybayar.rmp.gov.my/en ikut link ni.
Register macam biasa. New user tu nak sign up la ye. Sign in tu login je kalau dah ada akaun.
Step 2
Step 3
Ni dah siap bayar. Nanti kalau dah siap bayar. Dia akan kasi notifikasi dah langsai korang bayar tu. Ha mudah kan. Jangan lupa save resit untuk disimpan.
Step 4
Akhir kata inilah resit yang berjaya dah bayar.
Harap perkongsian ini membantu korang semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!