Cuaca panas luar biasa yang melanda negara kita kebelakangan ini memang buat ramai jatuh sakit dan sakit kepala.
Cuaca panas serta kering ini juga disebabkan oleh ‘paduan’ musim Monsun Barat Daya dan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan.
Hmm…betapa peritnya untuk rakyat Malaysia kini apabila sedang berhadapan dengan cuaca suhu panas mencecah 40 darjah celcius.
10 TEMPAT CATAT SUHU PANAS DI DUNIA, CECAH 50 DARJAH CELCIUS!
Berikut adalah senarai 10 tempat terpanas di dunia berdasarkan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan.
10. Jeddah, Arab Saudi- 52°C (125.6°F)

Di tangga ke-10 dalam senarai tempat paling panas di Bumi kami ialah Jeddah, Arab Saudi, di mana suhu 52°C (125.6°F) direkodkan pada 22 Jun 2010. Bandar pelabuhan purba ini terletak di barat Arab Saudi dan bertindak sebagai pintu masuk utama ke Mekah, dengan populasi lebih 4.6 juta orang.
9. Mexicali (Mexico): 52°C (125.6°F)

Suhu 52°C (125.6°F) telah direkodkan di lembah Mexicali, Mexico, pada 28 Julai 1995. Ini menjadikannya suhu kesembilan terpanas yang direkodkan di mana-mana sahaja di Bumi.
8. Al Jazeera Border Gate (UAE): 52.1°C (125.8°F)

Suhu 52.1°C (125.8°F) telah direkodkan di Pintu Sempadan Al Jazeera di UAE pada Julai 2002. Pada Julai 2013, rekod suhu tertinggi di rantau ini hampir dipadankan semula (mencapai 51.2 darjah Celsius). Suhu seperti ini cenderung bertahan hanya 15 minit.
7. Turbat (Pakistan): 53.7°C (128.7°F)

Kedudukan ketujuh paling hangat dalam senarai kami ialah 53.7°C (128.7°F) yang direkodkan di Turbat, Pakistan pada 28 Mei 2017. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mengesahkan bahawa 53.7°C yang direkodkan di Turbat adalah suhu keempat paling panas pernah direkodkan pada masa itu.
6.Basra (Iraq): 53.9°C (129°F)

Timur Tengah adalah bahagian dunia yang hangat, dengan beberapa suhu yang memecahkan rekod mendaki melebihi 50 darjah Celsius. Basra, Iraq, adalah rumah kepada satu suhu sedemikian, merekodkan suhu tinggi 53.9°C (129°F) pada 22 Julai 2016.
5. Mitribah (Kuwait): 53.9°C (129°F)

Suhu kelima tertinggi yang direkodkan dan disahkan oleh WMO telah diukur di stesen cuaca Mitribah, Kuwait sebagai 53.9°C (129°F). Kepanasan yang luar biasa ini telah direkodkan pada 21 Julai 2016 dan mewakili rekod tempat terpanas yang disahkan di Asia.
4. Tirat Tsvi (Isra*l): 54°C (129°F)

Dirakam pada 21 Jun 1942, Tirat Tsvi di Isra*l mengukur suhu tertinggi rekod 54°C (129°F). WMO mengelaskan Isra*l sebagai Eropah, jadi ia secara rasminya merupakan suhu tertinggi yang direkodkan di benua itu, bergantung pada tempat anda meletakkan negara itu.
Terletak berhampiran sempadan Israel-Jordan, Tirat Tsvi terletak di sebelah barat Sungai Jordan.
3. Ahvaz (Iran): 54°C (129.2°F)

Rekod suhu tertinggi benua 54°C (129.2°F) diukur di Ahvaz, Iran antara 4:51 petang dan 5 petang waktu tempatan pada 29 Jun 2017.
Anda mungkin berminat dengan
2. Kebili (Tunisia): 55°C (131°F)

Suhu terpanas yang direkodkan di Afrika diukur di Kebili, Tunisia, pada 7 Julai 1931 pada 55°C (131°F). Ia adalah suhu kedua tertinggi yang telah direkodkan di Bumi.
1. Furnace Creek, Death Valley (USA): 56.7°C (134°F)

Tempat paling panas di Bumi di tangga pertama ialah Furnace Creek di Death Valley, California (AS), di mana suhu 56.7°C (134°F) direkodkan pada 10 Julai 1913. Pada bulan-bulan musim panas, Death Valley mempunyai purata suhu harian 45° C (113°F).
Ini hanyalah suhu udara, dengan haba permukaan jauh lebih tinggi. Pada 15 Julai 1972, suhu tanah 93.9 °C (201 °F) direkodkan di Death Valley, hanya beberapa darjah dari suhu air mendidih!
Bersyukurlah kita di Malaysia walaupun panas masih di bawah suhu 40 darjah celcius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Ramai yang sudah tak sabar untuk menyertai acara tahunan Sunway Lagoon’s Nights of Fright yang dijadualkan berlangsung bermula 27 September hingga 2 November 2019.
Namun menurut Sunway Lagoon Malaysia, mereka terpaksa menangguhkan tarikh tersebut kepada 4 Oktober 2019 susulan masalah jerebu yang melanda negara kita.
Pihak Sunway Lagoon ingin mengutamakan kesihatan pengunjung dan tak mahu korang bersesak dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan sepanjang malam Nights of Fright 7 nanti.
Syabas kami ucapkan kepada pihak Sunway Lagoon kerana bertanggungjawab dalam mempertimbangkan dan memikirkan kondisi semasa yang tak mengizinkan.
Bagi korang yang telahpun membeli tiket secara online untuk tarikh 27, 28 dan 29 September nanti, korang akan menerima emel untuk proses reschedule ke tarikh yang lain.
Untuk pembelian tiket di kaunter pula (atau sekiranya korang tak menerima emel jika telah membeli tiket secara online), korang boleh terus ke kaunter tiket Sunway Lagoon bermula 23 September 2019 (Isnin) ini dan untuk dapatkan tiket baru. Jika tak berkesempatan untuk walk-in, emelkan saja permintaan menukar tiket berserta bukti pembelian ke ask_lagoon@sunway.com.my.

Bagi yang memerlukan bantuan selanjutnya, hubungi pihak Sunway Lagoon di talian 03-5639 0000.
ARTIKE BERKENAAN: Tiket Untuk Dimenangi Ke Nights of Fright 7, Dah Sedia Untuk Menjerit?
Bagi yang telah menyertai peraduan bersama Nights of Fright 7 bersama REMAJA bermula semalam (link di atas), tiket yang kami akan berikan telah bertukar tarikh ke 27 OKTOBER 2019. Take note ya.
Jangan sedih-sedih okay. Kita masih boleh enjoy di Nights of Fright 7 cuma pada tarikh berlainan saja. Semuanya kerana faktor cuaca yang tak mengizinkan. Apa-apa pun kita kena utamakan kesihatan dulu kan?
Jumpa nanti di sana!
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
∞
ALAHAI… Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka yang ditonton atau dibaca di media tertentu.
Baru-baru ini, tiga adik-beradik lelaki di Bolivia berdepan padah selepas sengaja membiarkan labah-labah Black Widow menggigit mereka gara-gara mahu menjadi watak adiwira, Spider-Man.
Kesemua mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu dilaporkan sedang menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi ketika kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.
Ketiga-tiga mangsa berharap dapat bertukar menjadi Spiderman selepas digigit labah-labah berbisa itu seperti yang dipaparkan menerusi filem adiwira terbabit.

Bagaimanapun, ketiga-tiga adik-beradik itu mula mengalami simptom dalam tempoh beberapa minit hingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.
Namun, keadaan mereka dilaporkan semakin teruk termasuk gejala seperti demam, berpeluh dan sakit otot yang memaksakan mereka berpindah ke sebuah hospital di Llallagua.
Menurut Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro, mereka berjaya dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital seminggu kemudian.
“Insiden itu sepatutnya menjadi amaran bahawa segelintir kanak-kanak menganggap apa yang berlaku di dalam filem adalah perkara nyata. Mereka tidak sedar gigitan daripada labah-labah Black Widow boleh menyebabkan kematian kepada golongan itu,” ujarnya.

![]()
Menurut National Geographic, bisa labah-labah Black Widow adalah 15 kali lebih kuat berbanding ular orok-orok dan antara spesis labah-labah paling ditakuti di dunia dan paling berbisa di Amerika Utara.
Bisa labah-labah tersebut boleh mempengaruhi sistem saraf dan pembengkakan serta gejala jangka panjang seperti sakit otot, mual dan kelopak mata membengkak. Bagaimanapun, Black Widow sejenis tidak agresif dan hanya mengigit untuk mempertahankan diri.
Difahamkan, spesis tersebut berasal dari Amerika Utara, Amerika Selatan dan selatan Eropah malah ia juga ditemui di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan.
Tu la obses sangat dengan filem yang ditonton, nasib nyawa tidak melayang.
Sumber: New York Post
∞
Setakat semalam, Malaysia mencatat sebanyak 691 kes baharu positif Covid-19 dan ini menjadikan kes tertinggi dilaporkan sejak pandemik tersebut menular dalam negara.

Menurut data terbaharu John Hopkins University menunjukkan, lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 pula melebihi jumlah populasi Malaysia, dengan 35.7 juta kes direkodkan.
Seramnya….pandemik ini betul-betul menakutkan kita semua.
Solat hajat 3 hari berturut-turut
Oleh sebab itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat.

Waktu solat hajat tersebut adalah disarankan selepas waktu solat Magrib bermula hari ini selama tiga hari berturut-turut.
Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya dalam pekeliling yang diedarkan.” Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail
Jadi, jom la rakyat Malaysia beragama Islam kita sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan. Moga kita semua dirahmati oleh NYA.
Sumber : Astro Awani
∞