Konsert boy band dari Hong Kong, MIRROR bertukar tragedi setelah para penarinya cedera akibat dihempap dengan skrin LED gergasi dari siling Hong Kong Coliseum.
Kejadian yang berlaku pada malam Khamis itu serta-merta mengakibatkan siri konsert yang dikendalikan oleh syarikat bernama MakerVille ini dibatalkan.
Buat masa ini, wakil daripada MakerVlle belum memberikan respon apabila dihubungi oleh media tempatan.
Menurut rakaman video insiden yang kini telah tular di media sosial, skrin LED itu sedang dalam proses untuk diangkat ke atas sebelum salah satu tali skrin terputus lalu jatuh menimpa dua orang penari yang berada di bahagian bawah skrin.
Ads
Sumber Foto : APSumber Foto : AP
Jelas kedengaran jeritan ribuan penonton di venue terbabit manakala semua individu yang berada di atas pentas pula bergegas untuk membantu dua orang penarii terbabit.
Salah seorang dilaporkan tidak sedarkan diri pada waktu itu manakala seorang lagi sedang menahan sakit. Menurut media tempatan, ambulans tiba di lokasi kejadian sekitar 10 minit selepas insiden dan mangsa terus dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital. Salah seorang berada dalam keadaan serius; dipercayai akibat kecederaan di bahagian saraf tunjang manakala seorang dalam keadaan stabil.
Difahamkan juga, tiga orang penonton telah mendapat rawatan akibat rasa trauma setelah menyaksikan insiden di hadapan mata.
Amaran paparan grafik insiden terbabit di bawah :
Ads
A live show by Hong Kong boy band Mirror was cut short on Thursday after a screen fell from height on the stage. It hit dancers below, according to footage shared across social media.
Sebaik kejadian ini tular, pihak berkuasa di Hong Kong telah mengarahkan agar satu siasatan dilakukan dengan segera. Manakala Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee mengekspresikan rasa simpati terhadap mangsa.
Laporan insiden juga bertukar menjadi topik paling hangat diperkatakan di China terutamanya di platform Weibo (Twitter versi China).
Ads
Bagi yang tidak begitu mengenali MIRROR, mereka diformasikan dengan 12 orang ahli dan diuruskan oleh syarikat milik jutawan Hong Kong, Richard Li.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya belum ada negara yang benar-benar dapat menjauhi COVID-19 sebaliknya wabak ini terus merebak dan merebak. Bagi kebanyakan negara di dunia, mereka sudah memberikan kebebasan bergerak kepada penduduknya dengan beberapa syarat tetapi nampknya “kebebasan” bergerak itu mula merebakkan kembali mereka dijangkiti COVID-19. Antara negara yang kini memasuki gelombang kedua ialah negara Korea Selatan yang menjadi negara pilihan rakyat negara kita untuk melancong.
Nampanya bagi kaki travel, lupakanlah Hasrat itu sehingga beberapa tahun selagi wabak ini belum dapat ditangani lagi.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak pernah berakhir.
"Di kawasan metropolitan iaitu Seoul, Incheon dan Gyeonggi, gelombang pertama adalah dari bulan Februari hingga April.
"Kemudian kita melihat gelombang kedua yang bermula sejak musim cuti pada bulan Mei," kata Pengarah KCDC, Jeong Eun-kyeong. Penghujung Februari lalu, Korea Selatan melaporkan lebih 900 kes sehari, sekaligus menjadi negara paling teruk terjejas selepas China.
Kempen penjejakan kontak dan pengujian intensif kemudiannya berjaya mengurangkan bilangan kes menjadi satu digit pada akhir April.
Tetapi ketika negara itu mengumumkan akan melonggarkan perintah berkurung pada awal Mei, kes baharu meningkat, sebahagiannya berpunca daripada anak-anak muda yang mengunjungi kelab malam dan bar di Seoul pada hujung minggu.
"Kami pada awalnya meramalkan bahawa gelombang kedua akan muncul pada musim gugur atau musim sejuk. Ramalan kami ternyata salah.
"Selagi penjarakan sosial diambil mudah, kami percaya kes jangkitan akan berterusan," kata Jeong.
Sehingga tengah malam Ahad, Korea Selatan melaporkan 17 kes jangkitan baharu, sedikit menurun daripada dua hari sebelumnya yang masing-masing mencatat 48 dan 67 kes.
Korea Selatan setakat ini mencatat 12,438 kes jangkitan dengan 280 kematian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setakat hari ini, wabak COVID-19 mencatatkan lebih 3 juta jangkitan di seluruh dunia. Amerika Syarikat masih menduduki tangga teratas dengan lebih 1,178, 906 orang positif dengan 68,689 orang mati akibat wabak ini.
Dalam pada itu, sekutu Amerika Syarikat yang juga musuh bagi kebanyakan negara iaitu Israel pula mencatatkan sebanyak 16,246 kes dengan jumlah kematian seramai 235 orang. Di Malaysia masih kekal sekadar 6353 orang sementara negara yang sering mendapat perhatian umat Islam iaitu Palestin, kes dicatat hanya 362 orang dan dua kematian dicatatkan.
Di sebalik semua negara masih bergelut kerana tiada penawar COVID-19 belum ditemui, Israel yang tiada negara terus membuat onar terhadap penduduk Palestin.
Lebih teruk lagi, mereka tahu kuman COVID-19 ini akan ‘bertahan’8 jam di permukaan benda yang dipegang, pendatang haram Zionis di kawasan Beit Iksa sengaja meluduh ke beberapa tempat seperti mesin ATM, tombol pintu, pintu kereta dan banyak lagi. Memang melampau perbuatan ini.
Ini dikongsikan oleh pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri yang menetap di Palestin mengenai situasi di negara tersebut.
Pendatang haram Yahudi sering buat onar di kawasan penduduk Palestin
Zionis sudah melampau!
Akhbar Middle East Monitor melaporkan bagaimana pendatang haram Zionis yang tinggal berdekatan kawasan Beit Iksa di utara Kota Al-Quds menggunakan senjata baru untuk menyerang penduduk Palestin.
Senjata baru mereka ialah air ludah mereka sendiri.
Percaya atau tidak penduduk melaporkan bagaimana pendatang haram ini akan menyerbu kawasan Beit Iksa dan meludah kereta, tombol pintu, mesin ATM dan apa sahaja yang dilihat di depan mata dengan ‘harapan’ penduduk Palestin akan dijangkiti coronavirus dari ludah mereka!
Kumpulan pemuda Palestin terpaksa mengusir pendatang haram keluar dan menyahkuman seluruh kawasan yang diserang penjajah.
Bayangkan, begitu jijik sekali tahap moral penjajah sehinggakan air ludah mereka digunakan untuk menyebarkan kebencian dan permusuhan.
Jumlah kes pesakit coronavirus di negara haram Israel sangat tinggi dan telah menjangkaui 15,000 kes, sedangkan di Palestin secara keseluruhan baru mencecah sekitar 500 kes.
Protes dengan membantu penduduk Palestin di bulan Ramadan yang mulia ini.
Layari laman ramadan4gaza.com untuk info lanjut dan sebarkan post ini seluasnya agar dunia mengenali wajah sebenar sang penjajah! Sumber : Nadir Al Nuri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu kita ada terbaca mengenai kisah pasangan suami isteri, allahyarham Ismail bin Latiff, 66 dan allahyarhamah isterinya, Rohani binti Dollah, 60 yang dijemput illahi selang dua hari ketika mengerjakan umrah.
Pasangan suami isteri ini meninggal selang dua hari di Madinah iaitu pada 23 hb dan 25 hb (isteri) dan kedua-duanya sudah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Baqi yang menempatkan para syuhadah.
REMAJA sempat menghubungi anak allahyarham iaitu Mohd Fikri, 33 tahun yang merupakan anak kelima dari 10 beradik (lima lelaki dan lima perempuan) untuk berkongsi apakah amalan kedua orang tuanya sehingga terpilih disemadikan di bumi Anbia.
Ternyata, janji Allah, untuk orang yang suka bersedekah iaitu menghapuskan dosa, diberi kelebihan rezeki (tak akan berkurangan) dan banyak lagi kelebihannya memberikan asbab mengapa Allah memilih kedua pasangan suami isteri ini ditempatkan di bumi para Anbia.
Berkongsi asbab kedua ayah dan ibunya “menjadi insan terpilih”, Mohd Fikri berkongsi sedikit cerita mengenai kedua orang tuanya yang boleh kita jadikan sebagai pengajaran dalam hidup.
Ibu patut sampai hari ini (26 Disember)
Biar masih bersedih dengan pemergian orang tuanya berselang dua hari, Mohd Fikri menjelaskan sepatutnya arwah ibunya, Rohani binti Dollah dijangka tiba pada jam 8 pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8 pagi dan penerbangan seterusnya ke Kota Bharu dijangka tiba pada jam 3 petang ini.
Menurut Fikri, inilah kali pertama kedua ibu bapanya menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
“Mereka bertolak pada 14 hb dan dijangka pulang pada 26 Disember ini,” katanya memaklumkan, arwah bapanya ada mengalami demam ketika di Makkah.
“Saya dimaklumkan yang ayah dah dua hari demam di Makkah lagi sebelum rombongan bertolak ke Madinah. Semasa pagi kejadian, 23 hb itu, ibu, ayah dan sedara serta anaknya yang OKU ada di bilik hotel.
“Ayah meninggal waktu Subuh. Sebelum itu, mak saudara ada berkata pada mak untuk pergi solat di masjid dan dia akan tolong jagakan ayah di bilik hotel kerana anaknya pun ada sama. Masa kejutkan ayah untuk solat Subuh, ayah cuba bangun dan ketika mahu berdiri ayah mengadu sesak nafas. Dia cuba gosok belakang ayah dan ajarkan mengucap. Tapi Allah lebih sayangkan ayah.
“Bila mak balik dari masjid, mak begitu terkejut dengan pemergian ayah. Tak sangka ayah akan pergi tinggalkannya. Emak memang ada darah tinggi. Masa itu emak memang demam juga tapi masih kuat berbanding keadaan ayah. Tapi lepas ayah dikebumikan, emak jadi seorang yang sangat pendiam, tak bercakap dah dengan mak saudara dan tak lalu nak makan.
“Walau pun berat bagi kami adik beradik menerima berita kematian selang dua hari, mak akhirnya pergi mengikut jejak ayah akhirnya. Puncanya sama, iaitu sesak nafas.
Selalu sedekah tenaga terutama bulan Ramadan
Bukan semua antara kita menjadi insan terpilih untuk meninggal di Makkah atau Madinah yang diketahui bumi yang banyak baraqahnya.
Namun Mohd Fikri ada berkongsi kebaikan dilakukan oleh kedua ibu bapanya semasa hidup.
Jelasnya, arwah ayahnya adalah seorang pesara kerajaan dan hanya berpangkat rendah (pekerja am) sementara arwah ibunya hanyalah seorang suri rumah.
“Duit untuk menunaikan umrah ini pun adalah tabungan mereka sedikit demi sedikit dan bila sudah cukup keduanya berangkat ke sana.
Jelasnya, walau hidup dalam serba kekurangan ditambah anak-anak ramai serta hidup secara ala kadar ketika mereka masih kecil tapi kedua ibu bapanya tidak pernah lokek dengan tenaga untuk membantu orang lain.
“Depan rumah kami di Kota Bharu ada sebuah surau yang diwakafkan oleh nenek moyang arwah mak. Setiap kali bulan Ramadan, mak dan ayah akan memasak makanan untuk jemaah berbuka. Berpuluh tahun begitulah kerja mereka. Ayah tak tahu bawa kereta tapi ayah akan bawa motor dan belikan semua barang-barang kenduri. Kadang penuh bakul raganya dengan makanan untuk dimasak.
“Begitu juga hal kenduri kendara di kampung nie, orang kampung akan cari mereka berdua kerana keduanya tak pernah berkira menghulurkan tenaga untuk memasak. Mak memang pakar memasak. Kata mak, nak sedekah duit dia tak ada duit banyak tapi dia dan ayah ada tenaga. Jadi mereka tak pernah berkira dengan orang di sini.
“Mungkin ini sebahagian asbab keduanya dipilih Allah,”katanya menyifatkan keduanya cinta sejati, cinta Madinah.
.
Ayah nak sambut hari lahir mak 23 hb tu
Sebelum bertolak ke Makkah, ayah menyebut dia mahu meraikan hari ulang tahun mak ke 60 ketika menunaikan umrah.
“Mak lahir pada 23 hb tu. Beriya-iya ayah cakap nak sambut hari jadi mak di sana. Rupanya pada hari kelahiran mak, ayah pergi tinggalkannya. Sudah Allah aturkan, selang dua hari, mak pula dijemput untuk bersama ayah. Berat sebenarnya bagi kami tapi itulah janji Allah,”katanya memaklumkan, jenazah ibunya diuruskan sepenuhnya oleh pihak di sana kerana pada malam kejadian, rombongan sudah bersedia berangkat pulang ke lapangan terbang.
Dalam pada itu, Mohd Fikri turut menyebut, semasa di kampung dan ketika kereta dipandunya bergerak meninggalkan rumah untuk menghantar keduanya ke lapangan terbang di Kota Bharu, arwah maknya beriya-iya melambai orang kampung.
“Arwah mak siap cakap, SELAMAT TINGGAL berulang kali. Saya tak terfikir pun itu adalah perkataan akhirnya pada jiran-jiran kami. Tapi semasa di Makkah ada sekali dua mak dan ayah telefon melalui perbualan Whatsapp voice di mana mereka bertanya mengenai anak-anak dan bagaimana keadaan Kelantan yang dilanda banjir.
“Apapun saya mohon doa dari seluruh rakyat Malaysia untuk kedua orang tua saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan doa keduanya diampunkan Allah taala,”katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!