Dah jadi kebiasaan masyarakat kita untuk guna susu sejat dalam masakan, pencuci mulut mahupun minuman.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya minuman yang korang selalu minum ini boleh memberi sedikit sebanyak kesan kepada kesihatan?
Tapi korang tahu tak apa beza susu-susu yang ada daam tin ni? Nampak macam senang tapi bila berkunjung ke pasar raya, tiba-tiba nampak rak penuh dengan pelbagai jenis tin susu sejat, susu isian sejat, krimer sejat, susu isian pekat , krimer peka manis. Eh banyaknya! Apa beza semua jenis susu ni?
Dr. Rusyainie Ramli melalui laman Facebooknya berkongsi tentang perbezaan susu susu tersebut melalui jenisnya. Pasti ramai yang tidak tahu akan perbezaan ini, tetapi selepas ini tidak lah lagi akan menjadi tanda tanya kepada anda semua.
Ini perkongsian beliau,
Tahukah kalian yang krimer pekat manis yang dalam tin yang berbagai jenama yang dijual dengan begitu banyaknya di pasaraya dan kedai runcit tu, BUKAN SUSU?
Kalau kalian lihat labelnya, perkataan pertama dalam senarai kandungannya ialah GULA. Sebab? Krimer pekat manis mengandungi hampir 50% gula!
Krimer pekat manis ni dihasilkan dari minyak tumbuhan, biasanya kelapa sawit dan ia tak ada pun protein susu dari binatang seperti lembu. Dan kerana itulah harganya lebih murah dari susu pekat manis. Rasa lemak berkrim yang seperti susu tu datang dari minyak kelapa sawit tulah.
Dipasarkan sebagai tanpa kolesterol, kita ingat ia bagus. Tapi mana nak ada kolesterol kalau lemaknya datang dari tumbuhan. Kolesterol hanya ada dalam haiwan. Ditambahlah vitamin ke, mineral ke, dalam krimer pekat manis, fakta tentang gula yang begitu banyak masih tak dapat diletak tepi. Vitamin dan mineral tu semua boleh datang dari makanan yang lain kan.
Ads
Yang krimer pekat manis nilah yang menjadi salah satu bahan penting dalam teh tarik. Kalori dalam 1 cawan teh tarik kecil pun dah 140kcal, kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi.
Sekarang dah tahu kan yang krimer pekat manis tu gulanya menimbun, maka buatlah keputusan sendiri.
SEBAB TU PENTING BACA NAMA PRODUK sebelum beli.
Di pasaran ada juga SUSU PEKAT MANIS. Yang ni memang susu dari sumber binatang, biasanya lembulah. Ia ada protein susu. Penuh berkrim tu sebab ada lemak susu. Susu ni melalui proses pemekatan, di mana kandungan airnya disejat dan lepas tu ditambah gula. Malang sekali, kandungan gula tu jauh lebih tinggi dari susu tu sendiri untuk bagi rasa yang manis.
Kalau ada kat label SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM tu bermakna, susu tu dah ditambah lemak susu. Lemak susu tu datang dari proses penghomogenan susu.
Susu ni kan kandungannya ada air dan lemak. Kalau tak buat proses ni, susu akan terpisah sebab lemak tak larut dalam air. Penghomogenan akan pecahkan lemak kepada molekul yang jauh lebih kecil dan hasilnya, lemak lebih baik penyebarannya dalam susu. Masa proses tulah ada lemak yang terapung kat permukaan susu. Yang tulah dimasukkan dalam susu yang dilabel penuh krim.
Ads
Kalau dibandingkan, secara logiknya susu pekat manis penuh krim tu memang rasanya lebih sedap tapi dahlah ada gula, tambah lemak susu lagi hampir 10%. Aduh. Seram ok.
Sama macam krimer pekat manis, kalau dilihat di label isi kandungan, gula adalah bahan paling utama. Jadi, pandai-pandailah fikir bila nak bubuh dalam makanan dan minuman kita.
Susu pekat manis ni susah nak jumpa kat negara kita. Saya tak pasti kalau pasaraya premium macam Village Grocer, SAM Groceria atau Jaya Grocer ada dijual. Secara peribadi, krimer atau sus pekat manis memang tak ada dalam rumah saya.
.
KRIMER SEJAT tu pun bukan susu. Macam krimer pekat manis, ia adalah produk dari minyak tumbuhan yang diproses menjadi seakan bentuk rupa susu. Ia lebih cair dan rasanya kurang manis. Ia banyak digunakan dalam sajian manis dalam masakan.
Krimer ni boleh dijadikan dalam bentuk serbuk. Yang nilah banyak digunakan dalam minuman 3 dalam 1, bubble tea yang sekarang tengah in-trend atau sesetengah ‘susu’ kambing sunnah yang sebenarnya punah yang banyak dijual di toko jamu.
SUSU SEJAT tu pula bermaksud, susu dari haiwan, yang melalui proses penyejatan supaya kandungan air dari susu tu jadi sikit, dan susu tu lagi pekat. Yang ni tak ada tambahan gula.
Kalau nampak perkataan SUSU ISIAN, biasanya dijual sebagai susu isian sejat, bermakna susu dah melalui proses untuk buang lemaknya dan diganti lemak tu dengan lemak minyak tumbuhan. Selalunya minyak sawit.
Jadi SUSU ISIAN SEJAT yang kalau kita nampak kat kedai tu, tulah maknanya.
Yang penting, semak kandungan nutrisi sebelum beli.
Rasanya saya dah merangkumi semua jenis ‘susu’ dalam tin. Sekarang dah ada ilmu, silakan amalkannya dan buatlah pilihan yang bijak, pandai dan cerdik.
Kalau tanya saya, elakkan lagi baik. Sekali sekala boleh la buang kempunan.
Meskipun diuji dengan penyakit disleksia, seorang remaja tetap cekal mencari rezeki dengan menjual air balang menggunakan konsep unik iaitu pelanggan bebas membayar mengikut kemampuan masing-masing.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai Zufar Azman, remaja itu dilihat mengusahakan gerai air tembikai bersama adik-beradiknya di tepi jalan kawasan kediaman keluarga.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gerai tersebut tidak meletakkan sebarang tanda harga pada jualan air balangnya.
“Bayar seikhlas hati,” katanya kepada pelanggan yang bertanya mengenai harga air tersebut.
Konsep Bayaran Raih Perhatian Pelanggan
Rata-rata pelanggan dilihat tergamam apabila diberitahu tentang konsep pembayaran berkenaan yang jarang dilakukan dalam urusan jual beli masa kini.
Malah, ada pelanggan yang hanya membayar serendah 10 sen dan 50 sen, namun Zufar tetap menerimanya dengan hati terbuka selain memberikan jumlah cawan air mengikut permintaan pelanggan.
“Kalau bayar guna duit besar, kita akan pulang baki. Kami terima yang ikhlas saja,” tambahnya lagi.
Netizen Tersentuh Dengan Keikhlasan Berniaga
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji keikhlasan dan usaha remaja tersebut dalam mencari rezeki meskipun berdepan cabaran pembelajaran.
Seorang pengguna dikenali sebagai Nidzamzen turut meninggalkan komen positif terhadap konsep yang diperkenalkan itu.
“Alhamdulillah, kalau niat baik macam ini Insya-Allah rezeki itu tetap ada,” ujarnya.
Turut meninggalkan komen, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fjjffov yang berpendapat konsep tersebut lebih kepada amalan bersedekah berbanding berniaga semata-mata.
“Bayar ikut suka sebab dia tengah bersedekah bukan buat business (perniagaan),” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua nie kebanyakan rakyat berbicara mengenai keadaan politik negara. Ada yang bersetuju dan tak kurang tidak bersetuju dengan semua tindakan yang terjadi.
Begitu banyak tweet, di fb menulis mengenai keadaan politik negara dengan pelbagai komen.
Namun dalam banyak-banyak komen, pastinya yang paling mencuit hati datangnya dari bekas Perdana Menteri ke 6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah melibatkan IMDB.
Kata-kata penuh makna berbaur”perlian” beliau terhadap pentadbiran negara. Haha, terbaik DS Najib
Sebagai ahli politik tegar, beliau “pandai mengambil kesempatan” di saat semua orang tengah panas kerana apabila Tun Dr Mahathir meletak jawatan semalam saat itulah kabinet Malaysia terbubar secara automatik. Lebih mengagumkan, begitu banyak komen netizen yang menyuarakan rasa rindu terhadap bekas Perdana Menteri tersebut berikutan trollnya yang sempoi.
Namun semalam juga di page FBnya atas nama Najib Razak, kelihatan DS Najib troll bekas-bekas Menteri dan siap berkaraoke lagi. Dan lebih cemerlang, ia disyer begitu banyak warga fb, siap menambah asam garam lagi terhadap beberapa bekas Menteri yang beliau karaokekan.
Korang rase apa peraasan Kanda Mujahid bila tengok nie, hikz. Komen netizen mengenainya mencecah 8.7 k di fb Najib Razak.
Bukan saja Kanda Mujahid dapat lagu, Khalid Samad juga hingga 8K netizen memberi komen.
Tidak habis begitu saja, ada saja troll beliau. Terhibur wei, dalam penuh makna! Sarkastik!
Sebelum ini YB Hannah Yeoh bertanya di twitternya, band apakah ini? Namun sejak keadaan politik negara semalam, DS Najib siap menjawap “Nak jawab apa sekarang ni?, mendalam pertanyaan tu!
Tapi paling tak boleh blah, di saat semua orang kecoh-kecoh, DS Najib tunjuk gambar pergi memancing.
“Belum habis lagi tu.Korang tengok ah. Kalah cerita kat Netflik. Saya cari ketenangan dulu, pape roger! Ayatnya makan dalam sungguh!
Netizen pun tak kurang lucu, siap tulis nie tuk DS Najib. Hahaha!
Memang terbaeklah DS Najib! Kita semua memang terhibur!
Korang tengoklah sendiri apa DS Najib tulis baik di fb mahu tweetnya, cukup menghiburkan!
Apa pun semua semoga negara kita aman damai dan terpelihara di bawah naungan dan rahmat Allah taala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Iceland pasukan yang pertama kali melakukan kemunculan di Piala Dunia seperti Iceland berjaya mengikat Juara 2 kali Piala Dunia yang turut membariskan pemain-pemain bintang dunia seperti Lionel Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria.
Kebangkitan negara yang beriklim sejuk luar biasa ini sebenarnya kanlah perkara. Malah mereka telah melakukan kejutan yang cukup hebat ketika kejohanan Euro 2016. Dalam edisi tersebut Iceland telah menumbangkan England dan berjaya mengikat Portugal seri satu sama.
Mereka telah layak hingga ke peringkat suku akhir sebelum ditewaskan oleh Perancis. Bermjla dari situlah ramai pihak mula menbuka mata dan kagum dengan pembangunan bola sepak negara yang suatu masa dahuli dianggap sebagai kerdil dan belasahan di peringkat Eropah.
Apakah yang korang tahu tentang pasukan yang diberi gelaran Strákarnir okkar (Our Boys) oleh peminat mereka?
01
Kira-kira enam tahun yang lalu, pasukan bola sepak Iceland menduduki ranking ke-130. Dan kini mereka telah melonjak ke tangga 22 ranking rasmi FIFA.
02
Negara Iceland merupakan negara terkecil pernah layak ke Piala Dunia dengan hanya kira-kira 330,000 orang penduduk. Dan dengan jumlah itu mereka mempunyai lebih 20 ribu pemain bola sepak yang berdaftar.
03
Pengurus dan jurulatih kebangsaan Iceland, Heimir Hallgrimsson mengambil alih tugas pada tahun 2013. Dia merupakan seorang doktor gigi sambilan di sebuah pulau Vestmannaeyyjar. Hebat!
04
Penjaga gol Iceland yang menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi iaitu Hannes Haldorsson merupakan seorang pengarah filem dan hanya aktif secara sepenuh masa dalam bola sepak pada usia 29 tahun!
05
Tahukah korang mengapa semua pemain Iceland berakhir dengan ‘sson’ atau ‘ssen’? Ini kerana orang Iceland menggunakan sistem nama tadisionalNordic yang membawa nama pertama ayah (atau ibu) dengan tambahan ‘of daughter/son. Nowyou know!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.