Isu pemandu mabuk bagaikan sentiasa berulang-ulang. Ramai antara kita mungkin pernah mengalami kesengsaraan bukan saja akibat kehilangan orang tersayang tapi penderitaan akibat kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol.
Minggu lepas kita baru mendengar khabar seorang gadis maut dilanggar pemandu mabuk sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai yang mahu pihak kerajaan bertindak tegas ke atas pemandu yang merbahayakan nyawa orang lain ini.
Namun perkongsian dari seorang pemuda di twitternya, Syamim Ruhaidi baru-baru ini pasti membuat kita rasa sebak. Ini kerana ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya dua tahun akibat dilanggar pemandu mabuk sehingga membuatnya hanya mampu menumpang kasih nenek. Namun beberapa bulan menjelang hari konvonya, neneknya pula dijemput illahi.
Ads
Kata Syamim hanya orang yang pernah merasai apa itu kesakitan akibat kehilangan kasih sayang akan memahami betapa peritnya ujian hidup dan dia bersetuju bila mana kerajaan Taiwan mahu mengharamkan peminum arak dan perlu dilakukan sama di negara ini agar tiada orang lain menderita sama sepertinya.
Pasukan Pelarian melangkah ke gelanggang Olimpik Jepun 2020 untuk kali kedua selepas penampilan sulung di Rio pada 2016. Seramai 29 atlet akan mewakili pasukan IOC Refugee Olympic (EOR) untuk 12 acara.
Kesemua atlet ini telah memiliki status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menurut UNHCR, seseorang akan mendapat status pelarian apabila “seseorang itu telah dipaksa untuk meninggalkan negaranya kerana penganiayaan, perang, atau keganasan ”.
FoTo Kredit : Refugee Olympic Team Olympic Stadium, in Tokyo, Japan, July 23, 2021. (AFP Photo)
Kisah dua wanita cantik ini betul-betul membuka mata dunia, bukan mudah menjadi seorang pelarian. Mereka juga ingin membuktikan pada dunia, walaupun dipanggil sebagai pelarian tetapi mereka mampu berjaya.
Masomah Ali Zada
Atlet wanita berhijab ini berusia 25 tahun ini mempunyai kisahnya tersendiri apabila melarikan diri dari Afghanistan dan tiba di Perancis untuk menyertai acara berbasikal.
Beliau terinspirasi daripada Tour de France dan mengambil sukan tersebut untuk memenuhi impian Olimpiknya.
Masomah dilahrkan di Afghanistan di dalam sebuah keluarga di mana wanita tidak digalakkan untuk menunggang basikal.
“Di Afghanistan, kaum lelaki fikir adalah tidak sesuai untuk wanita menaiki basikal dan Taliban telah mengharamkan kami daripada bersukan,” kata Masomah kepada France24.
Semasa pihak Taliban mengambil alih tampuk kepimpinan negara itu, keluarganya dibuang ke negara jiran iaitu Iran. Bagaimanapun, mereka kembali ke Afghanistan menyaksikan, guru sukannya, kakaknya Zahra dan beberapa wanita lain mengejar impian dan minat mereka dalam acara lumba basikal.
Mereka diugut oleh komuniti di situ apabila mereka mula berbasikal secara kompetitif menyaksikan keluarga Masomah terpaksa berpindah ke Perancis pada tahun 2017.
Tidak lama selepas itu, Masomah menerima Biasiswa Atlet Pelarian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sekali gus menjadi batu loncatan di dalam hidupnya untuk mencapai impian dan cita-citanya iaitu bertanding pada temasya sukan Olimpik.
Foto Kredit : olympics.com
Foto Kredit : UNHCR/Benjamin Loyseau
Masomah juga ingin menyertai Sukan Olimpik, untuk meyakinkan mereka yang berfikir tidak wajar bagi wanita menunggang basikal atau mereka yang fikir ianya pelik untuk seorang wanita Islam yang memakai tudung berbasikal.
Yusra Mardini
Yusra Mardini, salah seorang atlet yang bertanding di kejohanan sukan penuh berprestij itu mendedahkan bagaimana berenang menyelamatkan dirinya satu ketika dahulu.
Untuk pengetahuan anda, Yusra Mardini merupakan seorang pelarian Syria dan ketika beliau bersama kakaknya meninggalkan bumi Syria pada tahun 2015, bot pelampung angin yang dinaiki mereka rosak serta hampir tenggelam dalam perjalanan menuju ke Eropah.
Dalam keadaan bahaya, Yusra bersama kakaknya melompat ke dalam air untuk menolak serta menarik bot itu dan berenang selama lebih tiga jam sebelum tiba ke pantai bagi menyelamatkan diri serta 20 pelarian lain.
Kemudian, mereka perlu berjalan kaki dari Greece ke Jerman. Walaupun perjalanan tersebut tidak sah, tetapi itulah jalan keluar untuk menyelamatkan diri daripada konflik di Syria.
Yusra Mardini yang kini mewakili pasukan pelarian di Olimpik Tokyo 2020 sebenarnya mulakan langkah pertamanya dengan menyertai kejohanan olimpik di Rio pada tahun 2016 dalam acara renang 100 meter gaya kupu-kupu. Siapa sangka, takdirnya berenang di lautan Mediterania ketika itu menjadi kerjayanya sekarang.
Setiap atlet dalam pasukan pelarian ini memiliki kisah istimewa untuk dikongsikan. Namun, tujuan utama pihak IOC untuk mengadakan pasukan ini ialah untuk memberi mesej harapan dan solidariti kepada jutaan pelarian di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada yang lain dengan semangat kekuatan dalam diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah yang dinamakan kifarah, perbuatan jahat dibalas serta merta.
Wanita asal Texas, Angela Mia Vargas telah diberkas polis dan didakwa atas dakwaan dengan sengaja cuba menyebabkan kematian. Dalam satu insiden menurut saksi, Mia dikatakan cuba membunuh anjing jenis Boxer berusia enam bulan milik jirannya yang sedang menyalak dan bermain di jalan hadapan rumah mereka.
Namun sebaliknya yang terjadi, dari tiga das tembakan yang dilepaskan salah satu peluru dari pistol tersebut telah terkena lantai dan melantun mengenai bahagian perut anak lelakinya yang berusia 5 tahun.
An ABC13 exclusive from @ABC13Miya: A woman riding a bike with her son shot a homeowner’s Boxer puppy. She missed, hitting her 5-year-old son instead! The mom is now charged with deadly conduct. https://t.co/KMXwA1SQuPpic.twitter.com/UgOPoiQ3N2
Walaubagaimanapun, anak lelakinya itu selamat dan kini dilaporkan stabil dirawat di sebuah hospital tempatan manakala anjing sasarannya pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis mengesahkan yang sikap yang ditunjukkan wanita itu sebagai berbahaya kerana dengan niat cuba mencederakan dan juga sesuka hati melepaskan tembakan di tempat awam.
Jadi apa cerita anjing tersebut?
Tuan punya anjing tersebut telah dikenakan notis kerana membiarkan anjingnya berkeliaran tanpa pengawasan!
Rasuah merupakan barah yang sudah lama menjadi polemik dalam sesebuah pemerintahan negara. Ia bagaikan tiada henti apabila ada individu yang menjadi ‘whistleblower’ dan penegak kebenaran, mereka pula yang ditangkap untuk dijatuhkan hukuman.
Mangsa terbaharu situasi ini adalah Rozina Islam, 42, yang merupakan wartawan penyiasatan Prothom Alo yang merupakan surat khabar dengan edaran terbanyak di Bangladesh. Dia yang ditangkap di bawah akta Rahsia Rasmi pada Isnin lalu berdepan dengan hukuman 14 tahun penjara dan jika disabit kesalahan dia berkemungkinan boleh dijatuhkan hukuman mati.
APAKAH ISU YANG DIDEDAHKAN?
Dia muncul di mahkamah pada hari Selasa yang dituduh mencuri dokumen Kementerian Kesihatan di bawah akta tersebut. Perbicaraan baharu telah ditetapkan pada hari Khamis.
Rozina yang terkenal sebagai wartawan yang melaporkan kes rasuah kerajaan dianggap sebagai seorang wartawan yang berkerja bukan untuk dirinya sahaja sebaliknya untuk membantu rakyat mengetahui perkara sebenar.
Rozina merupakan wartawan penyiasatan yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya. Sumber gambar: Outlook
Ketika pandemik Covid-19 melanda, dia merupakan seorang wartawan yang lantang melaporkan secara mendalam tentang kes rasuah dan juga salah urus kerajaan dalam hal tersebut. Pada hari dia ditangkap, Rozina berada di Kementerian kesihatan Bangladesh untuk bertemu dengan sekretariat kesihatan. Dia ditahan selama lima jam di pejabat sekretariat itu sebelum polis dipanggil untuk menahannya.
Menurut kenyataan Harun-Or-Rashid yang merupakan timbalan pesuruhjaya tambahan Polis Metropolitan Dhaka, Rozina ditahan kerana merakam gambar dokumen sensitif kerajaan.
Jawatankuasa The Committee to Protect Journalist (CPJ) meminta pembebasan Rozina dengan kadar segera. “Kami sangat khuatir bahawa pegawai polis Bangladesh menahan seorang wartawan dan mengajukan aduan di bawah undang-undang era penjajahan draconian yang membawa hukuman yang sangat berat,” kata Aliya Iftikhar, penyelidik kanan Asia CPJ dalam satu kenyataan.