Pempengaruh yang popular dengan perkongsian kandungan suasana kampung, Muhammad Nazirul Hakim Arman meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman pada malam Khamis.
Nazirul Hakim, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Ads
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Ads
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara. Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.
Saban tahun, pasti akan ada jualan murah atau warehouse yang dilakukan secara senyap-senyap melibatkan jenama high street.
Lebih-lebih lagi apabila kita semakin menghampiri penghujung tahun. Bagi korang yang mungkin tidak tahu, pihak RSH Malaysia telahpun memulakan jualan gudang mereka bermula hari ini sehingga hari Jumaat (7 Disember).
Ia berdasarkan paparan email yang dilayangkan oleh seorang rakan kami. Tertera tersebut lokasi, masa dan jenama pakaian yang terlibat sama.
Kalau korang merupakan peminat setia jenama seperti Zara, Massimo Dutti, Pull&Bear dan Bershka, pasti korang tahu bagaimana ‘gilanya’ harga barangan mereka jatuh semasa jualan gudang.
Lihat sajalah kepada senarai barangan yang ditawarkan ini. Baju T dijual semuran RM6 ke RM10, seluar dari RM20 manakala pakaian ‘eksklusif’ seperti blazer dan kot luar pula dijual dari harga RM40.
Kalau mengikut harga normal Zara, lebih kurang 75% diskaun atau lebih yang ditawarkan kepada pembeli yang sempat merebut peluang! Fuhh..
Setakat ini menurut pemerhatian kami, masih banyak lagi pakaian yang boleh dibeli memandangkan jualan baru bermula pada jam 9 pagi tadi.
Tapi jangan tunggu lama sangat, nanti dah habis stok baru menyesal. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung Mac lalu dunia ratu cantik digemparkan dengan pengakuan yang dibuat oleh Rumy Alqahtany mengenai dirinya yang diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi pertama dalam sejarah negara itu.
Gelaran yang dikatakan diterimanya itu menimbulkan pelbagai reaksi positif dan juga negatif memandangkan Arab Saudi terkenal dengan undang-undang sebelum ini yang konservatif.
Walaupun begitu, lain pula ceritanya apabila organisasi induk Miss Universe membuat kenyataan menafikan bahawa mereka telah memilih wakil dari Arab Saudi.
Dalam kenyataan yang disebarkan menerusi sosial media dan juga laman web rasmi jenama tersebut, jelas mesej yang disampaikan bahawa mereka masih lagi dalam proses memilih pihak untuk memegang francais pertandingan tersebut di negara timur tengah itu.
“Kami ingin menyatakan dengan tegas bahawa tiada proses pemilihan telah dijalankan di Arab Saudi, dan sebarang dakwaan sedemikian adalah palsu dan mengelirukan.
“Pemilihan peserta untuk mewakili negara masing-masing dalam pertandingan Miss Universe adalah proses yang ketat yang perlu mematuhi dasar dan garis panduan kami.
“Pemilihan setiap negara dijalankan mengikut kriteria dan peraturan yang ditetapkan, memastikan keadilan dan ketelusan dalam pemilihan peserta.
KENYATAAN MEDIA YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK MISS UNIVERSE
“Walaupun Arab Saudi belum lagi dalam kalangan negara tersebut yang mengesahkan penyertaan sepenuhnya tahun ini, kami kini sedang menjalani proses tapisan yang ketat untuk melayakkan calon berpotensi untuk dianugerahkan francais dan menugaskan pengarah kebangsaan sebagai wakil.
“Arab Saudi tidak akan berpeluang menyertai pertandingan berprestij kami sehingga ini muktamad dan disahkan oleh jawatankuasa kelulusan kami,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi berkenaan.
Sepanjang 72 tahun penganjuran, Arab Saudi yang terkenal sebelum ini dengan kawalan ketat terhadap wanita belum pernah menghantar wakilnya ke pertandingan ratu cantik popular ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tengah hari tadi, tumpuan seluruh Malaysia nampaknya terarah kepada demonstrasi serta mogok beramai-ramai oleh kira-kira 5000 daripada sejumlah 23,000 doktor kontrak di 24 buah pusat kesihatan bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara.
Mogok yang dilakukan secara aman itu adalah hasil kesepakatan para doktor kontrak tempatan yang memperjuangkan dua perkara saja; iaitu kerajaan untuk menawarkan perlantikan tetap kepada pegawai perubatan dan inginkan penjelasan terperinci daripada kerajaan.
Mereka mulai keluar dari lobi hospital masing-masing setelah menyerahkan tugasan penting kepada pegawai perubatan yang masib berada di dalam wad. Biarpun berdemonstrasi, mereka terlebih dahulu memastikan tiada pesakit yang terjejas ataupun rawatan terpinggir.
Demonstrasi ini sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak terpanggil untuk mengetahui sebab utama ia dijalankan. Tinjauan di media sosial mendapati ada yang menyokong tindakan tersebut demi menjamin masa hadapan petugas perubatan di Malaysia. Ada juga yang merasakan ia tidak perlu memandangkan nyawa pesakit di hospital kini bergantung sepenuhnya kepada petugas kesihatan.
*
Tentunya, insan nombor satu yang menggesa agar mogok atau demonstrasi aman ini tidak diteruskan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Catat beliau di akaun rasmi media sosialnya di Facebook dan Twitter, beliau meminta agar para doktor dan petugas kesihatan untuk kembali memperingati mengapa mereka mengambil sumpah ‘Primum Non Nocere’ semasa memulakan profesion dahulu. Ia adalah untuk tidak membahayakan atau menzalimi para pesakit.
“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan para pesakit adalah keutamaan kita. Ingat sumpah ikrar yang kita ambil secara ikhlas dan jagalah pesakit semasa mereka dan negara memerlukan anda sekarang.
“Kita adalah ‘benteng pertahanan’ terakhir yang menentukan nasib pesakit. Setiap nyawa itu bernilai.
“Kepada rakan sekerja junior yang berada pada posisi kontrak, saya seru agar anda tidak menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas menjaga pesakit. Ingatlah berapa ramai nyawa yang sedang dipertaruhkan dan demonstrasi (seperti ini) boleh memberi kesan kepada nyawa dan karier anda,” tegas beliau.
Ada ura-ura mengatakan kontrak doktor junior kerajaan mungkin berdepan risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun perkhidmatan wajib mereka di hospital kerajaan. Kegagalan kerajaan menyerap mereka dalam perkhidmatan tetap sehingga kontrak hampir tamat itulah yang menyebabkan ramai petugas berdemonstrasi. Petugas inginkan jaminan pekerjaan tetap agar nasib kerjaya mereka terbela oleh pihak KKM.
Kata Dr. Noor Hisham untuk menjawab persoalan itu, kerajaan telah mengumumkan lanjutan dua tahun kontrak demi memberi ruang pindaan Akta Pencen agar posisi pekerjaan tetap diluluskan. Ia juga akan didatangkan dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di samping itu, kerajaan juga akan membenarkan petugas kontrak menyambung pengajian ke peringkat sarjana walaupun masih lagi berstatus kontrak.
Bagaimanapun, para petugas mempersoalkan semula kelongggaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana apabila jumlah posisi kerja untuk doktor yang mempunyai sarjana masih kecil. Kebanyakan masih akan ditamatkan kontrak apabila tiba masanya.
Mereka yang berdemonstrasi hari ini bukan hanya memikirkan nasib diri dan kerjaya saja. Malah, soal kenaikan gaji apabila bertukar status dari kontrak kepada tetap langsung tidak terlintas di pemikiran kerana ia tidak banyak berbeza.
Mereka hanya memikirkan nasib rakyat Malaysia terutamanya pada waktu pandemik sekarang. Tanpa adanya para doktor yang dikatakan akan tamat kontrak tidak lama lagi, Malaysia berisiko kekurangan tenaga petugas perubatan mahir pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dato' Sri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat daripada Sunway University sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang seni kreatif dan muzik.