Walaupun menjadi bintang pop terkenal mungkin kelihatan seperti pekerjaan yang sangat menyeronokkan dan glamer di mata sesetengah orang, ia masih memerlukan anda untuk kekal yakin apabila membuat persembahan di hadapan orang ramai.
Lebih-lebih lagi apabila ada peminat yang terlalu obses…..
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila penyanyi pop terkenal, Ava Max diserang oleh peminatnya ketika membuat persembahan di Los Angeles. Dikatakan penyanyi itu dilempang dengan kuat sehinggakan bahagian dalam matanya calar.
Namun ini bukanlah sesuatu yang pelik dalam industri hiburan Hollywood ini kerana sudah banyak insiden seakannya terjadi kepada selebriti terkenal lain. Jom ketahui lima selebriti terkenal yang pernah diserang ketika membuat persembahan di atas pentas!
Harry Styles – Makanan Di Lempar Ke Arahnya
Penyanyi Watermelon Sugar ini suatu ketika dahulu pernah mengalami serangan malang semasa konsertnya berlangsung di mana dirinya dilempari Skittles oleh peminat semasa mempersembahkan lagunya Kiwi di Los Angeles.
Dilaporkan juga mata penyanyi tersebut cedera ringan dek kerana salah satu butir dari gula-gula tersebut bergeser dengan kornea matanya.
2. Taylor Swift – Kakinya Ditarik Ketika Konsert Berlangsung
Ads
Taylor Swift mungkin boleh dikatakan antara penyanyi terkenal zaman ini namun itu tidak bermakna dia terselamat dari serangan para peminat ketika berada di atas pentas.
Semasa konsertnya sempena album 1989, seorang peminat lelaki memegang kakinya dari tepi pentas ketika dia sedang membuat persembahan Bad Blood.
Penyanyi itu jelas terkejut namun menyambung semula nyanyiannya apabila lelaki tersebut dibawa keluar oleh pihak sekuriti.
3. Justin Bieber – Botol Air Dibaling Ke Arahnya
Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi sensasi dari Kanada ini?
Ads
Semasa konsertnya di Brazil, seorang penonton telah membaling botol air ke arahnya. Botol tersebut terkena tangannya dan hampir menjatuhkan mikrofonnya ke atas pentas.
Selepas kejadian tersebut, penyanyi Love Yourself tersebut meluru keluar dari pentas tanpa berkata apa-apa. Setelah hampir setengah jam peminat menunggunya, pihak produksi mengambil keputusan untuk menamatkan konsert tersebut.
4. Beyonce – Ditarik Keluar Dari Pentas Oleh Peminat
Satu lagi serangan liar telah berlaku di Brazil apabila penyanyi terkenal, Beyonce pula menjadi mangsa serangan peminat pada tahun 2013.
Penyanyi Crazy in Love itu secara mengejutkan telah ditarik keluar dari pentas oleh salah seorang penonton konsertnya. Tidak lama selepas itu, pihak sekuriti segera menyelamatkan penyanyi tersebut dengan menarik lelaki itu ke bahagian belakang pentas
Ads
5. Adam Levine – Peminat Cuba Memeluknya Ketika Dia Sedang Menyanyi
Adam Levine telah mengalami beberapa serangan hendap di atas pentas semasa beliau bersama bandnya, Maroon 5.
Pada tahun 2015, penyanyi utama itu dihampiri peminat yang melompat ke atas pentas untuk memeluknya. Akur bahawa peminat tersebut tidak akan mengalah, beliau terpaksa memanggil pihak sekuriti untuk membawanya turun kembali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images, Daily Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Resipi ini dikongsi oleh seorang brother, peniaga ayam goreng gunting yang tak lokek nak bagi resipi sebab katanya dia pun diajar oleh orang lain secara percuma.
Jadi, jom kita sama-sama share resipi mudah ini dan doakan perniagaan brother tu semakin maju sebab sudi berkongsi dengan kita. Hehe
Bahan-bahan untuk isi ayam goreng:
– Isi ayam goreng dipotong nipis-nipis.
– 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil.
– 1 ½ cawan serbuk roti
– Telur
Cara-cara memasak:
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Selepas itu, celup dalam telur dan masukkan tepung tadi, kemudian goreng (buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam di dalam tepung).
3. Goreng sehingga ayam menjadi kuning-kekuningan dan tos kan.
Bahan-bahan dan cara menyediakan serbuk ayam goreng
– 1 kiub ayam
– 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah dengan keropok Twisties setengah bungkus- Setengah sudu besar serbuk lada sulah
– Kemudian, kisar kering semua bahan tersebut dan siap.
Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!
Justin Timberlake atau JT telah memberi teaser ringkas yang paling dinanti-nantikan oleh peminat setianya, sebuah album baru pada 2 Februari tahun ini!
Penyanyi berusia 36 tahun itu mengumumkan album yang berjudul ‘Man of the Woods’ itu akan menjadi album kelimanya selepas empat tahun lalu melancarkan LP, The 20.20 Experience – 2 of 2.
On the surface, beliau sebenarnya tidak pernah hilang daripada radar dunia muzik apabila pernah melancarkan single Can’t Stop the Feeling pada tahun 2016. Namun, semestinya ramai yang tidak sabar menantikan apakah lagu baru yang akan diselitkan JT pada kali ini.
Buat masa sekarang, ini merupakan 5 perkara yang REMAJA tahu mengenai ‘Man of the Woods’.
Kolaborasi Bersama Pharrell
Komposer dan penyanyi, Pharrell Williams dikhabarkan akan terlibat sama. Berdasarkan kepada klip trailer album ini, Pharrell kelihatan sentiasa berada bersama JT di dalam studio. Malah, Pharell turut berkata terdapat satu trek ‘smash’ di dalam album tersebut menandakan dia tahu mengenai ‘Man of the Woods’ secara in-and-out.
REMAJA menjangkakan akan ada sekurang-kurangnya satu trek yang menampilkan vokal Pharrell. Mengapa tidak, mereka berdua pernah berkolaborasi untuk album Pharrell G I R L pada tahun 2014.
Beralih Kepada Muzik Country?
Pada anugerah Country Music Award 2015, JT pernah mempersembahkan dua buah lagu iaitu ‘Tennessee Whiskey’ dan ‘Drink You Away’ bersama penyanyi, Chris Stapleton. Selepas saja persembahan tersebut, lagu-lagu JT daripada album 20/20 terus dimainkan di radio muzik Country.
Tidak mustahil jika beliau mencatur strategi untuk terus mendapatkan perhatian daripada peminat muzik Country dengan memuat masuk lagu daripada genre tersebut. Tambahan pula apabila JT sendiri dibesarkan di pekan Tennessee semasa kecil. Ala-ala mengimbas kembali nostalgia gitu.
Anak, Silas Randall Turut Ada
Sebelum ini, Beyonce pernah memasukkan vokal anaknya, Blue Ivy di dalam lagu bertajuk – well – ‘Blue’. Taylor Swift juga memasukkan vokal anak kepada Blake Lively dan Ryan Reynolds, James Reynolds di dalam lagu ‘Gorgeous’.
Strategi tersebut mungkin akan diguna pakai oleh JT bersama anak lelakinya, Silas Randall. Selama ini, beliau tidak pernah memuat naik video bersama Silas. Jadi, kalau dapat dengar suara pun okaylah.
Album Yang Lebih ‘Tenang’
JT telah memuat naik artwork hadapan ‘Man of the Woods’ yang menunjukkan dirinya terbahagi kepada dua. Bahagian atas adalah imej dirinya berpakaian suit manakala bahagian bawah pula menyarung kemeja flannel, sluar denim dan kasut sneakers.
REMAJA dapat rasakan album ini akan lebih menjurus ke arah muzik yang lebih ‘tenang’ dan tidak terlalu diubah suai mengikut cara muzik JT dahulu.
Gabungan Bersama Ahli N’SYNC
Oh well, berangan sangat kalau nak lihat gabungan N’SYNC semula. Tapi tunggu dulu, ia tidaklah 100% mustahil.
JT pernah mengajak grup lamanya itu untuk berkongsi pentas di anugerah MTV Video Music Awards (VMA) pada tahun 2013. Beliau juga pernah mengatakan bahawa album ‘Man of the Woods’ diilhamkan daripada zaman lamanya. Hmm sama ada beliau maksudkan zaman kanak-kanak, remaja, semasa bersama N’SYNC atau sebelum mengenali isteri, Jessica Biel – hanya JT je yang tahu buat masa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kamu kenal satu sama lain sejak berusia 10 tahun lagi. Boleh dikatakan dialah adik-beradik kamu yang berlainan ayah dan mak. Apa jua yang kamu buat pasti dia ada di sisi. Susah senang serta segala pahit manis pengalaman banyak berlingkar antara kamu berdua. Namun, akhir-akhir ini dia semakin renggang dengan kamu.
Bercakap pun sudah semakin jarang apatah lagi bertemu muka. Itulah perkara yang cukup memeritkan buat kita bila merasakan kehilangan kawan baik. Berbeza dengan hubungan romantik biasanya rasa kecewa itu tidak terlalu lama, namun putus kawan ia memang makan dalam. Betul ke putus kawan lebih perit dari putus cinta?
TAK JANGKAKAN HUBUNGAN BOLEH PUTUS
Bila kamu bercinta, sedikit sebanyak kamu akan mengjangkakan ia mungkin boleh workout atau tidak. Secara tidak langsung kamu sebenarnya mungkin bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Berbeza dengan persahabatan, ia berlainan sekali. Bukan mudah untuk kita jadikan seseorang sebagai kawan baik. Dengan kepercayaan, persefahaman dan saling menghormati; ia bukan perkara mudah untuk diperolehi.
BILA BERSAMA MEREKA SENANG JADI DIRI SENDIRI
Ini bukanlah bermakna kamu seorang yang fake bila bergaul dengan orang lain. Maksudnya di sini kamu lebih senang dan selesa untuk bebas menjadi diri sendiri. Malah, kamu jauh sekali ada rasa segan dan malu bila bersama kawan baik. Perkara ini hanya boleh muncul bila kearaban itu terjalin.
RAPAT DENGAN KAWAN LEBIH CEPAT
Ya, kamu boleh hasilkan pelbgai memori indah bila bercinta. Tapi berbeza dengan persahabatan ia muncul dengan lebih cepat. Bila bercinta pada awalnya masih ada sempadan dan dinding yang kamu bina. Tapi dengan kawan baik ia berlaku dengan pantas tanpa disedari.
Kamu perkenalkan kawan baik kepada keluarga lebih cepat kerana kamu tiada sebarang halangan rasa awkward dan sebagainya. Kamu tak perlu fikir sama ada keluarga kamu suka dia atau tidak sebab yang penting dia adalah kawan baik kamu; berbeza kekasih hati yang mungkin perlu berdepan banyak soalan dari famili.
RAHSIA KAMU, RAHSIA DIA
Jika berdepan masalah, kawan baik kamu mesti jadi orang pertama yang dihubungi. Bukan senang untuk kita meluahkan serta berkongsi apa jua rahsia dengan seseorang. Lagipun, dia merupakan pendengar yang paling setia. Ada masalah? Call your best friend and have an ice cream together while sharing your problem. Ingatlah mereka akan sentiasa di sisi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
G-Dragon McDonald’s China mencetus sensasi menerusi kempen besar-besaran di ribuan restoran, sekali gus menimbulkan persoalan tentang masa depan Hallyu.