Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.
Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Resipi ini dikongsi oleh seorang brother, peniaga ayam goreng gunting yang tak lokek nak bagi resipi sebab katanya dia pun diajar oleh orang lain secara percuma.
Jadi, jom kita sama-sama share resipi mudah ini dan doakan perniagaan brother tu semakin maju sebab sudi berkongsi dengan kita. Hehe
Ads
Bahan-bahan untuk isi ayam goreng:
– Isi ayam goreng dipotong nipis-nipis.
– 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil.
– 1 ½ cawan serbuk roti
– Telur
Ads
Cara-cara memasak:
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti, masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Selepas itu, celup dalam telur dan masukkan tepung tadi, kemudian goreng (buat sekeping-sekeping, jangan masukkan semua ayam di dalam tepung).
3. Goreng sehingga ayam menjadi kuning-kekuningan dan tos kan.
Bahan-bahan dan cara menyediakan serbuk ayam goreng
Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa bertahan dengan kecaman demi kecaman yang diterima oleh peminat di seluruh negara. Sebagai seorang manusia biasa, mereka juga tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Baru-baru ini, pelakon Korea yang merupakan pengantin baharu telah pun memuat naik gambar perkahwinannya yang memakai hanbok di laman instagram. Walau bagaimanapun, peminatnya dari China tidak berpuas hati apabila pelakon wanita itu menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes.
Walaupun Hanbok secara literalnya bermaksud pakaian Korea, namun sesetengah netizen Korea berasa marah kerana pelakon itu menggunakan tanda pagar tersebut, di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa marah dan ada yang berkata “Saya tidak mahu lagi menonton drama anda”, “Anda tidak layak menerima cinta dari China” dan banyak lagi.
Sebelum ini pernah juga timbul isu YouTuber mukbang Korea ditamatkan kontrak oleh agensi China gara-gara mengatakan kimchi adalah makanan Korea hingga menjadi perbalahan antara rakyat Korea dan netizen dari China.
Fuh susah juga macam ni kalau semua kaki claim. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
K-drama yang kini popular ditonton oleh peminat di Malaysia tidak lain tidak bukan ialah The Glory yang sudahpun ditayangkan di platform penstriman Netflix.
Rata-rata menggemari jalan ceritanya yang menyentuh tentang impak perlakuan buli di sekolah terhadap kehidupan seseorang biarpun sudah menginjak ke usia dewasa.
Malah lakonan bersahaja oleh Song Hye-kyo yang membawakan watak Moon Dong-eun dan Shin Ye-eun/Lim Ji-yeon yang melakonkan watak Park Yeon-jin semasa usia remaja serta dewasa juga membuatkan penonton ‘ketagih’ mengikuti The Glory dari awal hinggalah ke episod penamat.
Begitupun, The Glory tidak terlepas daripada kontroversi juga.
Di Korea Selatan, seorang pembaca ramalan cuaca sebenar yang bertugas di bilik berita MBC News Desk baru-baru ini tampil mengkritik cara K-drama tersebut menggambarkan kehidupan serta tugasan seorang wartawan cuaca.
Wartawan merangkap meteorologis itu dikenali sebagai Kim Ga-young.
Menerusi hantaran di media sosial, dia mengulas bahawa pekerjaan Park Yeon-jin sebagai seorang pembaca ramalan cuaca tidak sama seperti dunia realiti yang tidaklah seglamor yang digambarkan dalam drama The Glory.
Pembaca ramalan cuaca saluran MBC, Kim Ga-young.Watak Park Yeon-jin (tengah) sebagai wartawan cuaca lakonan Lim Ji-yeon dalam The Glory.
Menerusi The Glory, Yeon-jin memilih untuk menjadi seorang pembaca ramalan cuaca kerana ia dianggap popular dan glamor. Perwatakan ini disanggah Ga-youn sama sekali.
“Pekerjaan yang glamor? Tidak. Ini merupakan satu pekerjaan yang memerlukan anda bekerja dengan amat keras.
“Seorang wartawan cuaca bukan sahaja bertanggungjawab ke atas rutin harian orang ramai yang menonton tetapi juga ke atas keselamatan mereka,” catatnya.
Watak Park Yeon-jin sebagai wartawan cuaca lakonan Lim Ji-yeon dalam The Glory.
Ga-young kemudian mengkritik salah satu adegan yang menunjukkan watak Yeon-jin memiliki sebuah pasukan penulis khas bagi menyediakan kesemua skrip yang akan dibacakan olehnya sewaktu bersiaran langsung dalam slot berita.
Kata Ga-young, cara kerja itu tidak tepat dengan dunia sebenar di mana seorang wartawan cuaca akan bertanggungjawab ke atas skrip mereka sendiri termasuklah rekaan grafik serta data yang diperolehi daripada pihak berkuasa.
REMAJA juga percaya skit menari yang dipopularkan oleh Park Ga-young dalam segmen cuacanya juga dicipta sendiri oleh dia dan pasukan di belakang tabir.
Antara selebriti yang pernah dijemput bagi mewarnai segmen tersebut termasuklah Park Jin-young atau JYP daripada J.Y.Park and The Asiansoul serta rapper, Zico.
Memandangkan industri perfileman dan drama di Korea Selatan amat mengambil berat mengenai persamaan di antara dunia realiti dan skrip di set penggambaran, pastinya pasukan produksi The Glory terkena tempias akibat kritikan Park Ga-young.
Bagaiamanapun, wartawan MBC News Desk itu tidaklah membenci The Glory. Sebaliknya, dia mengaku dirinya merupakan salah seorang peminat K-drama itu dan setia mengikutinya.
Ga-young turut memuji skil lakonan Lim Ji-yeon sebagai seorang pembaca ramalan cuaca.
Kim Ga-young.
“Lim Ji-yeon benar-benar bertukar menjadi seorang wartawan cuaca, serius saya percaya dengan watak yang dibawakan secara bersungguh-sungguh.
“Saya menjadi penggemar drama ini disebabkan dedikasi yang ditunjukkan olehnya memainkan watak itu. Bila agak bahagian kedua (The Glory) akan tiba?” ulas Ga-young
Well, bagi menjawab persoalan Kim Ga-young itu, The Glory bahagian kedua dijadualkan menemui penonton di Netflix Malaysia pada bulan Mac nanti. Sementara itu, korang boleh menonton lapan buah episod daripada bahagian pertamanya sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kamu peminat Benee, dan juga Remi Wolf, pasti kamu akan menyukai album dan lagu-lagu terbaru daripada Claire Rosinkranz ini!
Terkenal dengan lagu ‘hit’nya di TikTok yang berjudul ‘Backyard Boy’ yang mendapat sambutan baik dengan lebih daripada 3 juta tontonan, Claire kini tampil dengan lagu-lagu yang mempunyai vibes‘indie & chill untuk semua para peminatnya.
Menerusi sesi temubual REMAJA bersama-sama dengan Claire Rosinkranz baru-baru ini, beliau berkongsikan tentang perjalanannya dalam karier muzik yang diinspirasikan sepenuhnya dari bapanya sendiri yang merupakan seorang komposer filem.
Bermula dengan hanya petikan gitar, beliau tahu yang inilah yang diimpikan olehnya dan apa yang dia ingin lakukan sehingga kini.
apa yang menarik dalam album extended play ‘6 of a billion’ ni?
Well, album Extended Play ‘6 of A Billion’ menjanjikan lagu-lagu pop yang memang betulll betulll kena dengan jiwa remaja zaman kini. Claire mengatakan yang lagu ‘Boy In A Billion’ mengisahkan tentang the art of letting go of someone. Sudah tentu juga lagu-lagu dalam album extended play bakal dimainkan di dalam kereta korang sewaktu sedang late night drive dan sebagainya.
Bagi lagu Frankenstein pula, ianya mengisahkan tentang seorang wanita yang mendambakan seorang jejaka yang perfect fit untuk wanita tersebut. So, she ‘FRANKENSTEIN’ the boy. Geddit? Secara teorinya ibarat mencipta seorang lelaki yang sempurna untuk dirinya lah. Padahal tak pun..
Ini antara senarai lagu yang ada dalam album EP 6 Of A Billion ni:
1. Hotel
2. Pretty Little Things
3. Boy In A Billion
4. Fall Apart
5. Frankenstein
6. LAX
Walaupun baru saja tamat zaman persekolahan, Claire bercita-cita untuk melancarkan lebih banyak lagu-lagu yang relatable dengan remaja zaman kini, kisah persahabatan, percintaan, dan macam-macam lagi.
Semasa temubual, REMAJA sempat bertanyakan kepada Claire tentang senarai artis yang beliau teringin untuk berkolaboratif satu hari nanti, dan Claire berkata beliau sangat teruja untuk berkolaboratif bersama-sama dengan selebriti terkenal yang lain contohnya Daniel Caesar, Benee, Lil Uzi, dan ramai lagi.
Claire juga turut berkongsi bersama REMAJA, di antara 6 trek lagunya dalam album extended play ini, beliau amat menyukai lagu Fall Apart kerana baginya lagu tersebut merupakan antara lagu yang jarang didengari oleh orang ramai daripadanya.
Claire turut berkata yang beliau berharap satu hari nanti dia dapat menjelajah seluruh tempat dan membuat persembahan secara live kepada semua para peminatnya, dan beliau turut berharap agar albumnya ini bakal menjadi sebuah kejayaan baginya dan ramai akan menyukainya.
Strim lagu Boy In A Billiondi sini:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...