Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.
Menurut Facebook postAlvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..
“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”
“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.
Ads
Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.
Ads
“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.
Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Perghh cekik darah!
Ads
Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.
Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mendapat pointer 4.0 dalam ujian semester khususnya dalam kos undang-undang dan perniagaan bukanlah mudah. Tapi kejayaan gadis ini berjaya capai PNG 4.00 sepanjang 7 semester memang patut menjadi inspirasi buat semua remaja di luar sana.
Sejak semalam viral video seorang gadis menerima Anugerah Pelajaran Diraja kerana memperolehi PMK 3.99 (4flat) dalam keputusan akhir pengajiannya. Jika merasa sekali pun sudah cukup membahagiakan apatah lagi jika ianya berjaya dicapai beberapa kali sepanjang tahun pengajian.
Pointer 4.00. Wow!
Video yang asalnya tular di Twitter itu telah mengejutkan ramai pihak berikutan kebijaksanannya sehingga bergelar pelajar terbaik. Mendapat PNG (Purata Nilaian Gred) 4.00 adalah impian semua yang bergelar pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi kerana ianya adalah pencapaian yang paling tinggi,
Seorang graduan jurusan Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mencipta rekod apabila mencapai keputusan PNG 4.00 selama tujuh semester sehingga menyebabkan beliau menerima Anugerah Pelajaran Diraja – Pingat Jaya Cemerlang di Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-32.
Neelofa Turut Ucap Tahniah & Bangga
Menariknya Dewi Remaja 2009/2010 Neelofa, turut mengucapkan tahniah dan berharap dapat memberikan hadiah kepada graduan tersebut kerana benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
Menamatkan pengajian dengan PNGK 3.99, Nur Athirah Rushami Zien merupakan anak kelahiran Alor Star, Kedah dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Falsafah, Undang-Undang dan Pengajian (THINKERS).
Aktif Ko-k Bukan Alasan Tidak Boleh Berjaya
Dengan keputusan yang cemerlang, graduan berusia 23 tahun ini telah terpilih sebagai Penerima Biasiswa Majlis Raja-Raja semasa di tahun kedua dan aktif menyertai pelbagai aktiviti di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa seperti wacana ilmiah, delegasi ke universiti-universiti tempatan dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Jika ditanya apa rahsianya, Nur Athirah memberitahu beliau tidak mempunyai resipi rahsia tetapi hanya sentiasa memberikan fokus semasa berada di dalam kelas.
Ikon Belia Dan Anak Muda
Dah la cantik, bijak pula tu. Semoga kejayaannya mampu memberikan inspirasi kepada semua mahasiswa/i serta pelajar-pelajar untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
Sumber : Twitter / Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majoriti remaja perempuan di Malaysia pasti mengenali jenama stor barangan aksesori popular, Lovisa. Sekali masuk, mana-mana pengunjung tentunya akan rambang mata dengan tawaran pelbagai jenis aksesori cantik untuk mereka tambah ke dalam koleksi sedia ada.
Cuma, apa yang tidak berapa nak cantik adalah aduan seorang warganet yang terkejut dengan layanan pengurus stor Lovisa yang terletak di pusat membeli-belah, Suria KLCC terhadap pekerjanya.
Difahamkan, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai @Nicholas_Gomez itu telah menemani isterinya ke stor tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati seorang pekerja stor sedang merangkak untuk membersihkan lantai stor dari satu sudut ke sudut lain dengan menggunakan tisu basah.
Pada waktu yang sama, apabila ada pelanggan yang datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu, dia terpaksa menjawab daripada posisi tersebut.
Persoalan utama bukanlah mengenai cara pekerja tersebut membersihkan stor tetapi lebih kepada cara pengurus stor mengendalikan staf. Di mana-mana stor lain, prosedur membersihkan stor selalunya ditetapkan sebelum stor dibuka ataupun selepas ia ditutup kepada pengunjung. Ini demi memastikan imej profesional ketika menerima kunjungan pembeli dan agar lantai stor tidak merbahayakan pembeli sekiranya basah.
Isteri Nicholas terus bertanya kepada pengurus stor sekiranya ini adalah prosedur normal mereka. Namun tiada jawapan munasabah yang telah mereka terima.
Bagi pasangan itu, layanan ini boleh dianggap sebagai isu membuli di tempat kerja. Bukan saja mereka dipaksa membersihkan stor pada waktu tidak bersesuaian, pekerja juga tidak diberikan peralatan yang betul dan dipaksa menggunakan tisu basah sahaja.
Jika kebanyakan syarikat menormalisasikan arahan seperti ini tidak kiralah di stor ataupun di pejabat biasa, ia secara tidak langsung akan menjurus ke arah persekitaran bekerja yang toksik yang menganggu kesihatan mental pekerja itu sendiri.
Tinjauan di bahagian komen mendapati beberapa bekas pekerja stor tersebut juga pernah berdepan isu layanan pengurusan. Biarpun mereka faham stor seperti Lovisa ingin kelihatan bersih dan teratur sepanjang masa demi keselesaan pengunjung, but there is a right time and space to do such jobs.
Mereka turut berharap agar pengurusan Lovisa melatih para pengurus cawangan mereka akan tatacara sebagai ketua dan mengenai delegasi tugasan mengikut waktu yang tepat.
Salah seorang pengguna juga menerima respon balas menerusi bahagian DM di Instagram daripada Lovisa. Memo tersebut secara ringkasnya menerima aduan yang dihantar dan akan melaporkannya kepada pihak pengurusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW.
Bila mendengar ada individu yang Islam memeluk Islam, pastinya berita itu disambut dengan kegembiraan oleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Ramai sebenarnya yang telah berhijrah daripada agama asal dan memeluk Islam. Baru-baru ini, laman rasmi facebook Tentera Laut Diraja Malaysia telah berkongsi detik bersejarah pengislaman anggota tentera dalam satu program khas.
Satu majlis bagi meraikan saudara baru telah diadakan di Surau Uthman Ibnu Affan, KD Sri Semporna pada jam 1300H. Majlis ini telah dipimpin oleh staf agama KAGAT, SSjn Azizi bin Othman yang dimulai dengan kata-kata aluan seterusnya pengucapan lafaz dua kalimah syahadah oleh saudara baru.
Detik pengislaman ini telah dirai dan disaksikan oleh 50 hadirin dari kalangan pegawai, anggota dan warga KDSM yang beragama Islam.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah KD Sri Semporna, Kepten Ahmad Nazree Bin Abu Hassan TLDM.
Majlis ini diadakan adalah bertujuan bagi meraikan saudara baru kita yang telah kembali kepada agama Islam khususnya, disamping mengeratkan lagi silaturahim antara warga KDSM. Tambahan itu, majlis ini juga dapat mengekspresikan seluruh rasa kesyukuran kita sebagai hamba kepada pencipta yang Maha Agung, Allah SWT yang telah mengurniakan hidayah kepada hamba-Nya yang terpilih.
Majlis ini turut mendoakan kesejahteraan warga KDSM seluruhnya semoga dapat membimbing saudara baru kita sebaiknya seterusnya meneruskan perjuangan dalam perkhidmatan ini berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebaik mungkin demi menjaga nama baik agama, bangsa dan negara.
Alhamdulillah… Dikala umat Islam diserata dunia dizalimi, makin ramai umat manusia ingin memeluk Islam. Semoga hidup sentiasa diberikan hidayah dan terus istiqomah.
Aktres versatil, Nabila Huda kini membuktikan dirinya bukan sahaja berbakat di layar perak, malah turut berjaya dalam dunia perniagaan makanan.
Rezeki berpihak kepadanya apabila produk...