Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sahaja nama Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kampung Sungai Penchala berdekatan Taman Tun Dr Ismail telah tular di platform media sosial Twitter gara-gara dakwaan seorang pengunjungnya yang menerima ‘barangan asing’ dalam pinggan berisi nasi.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aliailysha itu berkata, kunjungannya bersama ibu di restoran popular dengan hidangan nasi berlauk itu bertukar traumatik apabila ibunya mendapati beberapa keratan kuku dalam pinggan.
“Sambal Hijau TTDI. Separuh jalan ketika makan tengah hari, ibu saya mendapti terdapat bukan hanya satu tetapi sejumlah ENAM (6) keratan kuku dalam pinggan nasinya. Dia telahpun mengunyah dua daripadanya. No words,” catatnya dengan nada kesal.
📍Sambal Hijau TTDI
Halfway through our lunch, my mom found not only one but a total of SIX (6) nail clippings in her rice. She was already chewing 2 of it. No words. pic.twitter.com/Ro8bRBLaRI
Di pihak Restoran Sambal Hijau pula, mereka terus mengambil tindakan proaktif dengan mengulas mengenai dakwaan tersebut yang kian tular dalam kalangan warganet.
Kenyataan Rasmi Restoran Sambal Hijau
Kepada para pelanggan yang kami hormati dan yang sangat kami hargai.
Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku melibatkan juadah yang kami sediakan.
Kami juga amat kesal apabila mengetahui seorang pelanggan telah menjumpai bendasing yang tidak sepatutnya di dalam makanan mereka, dan kami faham akan kebimbangan dan kesulitan yang telah dilalui akibat kejadian ini.
Kami juga memberi jaminan bahawa kami memandang serius akan perkara ini, dan kami juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk memastikan bagaimana perkara ini boleh terjadi.
Ads
Kesihatan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami amat menyesali akan segala kesulitan yang berlaku.
Kami ingin menekankan bahawa kejadian ini tidak mencerminkan tahap piawaian tinggi yang kami tetapkan sepanjang penubuhan restoran kami.
Kami telah pun melaksanakan langkah segera untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang.
Kakitangan kami akan menjalani latihan tambahan tentang keselamatan makanan dan protokol pengendalian, dan kami juga akan memperkukuh proses kawalan kualiti kami.
Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan diseluruh operasi kami demi mendapatkan kepercayaan anda semula.
Maklum balas anda sangat berharga bagi kami, jadi hubungilah kami secara langsung dengan sebarang cadangan.
Kami sentiasa mendengar dan akan melaksanakan perubahan secara aktif untuk mengelakkan sebarang insiden daripada berlaku pada masa hadapan.
Ads
Sekali lagi, kami memohon maaf setulus hati kepada pelanggan yang terlibat dengan kejadian ini dan juga kepada semua pelanggan setia kami yang lain.
Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda semua, dan kami komited sepenuhnya untuk memberikan servis terbaik daripada kami.
Terima kasih kerana memahami dan memberi kami peluang untuk menjernihkan keadaan.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Yang benar, Restoran Sambal Hijau
*
Ads
Dalam pada itu, pengendali akaun rasmi Restoran Sambal Hijau juga tampil memuat kembali hantaran Instagram Story seorang pengguna yang dikenali sebagai Hanan aka @farhanami__.
Menurut hantaran tersebut, ujian yang diduga kepada Restoran Sambal Hijau amatlah berat pada kali ini. Bukan sekadar dakwaan keratan kuku yang telah membuatkan warganet mencemuh, malah katanya, ada juga yang menuduh restoran tersebut menggunakan bantuan ‘pelaris’ bagi menaikkan jumlah kehadiran pengunjung pada setiap hari.
“Sesungguhnya kami orang yang masih ada iman walaupun senipis kulit bawang. Tidaklah berdaya untuk mensyirikkan Allah dalam mencari rezeki yang Halal. Moga kita semua dijauhkan dari golongan yang menabur fitnah,” catatnya.
Untuk pengetahuan korang, Restoran Sambal Hijau terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kampung Sungai Penchala dan sememangnya terkenal denganmasakan kampung dan Melayu.
Mula beroperasi pada 2004, Restoran Sambal Hijau diasaskan oleh pasangan pemilik, Noraini Abdul Majid dan Azrul Shah.
Daripada sekecil-kecil perniagaaan ayam percik di bazar Ramadan sehinggalah kini bertaraf restoran, Sambal Hijau memulakan operasi seawal jam 7.00 pagi dengan menu nasi campur terdiri daripada 80 jenis lauk-pauk pada setiap hari kepada lebih daripada 2,000 pelanggan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum Ukraine ketika ini berada di dalam kancah peperangan dengan Rusia. Disebabkan konflik yang berlaku, ramai rakyat kehilangan tempat tinggal dan tidak kurang juga kehilangan nyawa.
Menghadapi serangan daripada Rusia, pihak pemerintahan Ukraine mengerahkan tenteranya untuk sedaya-upaya mempertahankan negara. Di sebalik kegagahan dan semangat yang ditonjolkan tentera terdapat seekor anjing kecil yang turut sama berbakti.
Anjing jenis Jack Russel Terrier tersebut merupakan anjing pengesan bom yang ketika ini sudah berjaya mengesan lebih 90 bom yang tidak meletup bagi memastikan orang awam tidak tercedera. Dikenali dengan nama Patron, anjing tersebut menjalankan ‘tugasnya’ dengan bersungguh-sungguh.
Bagi menghargai jasa si comel ini. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah menganugerahkan medal “Untuk Perkhidmatan Berdedikasi” sebagai tanda terima kasih. Dalam majlis yang diadakan di Kiev itu, Perdana Menteri Kanada, Justine Trudeau turut serta untuk menyaksikan majlis penganugerahan.
“Hari ini akan terukir dalam ingatan saya seumur hidup, kerana pada hari ini Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di hadapan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menganugerahkan tuan saya anugerah negara Ukraine – Darjah Ijazah Keberanian III, dan saya dengan pingat Untuk Perkhidmatan Berdedikasi,” tulis pemilik Patron di laman Instagram yang didedikasikan pepada anjing itu.
Membuatkan suasana lebih comel, Patron dilihat ceria sambil menggoyangkan ekornya tanda dia gembira dan selesa dengan apa yang berlaku di sekeliling.
“Saya mahu menganugerahkan wira Ukraine yang sudah membersihkan bom bawah tanah, dan bersama-sama dengan wira kita, seekor si kecil yang hebat, Patron, yang membantu bukan sahaja untuk meneutralkan bahan letupan, tetapi juga untuk mengajar anak-anak kita peraturan keselamatan yang diperlukan di kawasan yang terdapat ancaman lombong,” kata Zelenskyy mengenai penganugerahan yang diberikan kepada Patron.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
Terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Wah hebatnya!
Faz
Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.
Kalau korang perasan sebelum ni Plus Malaysia Berhad (PLUS) pernah menyediakan kemudahan hotel di R&R tetapi disebabkan tidak mendapat sambutan, hotel tersebut telah pun ditutup.
Namun begitu, kini pihak PLUS sekali lagi bercadang untuk membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat. Sesuai sangatlah kalau tiba musim perayaan, mesti jalan penuh sesak yang bakal membuatkan kita letih serta mengantuk.
“Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.
Kami sangat bersetuju dengan inisiatif yang ingin dibuat kerana dengan menyediakan kapsul seperti ini mungkin juga memudahkan untuk mereka yang bergerak seorang. Harganya tentu sekali jauh lebih mudah dan berpatutan.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah di buat oleh Amirul Ahmad di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mendapat perhatian netizen dan mereka menyarankan sekiranya projek ini benar-benar terjadi, harga kapsul yang ditawarkan biarlah yang berpatutan.
Ubah dulu mentaliti
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh pengguna jalan raya PLUS. Setiap kemudahan yang diberikan haruslah diguna dengan sebaik mungkin. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan korang.
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!