Dalam sidang media EURO sebelum ini, viral isu Paul Pogba menurunkan botol alkohol Heineken ketika mewakili pasukan kebangsaan Perancis.
Dalam situasi tersebut, dia kelihatan tidak selesa dengan sebotol bir yang dsajikan di meja. Pogba kemudian meletakkan botol bir dengan wajah kesal di wajahnya. Sebagai Muslim, bintang Manchester United itu berbuat demikian adalah kerana tidak mahu ‘terlibat’ dan ‘dekat’ dengan minuman itu atas faktor batas-batas syara’.
Ads
Terbaru, berita baik untuk penganut agama Islam diseluruh dunia apabila penganjur EURO 2020 dilapor tidak akan meletakkan botol minuman Heineken di hadapan pemain Muslim lagi selepas ini, lapor Daily Mail.
Malah setiap pasukan, pengurus dan pemain akan ditanya terlebih dahulu apakah perlu untuk meletakkan botol minuman (keras) penaja di podium.
Ads
Mungkin impak daripada itu, pihak Heineken juga tidak meletakkan botol minumannya di hadapan Karim Benzema semasa sidang media selepas pemain itu terpilih sebagai ‘Star of The Match’ dalam perlawanan menentang Portugal.
Kisah remaja mati lemas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun dalam lombong di Putra Perdana, Puchong yang turut mengorbankan nyawa enam anggota bomba minggu lalu ternyata masih menjadi bualan masyarakat kerana belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa terkorban dalam satu masa ketika operasi penyelamatan dilakukan.
Semenjak mayat remaja ini timbul di permukaan lombong berjarak 800 meter dari lokasi lemas sehari selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan, ada pelbagai versi seram timbul termasuk dakwaan dari seorang pengamal perubatan yang mengatakan telah menangkap ketua jin di lombong berkenaan dan “ketua” tersebut mengaku ada 14 juta pengikut dalam lombong berkenaan.
Adakah benar wujudnya misteri dalam lombong berkenaan sehingga mengorbankan 14 nyawa dalam tempoh dua bulan?. Masa yang sama, tular juga gambar ibu arwah yang sedang pengsan di tepi lombong saat remaja itu ditemui tapi apa yang menakutkan kelihatan gumpalan rambut kerinting seolah-olah sedang memerhatikan dirinya yang sedang pengsan.
Gumpalan rambut inilah yang menakutkan kerana menurut kak Wati rambutnya bukan sebegitu. Dia pengsan ketika ini selepas penemuan mayat anaknya di lombong berkenaan
REMAJA berkesempatan menemui keluarga allahyarham iaitu ibunya, Rosmilawati Saidin, 45 tahun di kediaman dan bertanya adakah benar wujudnya gangguan misteri ini?.Ternyata memang benar lombong berkenaan menyimpan misteri kerana keluarga ini diganggu oleh hantu lombong berkenaan selepas mayat anaknya ditemui.
Menurut Rosmilawati atau mesra disapa Kak Wati, selepas arwah anaknya selamat dikebumikan pada malam selepas ditemui, dia mengakui sehari selepas itu apabila pulang ke rumahnya di Rista Villa Apartment, Taman Putra Perdana, tatkala menjelang malam dia mengakui dirinya seperti diperhatikan oleh makhluk berbulu hitam.
“ Saya sentiasa rasa takut bila menjelang malam. Kalau dulu malam tidur tutup lampu, sekarang kena buka lampu. Dalam tempoh beberapa har ini, rumah ini sentiasa terang benderang kerana kami sentiasa dalam ketakutan. Nak ke bilik air pun rasa takut. Bahu pun terasa sakit seolah-olah ada orang duduk bertenggek di bahu,” katanya.
Lihat Video Di bawah
Tambahnya lagi, bila hendak tidur, fikirannya seperti dibawa ke lombong berkenaan sehinggalah dia berasa takut untuk melelapkan mata.
“Tak tahulah tapi bila nak lelapkan mata terbayang makhluk berbulu hitam. Memang rasa takut nak tidur sehingga saya tidur dengan lampu dibuka. Dulu tak pernah berteman kalau nak ke bilik air tapi sekarang sentiasa rasa takut dalam rumah sendiri,” katanya lagi.
Kak Wati turut menunjukkan gambar dia sedang pengsan dan tular di media sosial malah berkata, rambutnya bukan kerinting seperti dalam gambar berkenaan.
“Akak tengok gambar itu pun seram, meremang bulu roma. Sejak itu sentiasa rasa takut sehinggalah sekarang,”katanya lagi. Masa yang sama, suaminya, Mohd Azzam berkata, pada hari kedua, dia juga mengalami rasa takut itu seolah-olah ada bayangan hitam dalam rumahnya.
“Bagaimana pun saya tak terlalu memikirkannya kerana tak mahu terlalu menakutkan isteri yang mengakui sentiasa rasa takut,” katanya berkata ada usaha dari abang iparnya yang memberi isterinya air untuk memulihkan semangat.
Ketakutan yang sama, seolah-olah ada makhluk diperhatikan turut dirasai oleh anak sulungnya, Muhammad Imran Hafiz yang mengakui dia juga rasa takut bila berada dalam rumahnya, sama dirasai oleh Mamanya.
Suami isteri ini mengakui dihantui rasa takut seolah-olah ada bayangan hitam menghantui diri merekaKhairul (kiri) antara yang menyelam sebelum pihak bomba sampai. Kelihatan abang sulung arwah,Muhammad Imran Hafiz (baju hijau) dan adik bongsunya, Irfan Danial dan rakan sekolah yang datang menziarahi keluarga ini.Inilah gambar yang tular menunjukkkan penampakan makhluk halus di lombong ini. Khairul (sebelah kiri)
Seorang rakan baik keluarga ini yang kebetulan berada di rumah keluarga ini ketika REMAJA bertandang ke rumah keluarga ini, Khairul Anuar yang turut sama menyelam sebelum bomba melakukan operasi menyelamat, mengakui dia sendiri tidak boleh masuk ke rumahnya sendiri selepas membantu keluarga ini kerana dihantui rasa takut.
“Sebelum ini hati saya kering. Tak pernah rasa takut pun malah biasa dengan air. Petang semasa arwah terjatuh, saya pergi menyelam. Malah gambar saya bersama seorang rakan, Faizal turut tular di media sosial seolah-olah ada makhluk seram bertenggek di bahunya.
“Tapi selepas kejadian ini, saya sendiri rasa takut, seolah-olah ada bayangan hitam yang sedang memerhatikan,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga allahyarham adik Muhammad Ilham Fahmy turut menafikan bahawa keluarga mereka ada memberi arahan kepada pihak bomba untuk mencari arwah anak mereka biarpun hari sudah malam ketika itu.
“Kami tiada kuasa memberi arahan. Malah sebelum bomba datang pun usaha sudah kami lakukan termasuk menyelam sendiri sehinggalah selepas penat usaha mencari, kami menelefon pihak bomba untuk operasi menyelamat,”katanya yang menafikan keluarganya ada memberi arahan sebagaimana tular di media sosial.
Lihat video di bawah
Jom doa yang baik-baik dan semoga roh adik Ilham Fahmy ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam gempar apabila berlaku beberapa letupan kuat menggegarkan Beirut-Lebonan di mana keadaan di lokasi dikatakan menjadi padang jarak padang tekukur.
Letupan besar yang berlaku di kawasan padat penduduk itu berlaku kemusnahan besar apabila sebuah kilang mercun yang meletup.
Menyedihkan, laporan awal laporan awal menyebut angka korban setakat ini dilaporkan 78 orang dan 4000 cedera parah. Letupan dikatakan berpunca dari kilang menghasilkan bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.
Hasbunallah Waniqmal Wakeel
Pihak MAPIM Malaysia sedang mendapatkan laporan dan update terkini dari rakan ngo Lebanon yang berdekatan. Doakan agar kemalangan ini tidak meragut banyak nyawa. Sumber : Ahmad Sani Araby
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata menunjukkan kemulian hati dan simpati pemuda berusia 33 tahun itu terhadap seorang penjual burger yang dikompaun sebanyak 50k.
Bukan hanya Caprice, rata-rata netizen juga simpati dan terkejut melihat nilai kompaun yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. Untuk info, abang burger tersebut ialah Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.
Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Rentetan dari itu, Caprice terpanggil membantu nasib peniaga burger yang malang itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.
Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.
Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memuji tindakan caprice dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.
Malah ada juga segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Hmm…korang rasa macam mana?