Baru-baru ini, ramai telah menggunakan aplikasi yang boleh menggerakkan wajah sebagai hiburan di media sosial. Malah, aplikasi ini juga dikatakan menjadi pengubat rindu buat insan yang telah meninggal dunia kerana setidak-tidaknya kita boleh melihat mereka bergerak dan tersenyum semula.
Namun begitu, seorang pengguna TikTok telah mengajukan soalan kepada Ustaz Ahmad Dusuki tentang pandangan beliau berkenaan dengan aplikasi tersebut, yang dikatakan boleh menggerakkan semula gambar orang yang telah meninggal dunia.
Jelas Ustaz Ahmad Dusuki, ada sebuah hadis yang telah disebut oleh Rasulullah SAW, di akhirat nanti pada sesiapa yang membuat patung atau pun melukis gambar, dia akan diarahkan oleh Allah supaya meniup balik roh pada gambar atau pun patung tersebut.
Ustaz memberi pandangannya bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian. Takut di akhirat nanti, dimana siapa yang terlibat dengan program sebegini, di akhirat nanti Allah menyuruh mereka meniup roh kepada gambar-gambar yang demikian.
Jika gambar tersebut tidak bergerak, jangan pula kita nak menggerakkan untuk menimbulkan kenangan lalu. Bagi orang yang telah meninggal dunia, sebaiknya kita bacakan doa. Mudah-mudahan Allah rahmati mereka dan Allah jadikan kebaikan bertambah buat mereka. Bukan dengan cara mengingatkan kenangan-kenangan yang tidak membangkitkan kita.
Ads
Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang memang sakit untuk menanggung rindu. Namun, ustaz juga telah berkongsi pandangannya dan menjelaskan hadis Rasulullah SAW. Jadi, terpulanglah kepada korang untuk menerimanya atau tidak.
Selepas berbulan-bulan lamanya barisan petugas hadapan negara berhempas pulas menjalankan tanggungjawab besar dalam menangani wabak COVID-19, satu penghargaan telah pun diberikan mereka oleh pihak TGV Cinemas.
TGV Cinemas menawarkan tiket wayang percuma kepada semua frontliners yang bertugas sepanjang tempoh mengawal dan menangani COVID-19 dari awal tahun ini bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat mereka.
To all medical and law enforcement frontliners who have worked tirelessly during the unprecedented times, we want to say…
Frontliners hanya perlu menunjukkan ID kerja mereka di kaunter dan pekerja pawagam akan merekodkan maklumat diri anda. Kemudian, pilih filem dan tempat duduk yang diingini. Mudah sahaja kan?
Tiket wayang percuma boleh ditebus di cawangan TGV Cinemas seperti dibawah:
• Dpulze
• Permaisuri Imperial City Mall Miri
• Setiawalk
• Sunway Putra
• Sunway Pyramid
• Sunway Velocity
• Vivacity Megamall
• Wangsa Walk
Syarat penebusan tiket adalah seperti berikut:
• Promosi sah bermula 9 hingga 15 Julai 2020 sahaja
• Promosi terbuka untuk semua petugas barisan hadapan (doktor, jururawat, askar dan polis)
• Hanya satu (1) penebusan tiket dibenarkan bagi setiap petugas barisan hadapan sepanjang tempoh promosi
• Penebusan hanya boleh dilakukan di kaunter tiket lokasi terpilih
• Promosi hanya sah untuk pawagam Classic Hall sahaja
• Promosi tertakluk kepada filem dan tempat duduk yang ada
• TGV Cinemas berhak untuk menyemak terma dan syarat ini tanpa pemberitahuan awal
So guys, jika korang ada kenalan atau pun kaum keluarga yang berkerja sebagai petugas barisan hadapan, khabarkan kepada mereka tentang informasi ini. Sesekali kalau ada yang nak tenangkan fikiran dengan mencari hiburan sedikit, inilah masa terbaik untuk mereka.
Siapa sangka haiwan yang selalu kita jadikan hidangan menjadi penyebab sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Chamek, Paloh, Johor ditimpa malang.
Difahamkan, si isteri meninggal dunia manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) pada Sabtu lepas.
Ng Ai Lee, 51, anak kepada pasangan suami isteri itu memberi kenyataan terhadap tragedi malang yang berlaku kepada ibu bapanya. Menurut Ng Ai Lee, bapanya telah membeli ikan itu daripada seorang penjaja van yang datang ke rumah orang tuanya itu dan sudah sekian lama menjadi pelanggan tetap.
Beliau berkata, keluarganya berasa kesal dan sedih kerana penjual berkenaan tidak memberitahu ikan dibeli bapanya itu sebenarnya beracun.
“Ini kali pertama bapa membeli ikan jenis itu dan ketika adik lelaki ketiga membawa bapa dan ibu ke hospital, bapa sempat memberitahu dia tidak tahu ikan yang dibelinya itu adalah ikan buntal dan beracun.
Malah, menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon, mangsa mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada pukul 3 petang serta dikejarkan ke hospital oleh anaknya. Katanya, kira-kira sejam kemudian, suami mangsa pula mengalami gejala sama iaitu sesak nafas dan menggigil.
Justeru, kami kongsikan info penting untuk diberi perhatian tentang ikan beracun.
Ikan Buntal ( Foto Via Pexels)
1) Terdapat lebih daripada 100 spesies ikan buntal
Ikan buntal adalah spesies yang tergolong dalam keluarga Tetraodontidae. Ikan ini boleh didapati di kedua-dua air masin dan air tawar seperti Lautan Pasifik, Laut Merah, Sungai Mekong dan Sungai Amazon.
Ciri-ciri ikan beracun ini ia mempunyai badan yang panjang, meruncing, kepala bulat, bibir yang menonjol dan perut besar. Ikan buntal mempunyai keupayaan untuk menukar arah apabila berenang dan berenang ke belakang.
2) Boleh membesar sehingga empat kaki
Ikan buntal terbesar diketahui sehingga empat kaki panjang atau kira-kira 47 inci. Panjangnya juga melebihi buaya bayi. Ikan ini terdapat di Australia, Jepun dan Afrika.
Saiz terkecil ikan buntal ini kurang daripada satu inci dan terdapat di sekitar India Barat Daya. Walaupun kerdil tetapi mereka mempunyai keupayaan menonjol iaitu boleh memilih untuk menjadi ikan jantan atau ikan betina.
3) Mengembung badannya sehingga tiga kali saiz biasa
Oleh kerana ikan buntal bergerak perlahan dan berwarna terang, ia menjadikan pemangsa lain dapat memakannya dengan mudah.
Untuk mengatasi masalah ini, ikan buntal akan mengembung dirinya dengan mengambil udara dari perut tiga kali lebih besar daripada saiz badannya dan menyerlahkan tulang belakang supaya mereka tidak menjadi makanan pemangsa. Inilah sebabnya mengapa ikan buntal dipanggil ikan puffer, blowfish, baloonfish, globefish atau toadfish.
4) Salah satu haiwan yang paling beracun di dunia
Ikan buntal adalah haiwan beracun. Apabila dalam keadaan terancam, ikan ini akan mengembungkan diri dan melepaskan toksin dari kulit yang dikenali sebagai Tetrodotoxin atau TTX iaitu bahan kimia yang 100 kali lebih toksik daripada sianida.
Di samping itu, ikan puffer juga boleh mengeluarkan toksin yang boleh membunuh 30 orang dewasa. Sesiapa yang terdedah kepada racun ini boleh mengalami kebas, lumpuh otot, pening, kegagalan jantung dan kematian.
5) Ikan buntal boleh bina sarang
Ikan buntal berwarna putih ternyata mempunyai tabiat yang unik iaitu membina sarang. Ikan buntal jantan membuat sarang dalam bentuk sfera pasir dan diameter enam kaki.
Tujuan mereka membuat sarang untuk menarik perhatian ikan betina. Di samping itu, ikan buntal jantan lain juga membuat sarang dengan tujuan yang berbeza. Mereka membuat sarang sperma untuk melindungi diri daripada pemangsa.
6) Gigi ikan buntal terus tumbuh
Ikan buntal sebenarnya mempunyai empat gigi. Dua di bahagian atas dan dua di bawah. Kedua-duanya bersatu agar kelihatan seperti satu gigi besar seperti tikus. Gigi ikan buntal sentiasa berkembang jadi untuk memastikan ia pendek, mereka menggunakan gigi untuk membuka cengkerang, makan alga dan ikan-ikan di dasar lautan.
7) Ikan buntal adalah hidangan yang lazat di Jepun
Walaupun ia merupakan ikan beracun, ikan buntal adalah salah satu hidangan lazat di Jepun. Namun begitu, hidangan ini hanya boleh dimasak oleh chef terlatih yang mempunyai banyak pengalaman kerana mereka perlu mengeluarkan organ-organ beracun dan memasaknya dengan betul supaya tidak meracuni pelanggan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi ia melibatkan kematian.
Semalam seorang bapa diuji oleh Allah taala apabila tiga anak lelakinya berusia di antara 21-16 tahun dipercayai lemas di Muara Sungai Telemong, Hulu Terengganu pada jam 6.30 petang dan sehingga laporan ini ditulis pencarian mayat mangsa masih diteruskan lagi.
Laporan Sinar Harian menyebut, tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara sungai Kuala Telemong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, menurut maklumat awal daripada empat saksi, mereka ada melihat ketiga-tiga mangsa sedang mandi di kawasan itu.
"Keempat-empat saksi yang ketika itu sedang memancing di tebing sungai Kampung Mesah iaitu terletak di seberang sungai kejadian memaklumkan ada ternampak mangsa mandi.
"Tidak lama kemudian, mereka memberitahu ada terdengar suara orang meminta tolong sebelum keempat-empat saksi ini bergegas ke lokasi dengan menaiki motosikal.
"Mereka tiba di lokasi 10 minit kemudian, tetapi mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini dan beliau turut memaklumkan seramai 41 anggota terdiri dari 18 anggota polis, 15 anggota bomba dan penyelamat serta 8 anggota Pertahanan Awam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat sejak malam tadi.
Dalam pada itu, dimaklumkan, seorang darinya Khalif Naim, 16 tahun telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada 10 Mac lalu.
Sementara itu bapa kepada tiga mangsa lemas ini, Mohamad Ismail, 64 tahun yang ke lokasi kejadian mengesahkan kesemua mangsa adalah anaknya berdasarkan pakaian dan telefon bimbit yang ditinggakan di tebing sungai.
Sumber gambar : Combat Zuraidi / Kuala Telemong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!