Kumpulan sensasi K-pop masa ini iaitu Blackpink ternyata sedang menjadi perhatian seluruh dunia setelah mereka berempat melancarkan album berjudul The Album, baru-baru ini.
Walaupun pelancarannya tidak terlepas daripada beberapa kontroversi yang melanda etika pemakaian uniform jururawat oleh salah seorang ahlinya, Jennie Kim dalam klip video Lovesick Girls, sokongan terhadap Blackpink masih berterusan sehinggakan mereka mampu memecahkan beberapa rekod muzik menerusi album ini.
Bercakap mengenai Jennie, namanya menjadi sebutan apabila seorang remaja slash model berusia 11 tahun dikatakan menyerupai penyanyi itu.
Perkenalkan Ella Gross yang menjadi topik perbualan apabila dia mempunyai rupa paras mirip Jennie jika diimbas sekali pandang.. korang rasa sama tak?
Walaupun dalam imej tidak jelas seperti ini, Jennie dan Ella masih kelihatan sama!
Apapun, Ella sememangnya mempunyai rupa fizikal yang cantik dan fresh.
Ini adalah 5 perkara yang kami tahu mengenai model remaja berpotensi besar ini.
01
Ads
Korang mesti pernah melihat wajahnya semasa berada di stor pakaian!
Ella menghiasi poster kempen bagi jenama besar seperti ZARA, Abercrombie & Fitch dan Disney.
02
Ella dilahirkan dalam sebuah keluarga perkahwinan campur. Ibunya berasal dari Korea Selatan manakala ayahnya pula merupakan warganegara Amerika Syarikat.
Adik lelaki Ella bernama Romeo dan dia mempunyai rupa paras yang lebih ‘caucasian’ berbanding Ella yang mempunyai kecantikan seorang gadis Pan-Asia.
Ads
03
Jika tidak sibuk dengan pekerjaan sebagai model ataupun sebagai pelajar, Ella gemar menghabiskan masa lapangnya dengan menari, menunggang kuda dan melukis seni doodle.
Selain itu, Ella juga selalu berkongsi minatnya untuk membaca dan bakatnya dalam bermain gitar. Seriously, what can’t this girl do?!
Sebagai seorang model, tentunya Ella juga mempunyai citarasa fesyen yang menarik pada pandangan REMAJA!
Buktinya, ramai followers Ella di Instagram yang gemarkan penampilannya dari semasa ke semasa.
Ads
Seperti Jennie, Ella selalu menyarungkan sweater, sneakers putih, cropped top, seluar kargo dan pelbagai lagi pakaian streetwear popular.
05
Nampaknya masa depan Ella tidak akan lari jauh daripada ‘kembarnya’, Jennie.
Ini memandangkan Ella telahpun dilamar oleh The Black Label iaitu sebuah syarikat adik-beradik kepada YG Entertainment (label yang dinaungi Blackpink).
Pada tahun 2018, produser YG Entertainment iaitu Teddy mengumumkan Ella sebagai artis naungan baru mereka.
Kata beliau, “Dia mempunyai suara istimewa yang mampu dikembangkan sebagai seorang penyanyi.” Wow, nampaknya masa depan Ella lebih daripada sekadar menjadi model saja!
*
*
Lebih dekat kami mendekati Ella Gross, kami semakin dapat melihat bagaimana peminatnya dan peminat Blackpink, Blinks merasakan ada persamaan di antara Ella dan Jennie.
They can practically be long-lost sisters!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh berada di rumah mungkin adalah antara yang membahagiakan bagi sesetengah orang. Namun, ada juga yang ‘panas bontot’ apabila terkurung bersama pasangan dibawah satu bumbung.
Sama seperti di Malaysia, di Jepun juga mereka diarahkan tinggal di rumah sejak 16 April lalu bagi mengelak penularan pandemik maut itu Covid-19.
Untuk info, hal ini menyebabkan kadar perceraian di Jepun meningkat apabila pasangan suami isteri terpaksa tinggal di rumah di tengah wabak COVID-19 dengan sekitar 35 peratus perkahwinan berakhir dengan tuntutan perceraian.
Menerusi tanda pagar #coronarikon yang membawa maksud perceraian korona, ramai pengguna Twitter dalam kalangan isteri memberi respon berhubung keadaan perkahwinan mereka.
“Suami saya sentiasa melengahkan sesuatu perkara. Saya kecewa dan tidak dapat bersama seseorang yang bersikap sedemikian. Ini perceraian korona,” luah seorang wanita.
“Suara suami saya kuat. Bunyi dia batuk dan makan. Bunyi televisyen dihidupkan dengan kuat sepanjang hari. Dia berdengkur ketika berbaring di tengah ruang tamu”
“Saya sudah bertahan selama 10 hari. Berapa hari lagi? Adakah semangat saya mampu bertahan?”
Menurut Chie Goto, seorang peguam pakar dalam kes perceraian di Pejabat Undang-Undang Felice di Nishinomiya, punca pasangan menghadapi situasi konflik rumah tangga ini disebabkan para suami perlu bekerja dari rumah atau ada yang kehilangan pekerjaan dan anak-anak pula perlu menghadiri kelas dari rumah.
“Rumah kini telah menjadi tempat bekerja dan itulah penyebab utama masalah penceraian di sini.
“Ia berikutan pasangan berasa tertekan dengan perubahan mendadak disekeliling dan menjadi penyebab keretakan rumah tangga,” ujarnya.
Bagi menghalang penceraian korona terus berlaku, sebuah firma di Jepun menawarkan khidmat sewaan pangsapuri sepanjang tempoh perintah berkurung disasarkan kepada pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga.
Syarikat Kasuko yang beroperasi di Tokyo itu menyediakan pangsapuri lengkap dengan perabot sebagai ‘tempat sementara’ untuk mendapatkan ketenangan.
Jurucakap Kasoku, Amano memberitahu AFP, syarikat itu menawarkan sewaan pangsapuri dengan harga 4,400 yen (RM177) sehari.
Setakat ini lebih 20 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka selepas kempen pemasaran giat digerakkan mulai 3 April lalu.
Katanya, mereka turut menawarkan khidmat konsultasi perceraian oleh pegawai undang-undang selama 30 minit. Kebanyakan pengguna perkhidmatan tersebut adalah golongan isteri yang berdepan pergaduhan besar dengan suami.
Untuk rekod, Jepun telah mencatat lebih 6,000 kes positif COVID-19 dengan 98 kematian telah dicatatkan. Manakala lebih 700 orang telah dibenarkan untuk keluar dari hospital selepas sembuh daripada wabak yang telah membunuh lebih 100,000 orang di seluruh dunia.
Di tengah-tengah kemelut politik negara yang berlaku sekarang, netizen tempatan yang mengikuti rapat perkembangan berita terkini terharu sebentar apabila melihat sebuah posting di media sosial.
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi pegawai Istana Negara mengerti akan situasi yang dihadapi oleh rakan pengamal media.
Sejak semalam lagi dan bersambung semula sejak pagi tadi, pengamal media telahpun ‘berkampung’ di pintu masuk Istana Negara Jalan Duta bagi memberikan laporan terkini di media sosial, penstriman secara langsung di televisyen dan di media massa.
Lantas apabila sudah hampir 10 jam di sana, pihak Istana telahpun bergerak ke pintu masuk untuk menyerahkan sedikit makanan berupa ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk diagihkan kepada mereka bagi mengalas perut.
Jika sebelum ini, negara jiran kita Indonesia dilaporkan dikesan kes cacar monyet atau mpox. Terkini, di Thailand pula dikesan melibatkan seorang lelaki Eropah yang tiba dari Afrika minggu lalu dan sedang menunggu keputusan ujian untuk menentukan mutasi.
GAMBAR yang dirakam pada 1996 di Congo memaparkan tangan pesakit cacar monyet. FOTO REUTERS
Pihak berkuasa Thai menganggap kes itu adalah mutasi Clade 1 mpox, kerana individu berkenaan seorang lelaki Eropah berusia 66 tahun yang bermastautin di Thailand.
Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi terhadap mpox selepas WHO mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam golobal.
Fakta Tentang mpox?
Mpox merupakan penyakit yang berpunca dari wabak cacar monyet. Ini merupakan jangkitan virus yang boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui kontak rapat dan kadang-kadang dari persekitaran, barang dan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang menghidap mpox.
Sekiranya virus mpox ini wujud pada haiwan liar, ia juga boleh menjangkiti manusia yang menyentuhnya.
Simptom mpox
Mpox boleh menyebabkan pelbagai tanda-tanda dan simptom. Ada orang yang mempunyai simptom yang sedikit dan ada juga yang mengalami simptom serius sehingga memerlukan rawatan di pusat kesihatan.
Simptom mpox ini termasuklah ruam pada badan selama 2 ke 4 minggu yang mungkin dimulakan atau diikuti dengan demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kurang bertenaga atau kelenjar bengkak.
Ruam ini pula akan kelihatan seperti lepuh atau luka di bahagian muka, tapak tangan, tapak kaki dan di sekitar kawasan alat sulit. Ia juga boleh ditemui di dalam mulut, tekak, anus, rektum, faraj atau mata.
simptom mpox
Dalam kebanyakan kes, simptom mpox ini boleh pulih sendiri dalam masa beberapa minggu dengan jagaan yang betul seperti bantuan ubat sakit atau demam. Tapi untuk sesetengah orang, penyakit ini boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan komplikasi atau kematian.
Bayi baru lahir, kanak-kaak dan wanita mengandung serta orang yang mempunyai kekurangan imunisasi berpunca dari penyakit HIV merupakan individu yang berisiko tinggi untuk mengalami mpox yang teruk serta kematian.
Macam mana mpox menular?
Mpox boleh merebak dari individu ke individu melalui:
Hubungan rapat termasuk sentuhan kulit ke kulit.
Sentuhan mulut ke mulut atau mulut ke kulit.
Berdekatan dengan seseorang yang mempunyai mpox.
Semasa penularan global pada tahun 2022, virus ini kebanyakannya merebak melalui hubungan seksual.
Orang yang dijangkiti mpox dianggap berjangkit sehingga:
Semua luka mereka telah kering.
Kudis telah jatuh.
Lapisan kulit baru telah terbentuk di bawahnya.
Semua luka di mata dan seluruh badan telah sembuh.
Virus ini juga boleh berada di permukaan untuk suatu jangka masa dan menjangkiti orang yang menyentuhnya, terutamanya jika:
Seseorang itu mempunyai luka.
Menyentuh mata, hidung, mulut, atau sebarang rongga terbuka dengan tangan.
Mpox juga boleh dijangkiti dari ibu mengandung kepada anak di dalam kandungan:
Semasa mengandung.
Selepas bersalin melalui sentuhan kulit ke kulit.
Kalau korang nak tahu, sebeum ini Malaysia pernah merekodkan sebanyak sembilan kes mpox di mana kes pertama telah dikesan pada 26 Julai 2023 dan kes terakhir dikesan pada November tahun yang sama. Kesemua kes ini mempunyai sejarah aktiviti berisiko tinggi dan telah pun pulih tanpa kematian direkodkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!