



Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lokasi ‘Laut Terbelah’ Dijangka Sesak Ketika Cuti CNY, Boleh Pergi Tapi Bomba Beri ‘Warning’ Ini..

REMAJA pernah melaporkan mengenai lokasi tarikan Pulau Giam di Perak yang pernah tular pada tahun lalu.
Suasana benting pasir yang muncul semasa kejadian air surut membolehkan sesiapa untuk berjalan dari persisiran Pantai Teluk Nipah hingga tiba di Pulau Giam berdekatan.
Untuk tahun 2023, fenomena tersebut dijadualkan berlaku sebanyak dua kali iaitu dari 21-25 Januari lalu dan pada 19-22 Februari ini.
Lantas, orang ramai tertarik untuk ke sana demi mengabadikan foto berdiri di bahagian ‘laut terbelah’ itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengunjung Kongsi OOTD Jalan Kaki Dari Pantai Ke Pulau Giam Di Pangkor – REMAJA

Bersempena cuti panjang Tahun Baru Cina bermula hari ini (di sesetengah negeri) sehingga Selasa minggu hadapan, jumlah pengunjung di Pulau Giam dijangka akan naik mendadak.
Ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Perak mahupun bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di negeri itu.
Begitupun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak terlebih dahulu memberi amaran agar pengunjung memeriksa waktu pasang surut air yang tepat dan perubahan cuaca perlu diambil kira sebelum ke sana. Ini agar diri tidak terdedah kepada risiko dan kemalangan tidak diingini.
“Kita sedia maklum, fenomena yang berlaku di pulau itu nanti akan menarik perhatian pengunjung untuk berjalan hingga ke tengah lautan.
“Jadi kita beri peringatan awal agar sentiasa peka dengan keadaan semasa paras air. Paling penting dapatkan maklumat yang tepat daripada jabatan dan agensi berkaitan, kata pengarahnya JBPM Perak, Azmi Osman kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, pihak JPBM Perak juga sedari awal telah melaksanakan pelan kontingensi keselamatan di kawasan Pantai Teluk Nipah itu melalui Balai Bomba dan Penyelamat Pangkor setelah kes korban nyawa pernah berlaku sebelum ini melibatkan pengunjung yang terperangkap ketika air pasang secara tiba-tiba.
SUMBER: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Kembali Sihat Selepas Terkena Jangkitan, Ini Info Penting Tentang E. Coli Yang Anda Perlu Cakna

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya sudah semakin pulih dan sihat selepas dikejarkan ke hospital apabila keadaan kesihatannya kurang sihat sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik (BOB) di Kelantan baru-baru ini.
Malah, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) itu juga memaklumkan sudahpun mendaftar keluar dari wad.
Sebelum ini, ramai pengikutnya di media sosial hanya mengetahui tentang jangkitan bakteria tetapi akhirnya usahawan kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu berkongsi dengan lebih spesifik mikro-organisma yang menjadi penyebab kepada cirit-birit luar biasa dihadapinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Rebah Selepas Selesai Misi Bantuan Banjir

Ujarnya menerusi perkongsian di aplikasi X, beliau terkena jangkitan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau lebih dikenali sebagai E. coli ketika melakukan misi bantuan banjir.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Pasaraya Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Seberapa Banyak Barang Bagi Membantu Mangsa Banjir


Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
“Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. coli masa buat bantuan banjir last week”
“Severe diarrhea for five days sampai dehydrated badan. Now Alhamdulillah sudah fully recovered and back to work,” kongsinya.


Sekadar info, Khairul Aming terkenal dengan video masakan kreatif serta produk Sambal Nyet terdahulu terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik susulan cirit-birit teruk yang membuatkan tubuhnya lemah.
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Tapis Promosi Barang Tidak Berkualiti, Pentingkan Keberkatan!
ARTIKEL BERKAITAN: “Atuk Dah Pencen Nak!” Chef Wan Tidak Terkesan Dibandingkan Dengan Khairul Aming
Sementara itu, meh kami kongsikan beberapa info menarik mengenai jangkitan E. coli:
- Merupakan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
- Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar.
- Mudah merebak melalui makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak.
- Pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
- Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
- Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak setiap jenis hidangan dengan sempurna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Niat Kena Betul…”, Shaza Bae Kongsi Tip Daki Gunung Kinabalu Untuk ‘Newbie’

Dengan pembukaan sempadan di antara negeri dan sempadan negara kini, ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melancong setelah sekian lama tidak dapat berbuat sedemikian. Siapa tak suka travel kan?
Saban minggu, ada saja member kita yang akan melawat ke pelbagai tempat menarik; lalu kita sendiri tergerak hati untuk memasang hajat ingin ke sana.
Jika orang lain memilih keselesaan semasa bercuti, siapa menyangka, Shaza Bae yang juga merupakan Dewi Remaja 20019 memilih untuk menghabiskan waktu cutinya dengan menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah!
ARTIKEL BERKAITAN : SHAZA BAE Is Breaking Through : Tidak Mudah Memikul Gelaran Dewi Remaja

Gunung Kinabalu yang juga merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara berdiri pada ketinggian 4,095m telahpun berjaya ditawan oleh Shaza sekitar seminggu yang lalu.
Sewaktu dihubungi oleh REMAJA, pemilik nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini sempat berkongsi pengalaman berharga itu.
Menurutnya, perancangan untuk ke Gunung Kinabalu telah dilakukan sekitar tahun lepas lagi. Namun disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara serta kerja hakikinya yang perlu dilakukan secara back to back, hanya sekarang impiannya untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu itu tercapai.
Menurut Shaza, slot untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah terhad. Kebiasaannya, tempahan slot perlu dibuat seawal 10 bulan sebelum pendakian. Ini kerana jumlah pendaki yang ingin ke sana boleh tahan jumlahnya dan tempoh 10 bulan itu juga memberi ruang untuk mana-mana pendaki melakukan persediaan stamina yang cukup.
“Latihan berlari, mendaki, naik turun tangga harus dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Tetapi saya hanya sempat melakukan latihan selama dua minggu saja. Itupun latihan stamina dan bukannya training khusus untuk pendakian.
“Proses mendaki memang sukar tetapi secara peribadinya, waktu turun gunung adalah lebih sukar. Secara total, saya mengambil masa empat jam sewaktu pendakian dan lima jam sewaktu turun. Apapun, saya bersyukur kerana impian menawan puncak gunung ikonik ini telah saya capai,” kongsi pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Shaza Bae Selesa Di Sebelah Nadhir Nasar
Menariknya, Shaza turut berkongsi beberapa tip untuk para ‘newbie’ yang ingin mendaki di Gunung Kinabalu sepertinya.
- Lakukan latihan
“Bagi korang yang plan untuk ke puncak Gunung Kinabalu, wajib jalani latihan. Ini kerana kebarangkalian untuk korang cedera ketika mendaki adalah sangat tinggi tanpa latihan yang cukup.
Trek Gunung Kinabalu kebanyakannya bertangga. Semakin lama tenaga semakin berkurangan, nak melangkah satu anak tangga pun kaki mula terasa berat. Kekuatan mental dan fizikal perlu kuat. Hakikatnya, tidak semua orang akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.”
2. Jaga niat
“Sangat penting menjaga niat, adab dan pertuturan. Kita di tempat orang, tambahan pula di dalam kawasn hutan dan gunung pula.”
3. Sediakan semua keperluan
“Sediakan benda-benda penting seperti pakaian bersesuaian seperti sweater, fleece dan sarung tangan kalis air kerana cuaca di sana sangat sejuk tambahan. Perjalanan mendaki pula bermula seawal 2 pagi jadi cuba sajalah bayangkan kesejukannya.
“Ubat-ubatan juga penting. Semakin tinggi, persekitarannya semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada pendaki yang akan mengalami simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala. Jadi sediakanlah ubat yang sepatutnya.”
4. Pilih kumpulan yang betul
“Ini bukan kali pertama saya melakukan aktiviti hiking. Sebelum ini saya pernah tawan gunung di Indonesia. Jadi pemilihan rakan pendaki adalah penting. Merekalah yang akan memberikan semangat dan kekuatan secara mental, terutamanya sewaktu tenaga kita mula lemah.”
BACA LAGI : 12 Tempat Hiking Paling Best Untuk Korang Yang Baru Nak Berjinak
Semoga perkongsian tip pendakian daripada Shaza Bae ini dapat menaikkan lagi semangat korang yang bercadang untuk untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

