Persisiran pantai di Malaysia sudah sinonim dengan fenomena air pasand dan air surut mengikut waktu. Tatkala air surut, mulalah ternampak bahagian beting pasir yang sebaliknya akan ‘hilang’ dari pandangan sewaktu air pasang terutamanya pada waktu senja.
Jika pada tahun lalu, salah satu lokasi tular adalah Pantai Mek Mas, Kelantan yang tiba-tiba bertukar menjadi lokasi tumpuan pelancong yang ingin mengambil gambar sedang berdiri di bahagian ‘laut terbelah’. Dek kerana kenaikan jumlah pengunjung itu, pihak berkuasa akhirnya mengambil tindakan untuk menutup kawasan tersebut dengan pita amaran atas faktro keselamatan.
Kini, satu lagi lokasi sedang menjadi sebutan sejak musim cuti Tahun Baru Cina pada minggu ini bermula. Fenomena air surut yang berlaku di Pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, Perak telah membolehkan pengunjung di sana berjalan di atas beting pasir untuk menyeberang ke Pulau Giam yang terletak berhampiran.
Ads
Menurut penduduk tempatan di sana, fenomena ini hanya akan berlaku pada bulan Februari pada setiap tahun dan mereka sudahpun terbiasa dengan pertambahan jumlah pengunjung dari dalam dan luar kawasan Pulau Pangkor.
Kebanyakan dari pengunjung di sini mendapat tahu mengenai fenomena tersebut menerusi paparan media sosial. Rata-rata mengambil peluang untuk berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit sebelum mereka tiba di Pulau Giam. Sepanjang perjalanan tersebut, orang ramai akan gian mengambil foto masing-masing umpama berjalan di atas permukaan laut yang terbentang luas.
Ads
Lapor Harian Metro, kira-kira 500 orang pengunjung dan penduduk setempat bersilih-ganti berada di sana sepanjang hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.15 malam. Namun, penduduk tetap memberi amaran agar tidak mudah leka bergambar sewaktu melalui beting pasir tersebut kerana paras air laut tetap akan pasang terutamanya pada waktu senja.
Silap hari bulan, tak boleh patah balik pulak ke kawasan Pantai Teluk Nipah! Jadi bagi yang merancang untuk ke sini pada bulan Februari ini, sewajarnya korang peka dengan jadual waktu air surut.
REMAJA difahamkan bahawa agensi penyelamat dan usaha serta pihak Bomba turut ditempatkan di kawasan berdekatan untuk memantau orang ramai yang berada di situ.
Keberadaan mereka di sana sekurang-kurangnya boleh mengesyorkan sama ada selamat untuk mereka melintas di beting pasir ataupun terpaksa menaiki bot seperti yang terjadi kepada beberapa pengunjung sewaktu ingin berpatah balik bagi mengelakkan risiko; lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca ribut dan angin kencang yang selalu berlaku sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun ini, semua itu adalah rezeki daripada Allah dan bukan hasil pembedahan estetik.
“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Saya tetap beruban dan ada kedut pada wajah tetapi pegangan saya mudah nak ‘age gracefully’ (menua dengan anggun),” kongsi Marissa semasa ditemui di pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum.
Pelakon drama hit Bidaah itu juga menjelaskan bahawa dia tidak percaya untuk ‘melawan masa’ hanya kerana ingin kelihatan muda.
“Tidak ada di mana-mana kitab kalau tua akan jadi muda. Sudah semestinya boleh buat pembedahan tetapi bagi saya kenapa nak ‘against the clock’.
“Kadang-kadang saya was-was orang kata saya muda sebab saya tahu saya tua. Seperti yang semua lihat, cara saya berpakaian dan bergerak, memang mengikut gaya Marissa Yasmin,” tambahnya lagi.
Selain itu, Marissa juga berkongsi rutin penjagaan kesihatannya yang bermula dari cara pemakanan seimbang.
“Benda saya nak kongsi kepada umum, makan semua makanan tetapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau sukakan gula, ambillah tetapi selepas itu jangan makan nasi banyak.
“Kena seimbangkan, banyakkan makan sayur dan buah. Tidak mahu kata tak boleh makan itu ini sebab sistem badan kita Allah dah buat cantik.
“Kita kena makan semua benda sikit-sikit. Kadang orang kata tidak boleh makan telur sebab ada kolestrol tetapi telur banyak nutrisi,” jelasnya panjang.
Tambahnya, waktu tidur juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan dan kesihatan dalaman.
“Badan kita ada hormon, 10 malam sehingga 4 pagi adalah waktu cantik untuk tidur kerana hormon nak ubah suai badan.
“Kalau tidak tidur dalam masa tersebut, badan kita akan simpan lemak dan menyebabkan berat badan kita bertambah. Allah dah cipta badan kita cantik, kita sahaja yang gatal tidak tidur ikut masa,” katanya berseloroh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba bulan puasa, makanan manisan sering menjadi perhatian tambah pula cuaca panas yang membuatkan kita cepat berasa haus. Selain air minuman berais, aiskrim juga antara yang selalu menjadi pilihan ramai.
Sekarang ini ramai yang sudah boleh buat sendiri aiskrim di rumah dan tidak perlu lagi dibeli diluar sana. Penyediaan dan bahan yang diperlukan juga tidaklah begitu renyah, jadi sesuailah sekiranya korang ingin buat sendiri.
Kali ini, kami ingin kongsikan resipi aiskrim ‘Magnum’ yang confirm sedap, bahannya menggunakan coklat cadbury sahaja. Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.
1. Buat teknik double boil, jangan sampai setitik air pun terkena coklat itu bimbang coklat akan mengeras
2. Bila dah suam sedikit, masukkan piping bag dan picitkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Kemudian, tuang vanila aiskrim yang sudah siap ke dalam plastik aiskrim itu juga. Mampatkan coklat dan aiskrim vanila itu supaya tiada ruang kosong
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Paling menjadi perhatian mestilah kuih muih kering tradisional seperti rempeyek. Rempeyek resipi orang lama memang sedap, rangup dan berperisa.
Kepada yang rasa insecure nak cuba menyediakan kuih tradisional, resipi yang dikongsikan Nur Athiya ini sangat simple dan mudah. Kalau cukup segala peralatan dan acuan, confirm anda pun boleh buat.
Bahan-bahan :
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar. *
3 sudu besar jintan manis *
3 sudu besar jintan putih*
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis *
1 biji telur
1 sudu the kapur makan
4cawan air secukupnya
Ikan bilis n kacang secukup
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Kisar semua yang bertanda *
2. Campurkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. *Perhatikan bancuhan dan cuba goreng satu keping. Jika rasa ia tebal tambah lagi air.
3. Panaskan minyak kemudian manaskan acuan di dalam minyak.
4. Selepas panas, tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecil dan letakkan kacang tanah dan ikan bilis, gorengkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tasha Manshahar menggalakkan muslimah menghadiri majlis ilmu dan kelas tadabbur al-Quran sebagai langkah membina istiqamah dalam hijrah serta mendekatkan diri kepada Allah.