
Sebelum ini kerajaan telah menetapkan SOP kepada individu yang ingin berkunjung ke Langkawi untuk melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat. Kini, pelancong ke Pulau Lagenda itu tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Antigen.
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan beliau berkata, langkah itu diambil selepas kemeteriannya menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan dan mendapati peratusan pelancong yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.

Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2021.
Namun begitu, syarat wajib bagi melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.
Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsem pula dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.
Walau bagaimanapun, pengunjung tetap diingatkan untuk mematuhi segala SOP yang diarahkan dan semoga kita dijauhi daripada wabak ini. Dalam keadaan kita bersuka ria, jangan lupa yang wabak COVID-19 ini masih wujud.
Apa-apa pun stay safe guys!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa DS Anwar Layak Dapat Pengampunan DiRaja? Ini Sebabnya

Pagi tadi bertempat di Hospital Rehabilitasi Cheras, ratusan rakyat menunggu “hari pembebasan” Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga ketua Umum PKR. Sekian lama menunggu dan rakyat yang membuat “ swing” ke atas pentadbiran negara ketika pilihanraya umum ke-14, ternyata bagi sebahagian rakyat, hari ini dianggap begitu berbeza oleh penyokong DSAI yang menunggu sejak sekian lama pembebasannya.
Bagi korang yang dah tengok secara live, dah tahu DSAI akan dibebaskan hari ini dan malam ini ada Himpunan Merdeka Rakyat bertempat di Padang Timur Petaling Jaya bermula jam 5.30 petang ini tetapi mungkin sebahagian dari kita kurang memahami MAKSUD PENGAMPUNAN DIRAJA dan bagaimana Datuk Seri Anwar memperolehnya.Apa kepentingan pengampunan ini kepada karier politik Datuk Seri Anwar.
Kupasan dari Pakar Undang-Undang, Prof Dr Shamrahayu yang juga pensyarah kuliyyah Undang-Undang dari UIAM boleh memberikan pemahaman kepada kita.
Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri ialah kuasa yang diwarisi zaman berzaman oleh institusi beraja negara kita.
Kuasa pengampunan ini diguna pakai apabila seseorang itu didapati bersalah oleh mahkamah sesebuah negara dan dihukum dengan suatu hukuman.
Bagi menjelaskan kedudukan kuasa pengampunan dalam sistem pentadbiran keadilan, saya selesa dengan menggunakan frasa ‘when justice comes to an end, mercy comes to play’.
Maksudnya, proses perbicaraan di mahkamah ialah proses untuk menzahirkan tanggungjawab jenayah atas kesalahan yang telah dilakukan bagi meletakkan hukuman ke atasnya atau dia hendaklah dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan jenayah yang dilakukan.
Selepas semua proses mahkamah itu berakhir, dan mahkamah mendapati seseorang itu bersalah dan menggalas tanggungjawab jenayah, maka dia hendaklah menjalani hukuman bagi kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah.
Selepas dipertanggungjawab bagi suatu kesalahan jenayah oleh mahkamah, proses pengampunan boleh mengambil tempat. Boleh dikatakan pengampunan ialah satu proses belas kasihan atau ihsan, dan bukan semata-mata proses keadilan jenayah.
Di negara-negara tidak beraja, kuasa pengampunan dilaksanakan oleh presiden. Dalam amalan di Amerika Syarikat sebagai contoh, sebelum persaraan presiden, biasanya berlaku pengampunan kepada mereka yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman oleh mahkamah.
Bagi negara beraja, pengampunan satu kuasa budi bicara yang lahir daripada institusi beraja dan ia ialah kuasa yang sinonim dengan institusi beraja. Dari perspektif sejarah, ia dirangkum bersama kuasa prerogatif raja yang lain, seperti kuasa untuk membuat pengisytiharan perang dan menentukan hukuman mati.

Tunda hukuman
Di negara kita, kuasa pengampunan dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 42 yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera dan kesalahan-kesalahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri di negeri pula diberikan kuasa pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di negeri masing-masing, tidak termasuk kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera (Perkara 42).
Perkataan ‘pengampunan’ yang digunakan pada tajuk Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukan semata-mata merujuk kepada pengampunan kepada kesalahan yang dibuktikan, tetapi ia juga merangkumi kuasa untuk menunda hukuman atau melegakan hukuman, termasuk meremitkan, menggantung dan meringankan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah dalam proses keadilan.
Walaupun asalnya kuasa pengampunan ini ialah kuasa budi bicara institusi beraja, Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat bahawa kuasa pengampunan itu hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.
Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42(11) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut Perkara 42(8) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara 42(9) pula menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.
Pada peringkat negeri, peruntukan berkaitan kuasa pengampunan yang dilaksanakan oleh raja-raja tertakluk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Sering kali kita dengar proses pengampunan hendaklah dimulakan dengan suatu permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah.
Namun, Perlembagaan Persekutuan atau juga Perlembagaan negeri, tidak menyediakan secara jelas mengenai prosedur permohonan pengampunan.


Petisyen bagi pengampunan
Dalam Perkara 48(4)(c), bagaimanapun menyebut bahawa ia perlu dilakukan melalui suatu petisyen bagi pengampunan. Ini menunjukkan bahawa perlu ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk pengampunan.
Persoalan berkaitan yang mungkin timbul ialah, bolehkan Yang di-Pertuan Agong atau raja di negeri-negeri mengambil inisiatif sendiri, tanpa menunggu petisyen bagi permohonan pengampunan untuk memberikan pengampunan.
Mungkin perkara ini tidak dikenali atau tidak diamalkan di negara kita. Namun, sekiranya dirujuk kepada sejarah kewujudan kuasa pengampunan dalam institusi beraja, ia mungkin dapat dilaksanakan dengan inisiatif Yang di-Pertuan Agong atau Sultan di negeri-negeri. Apa pun kajian akademik masih diperlukan untuk membahaskan perkara ini dengan lebih mendalam.
Melihat kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain, mungkin ada kaitan antara kuasa pengampunan yang dinyatakan dalam Perkara 42 dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Perkara berkaitan hilang kelayakan seseorang untuk bertanding sebagai seorang calon bagi Dewan Rakyat, pada peringkat Persekutuan, dinyatakan dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Antara lain, pada Perkara 48(1)(e), seseorang itu hilang kelayakan selepas disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan, dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM2,000, dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Pada Perkara 48(3) dinyatakan, antara lain, kehilangan kelayakan seseorang di bawah Perkara 48(1) (e) ini boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula tarikh orang itu dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda itu dikenakan ke atas orang itu.
Perkara 48(3) ini tidak menggunakan istilah ‘pengampunan’ tetapi ia menggunakan istilah ‘dibatalkan’ atau dalam versi bahasa Inggeris removed. Kedua-duanya, pengampunan (pardon) atau dibatalkan (removed) ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, Perkara 48 ini tidak menyatakan mengenai perlu wujudnya sebuah Lembaga Pengampunan. Oleh yang demikian, Perkara 48(3) semata-mata untuk membatalkan hilang kelayakan seseorang untuk dicalonkan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Perkara 48 ini tidak menyentuh tentang perlunya pengampunan atau tunda hukum atau lega hukum sebagaimana peruntukan di bawah Perkara 42.
Justeru, ada perbezaan dalam maksud dan pemakaian Perkara 42, berkaitan pengampunan dan Perkara 48 yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen.
Penulis ialah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM
Sumber : BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tapak Highland Towers Bakal Jadi Taman Rekreasi, Ini Reaksi Netizen

Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 26 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembinaan taman rekreasi bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Ampang. Namun begitu, perancangan ini masih dalam perancangan untuk diperhalusi butirannya.
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Ramai yang masih menganggap bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pembinaan taman rekreasi mahu pun tapak perumahan.

Reaksi positif


Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Sambut Gembira Perlantikan YDP Agong Baru, Doakan Yang Terbaik

Daulat Tuanku!
Hari ini akan kekal di dalam sejarah pemerintahan Malaysia apabila Yang di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia ke-16 telah dilantik sekitar jam 11 pagi tadi.
Perlantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas Raja-Raja Melayu bermesyuarat di Istana Negara pada pagi tadi.

“Saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya ke 251 (Khas), bersetuju mengisytiharkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, Sultan Pahang Darul Makmur, telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019,” kata beliau.
Menurut laporan Malay Mail, kereta yang membawa keberangkatan Sultan Selangor, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembila dapat dilihat memasuki perkarangan istana pada pagi tadi.

Sambil itu, Sultan Perak Darul Ridzuan juga telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, juga bermula dari 31 Januari 2019.
***
Pengumuman ini disambut gembira oleh netizen di media sosial yang rata-rata mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda.
@izham1970
Ya Allah yang Maha Kuasa, lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia. Dirghayu aman dan bahagia sentiasa. Selamatkan Duli Tuanku Agong kami, Daulat tuanku.
@saharudin505
Saya anak jati Pahang dan saya berbangga ada Agong baru. Daulat Tuanku!
@shaiful4809
Alhamdulillah, daulat Tuanku. Semoga Tuanku memerintah dengan adil & saksama mengikut undang-undang negara & Islam. Amin.

Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

