Tular di media sosial apabila negara jiran kita, Singapura khabarnya menggunakan Breathonix breathalyser test kit sebagai alat pengesan COVID-19.
Ujian pernafasan yang mudah digunakan dan dapat mengesan dengan tepat virus tersebut dalam masa satu minit telah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).
Sistem Ujian Pernafasan BreFence Go COVID-19 itu dibangunkan Breathonix Pte Ltd sebuah syarikat terbitan Universiti Nasional Singapura (NUS). Breathonix diasaskan tiga siswazah NUS, Dr Jia Zhunan, Du Fang dan Wayne Wee Shi Jie bersama penasihat PhD Dr Jia, Prof T. Venky Venkatesan dengan sokongan Program Inovasi Penyelidikan Siswazah NUS (GRIP).
Program ini dilaksanakan dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 mungkin akan berlanjutan selama beberapa tahun. Ujian berulang perlu diterima pakai secara meluas sebagai strategi kesihatan awam utama untuk menyokong pembukaan semula ekonomi yang selamat dan teknologi buatan tempatan Breathonix tepat pada masanya.
Ads
Breathonix sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk menguji teknologi itu di sebuah pusat pemeriksaan. Pelancong perlu menjalani ujian pernafasan BreFence Go COVID-19 serentak dengan ujian pantas antigen COVID-19 sedia ada.
Bagaimana ia berfungsi?
Sistem itu berfungsi dengan mengesan Sebatian Organik Meruap (VOC) yang terdapat dalam nafas seseorang. VOC dihasilkan oleh pelbagai reaksi biokimia dalam sel manusia. Oleh kerana VOC daripada nafas orang yang sihat berbeza dengan yang berpenyakit, perubahan VOC dapat diukur untuk mengesan penyakit seperti COVID-19.
Ads
Ujian nafas itu juga mudah dilakukan tanpa memerlukan kakitangan terlatih secara perubatan atau pemprosesan makmal. Individu tersebut hanya perlu menghembus ke dalam penutup mulut injap pakai buang yang disambungkan dengan alat pernafasan berketepatan tinggi. Mereka yang didapati positif perlu menjalani ujian swab PCR COVID-19.
Ads
Sistem analisis nafas itu telah menjalani ujian klinikal di tiga lokasi sejak Jun tahun lalu hingga April 2021. Di Singapura, ia dijalankan di Pusat Penyakit Berjangkit dan Lapangan Terbang Changi sementara percubaan ketiga dilakukan di Dubai, bekerjasama dengan Lembaga Kesihatan Dubai dan Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan Mohamed Bin Rashid.
Mungkin ramai yang bersetuju sekiranya ujian pernafasan ini dilakukan kerana setidaknya kita tidak perlu menahan sakit dicucuk hidung. Betul tak?
Tak sah jika sebuah perkahwinan tidak diabadikan dalam bentuk gambar mahupun video. Pelbagai jenis video perkahwinan pre-wedding mahupun post-wedding yang cantik dengan berlatar-belakangkan pemandangan yang cantik. Jika pemandangan itu biasa, photographer akan usaha untuk menjadikan latar belakang itu kelihatan eksklusif untuk tontonan pasangan tersebut di hari tua.
Kdrama hari ini kebanyakannya menjadi fenomena rakyat Malaysia terutamanya perempuan. Mana tidaknya, babak-babak romantis yang ditonjolkan dalam drama sedikit sebanyak akan membuatkan gadis Malaysia mahu berada di tempat heroin drama tersebut. Berangan!
Mungkin tidak bagi pasangan Amirul Zayanie dan Shahkiera Shahrudin, adegan post-wedding seakan-akan Kdrama dapat diabadikan melalui foto dan video!
Mirip Kdrama kan? Macam tengah tengok Touch Your Heart, Goblin, 100 Days My Prince pulak rasanya. Banyak elemen Kdrama diterapkan dalam video ini. Antaranya, nama channel diletakkan di bahagian atas kiri, di sebelah kanan pula, biasanya akan diletakkan tajuk drama dan untuk video ini tulisan Hangul, “Sarang” yang bermaksud “Cinta”, menjadi tajuk video. Betul-betul Kdrama ni! Kreatif betul Ohdawie Ohdawie yang merupakan pengasas kepada Fixnetworks Design ni. Lagu Ailee Is You yang juga merupakan OST drama Memories of Alhambra yang memang kena sangat dengan video ni.
Tempat-tempat wajib pergi di sekitar Seoul, Korea Selatan juga diselitkan dalam video ini. Antaranya, Starfield Library, Gyeongbukgung Palace, Haneul Park, the famous Namsan Tower, dan Nami Island yang sering menjadi lokasi pengambaran Kdrama.
Amacam? Lebih kurang kan? Boleh PM tepi Photographer ni kalau nak post wedding, honeymoon dengan pasangan ala-ala Kdrama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun berita tersebut telah mengusarkan masyarakat mengenai kesan hempasan yang mungkin terjadi di negara masing-masing, pakar astrofizik telahpun memberi kepastian bahawa penduduk bumi akan terselamat daripada apa-apa serpihan roket yang akan jatuh ke bumi.
Lantaran itu, roket milik negara China itu dilaporkan telah selamat memasuki atmosfera bumi kira-kira pada jam 10.24 pagi tadi waktu Malaysia.
China now reporting https://t.co/dHSJVoItCY that the rocket reentered at 0224 UTC at 72.47E 2.65N which is right over the Maldives. If correct will be interesting to see if we get reports from there pic.twitter.com/NQovz33pqg
Jurucakap pejabat kejuruteraan angkasa China berkata, serpohan daripada roket terbabit dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi. Ia kemudian telah gugur di Lautan Hindi, berdekatan dengan kepulauan Maldives.
Beijing juga berkata insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kerosakan besar.
Untuk pengetahuan, roket Long March 5B telah dilancarkan China pada 29 April lalu dari Hainan, China dengan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal milik negara itu.
Roket Long March 5B.
Sebelum ini, pihak Amerika Syarikat menerusi data ketenteraan mereka pernah menjangkakan serpihan roket tersebut akan terhempas di Lautan Mediterranean.
Dengan perubahan lokasi ke Lautan Hindi seperti yang berlaku pada pagi tadi, China telah dikritik oleh Amerika Syarikat berkenaan kurangnya data yang dikongsikan kepada orang ramai berkenaan insiden ini.
Ini penting kerana mana-mana negara yang berdepan dengan situasi seperti ini perlu memastikan piawaian tanggungjawab terhadap serpihan dari angkasa dipatuhi demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada mana-mana pihak.
Isnin lalu, Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak telah melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar dan pihak pengurusan masjid tersebut telah pun membuat permohonan maaf. Kesilapan itu berlaku berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Walau bagaimanapun, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengesahkan bahawa jika individu yang berbuka mengikut laungan azan itu, puasanya batal dan perlu diganti. Namun, penggantian puasa tidak tertakluk kepada mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.
Jelasnya lagi, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan, puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.
Namun begitu, tindakan nazir masjid berkenaan dipuji oleh Mufti Selangor kerana berani berterus terang untuk mengakui kesilapan itu. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan pihak yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.
Betul tu, sekiranya korang antara individu yang terbabit, tidak perlulah berasa kesal dan marah kerana perlu menggantikan semula puasa itu. Anggaplah ia sebagai satu ujian di bulan Ramadan.
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...