
Baru-baru ini, satu dasar terbaru telah dilaksanakan di Korea Selatan bagi mengehadkan penggunaan aplikasi Instagram kepada pengguna remaja yang berusia 14 hingga 18 tahun bertujuan untuk mengurangkan penggunaan media sosial secara berlebihan dalam golongan tersebut.
Difahamkan, dasar berkenaan merangkumi dua (2) ciri utama iaitu ‘Mod Sekatan Penggunaan’ dari 10 malam hingga 7 pagi yang akan menghalang akses kepada Instagram pada waktu tersebut dan ‘Had Masa Harian’ dimana ia akan melimitasi jumlah penggunaan kepada satu jam sehari.
Dalam pada itu, akaun pengguna remaja juga akan bertukar kepada mod ‘private’ secara automatik dan bagi pemilik akaun yang baru mendaftar pada usia yang terlibat juga akan ditetapkan kepada ‘private’ secara ‘default’ di bawah dasar yang dilaksanakan ini.

Seterusnya, bagi ‘direct message’, pengguna hanya akan menerima mesej daripada pengguna dalam senarai ‘followers’ dan ‘following’ serta akses kepada kandungan sensitif seperti keganasan akan dihadkan dengan ketara.
Selain itu, dalam pelaksanaan ini juga, pengguna Instagram bagi golongan remaja juga akan menerima notis pemberitahuan untuk meminta mereka menutup aplikasi selepas 60 minit penggunaan.
Seterusnya, mod sekatan kepada Instagram juga akan menyahaktif notifikasi dan mesej automatik akan dihantar kepada setiap ‘direct message’ dari 10 malam dan 7 pagi.

Sehubungan itu, menerusi pembaharuan ini juga difahamkan dapat memberi ibu bapa lebih kawalan ke atas akaun anak mereka. Ibu bapa juga boleh memantau kenalan anak-anak dan menetapkan had penggunaan.
Bagi remaja Korea berumur 14 hingga 16 tahun, kebenaran ibu bapa diperlukan untuk menukar akaun mereka daripada mod ‘private’ kepada ‘public’, manakala mereka yang berusia 17 tahun ke atas boleh membuat perubahan ini bebas mengikut pilihan tersendiri.

Sementara itu, dalam sebuah platform komuniti dalam talian di Korea Selatan, ramai pihak yang membincangkan dasar baharu tersebut sekaligus memberi sokongan dan bersetuju dengan pelaksanaan dasar berkenaan.
Ada di antara mereka meluahkan pendapat bahawa ramai pengguna muda mudah terdedah kepada kandungan yang tidak ditapis, termasuk bahan tontonan berbahaya dan komen berniat jahat yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mereka terutama kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.