Potensi seseorang pelajar itu bukan sekadar diukur daripada kecemerlangannya menjawab kertas peperiksaan semata. Akan tetapi, potensinya boleh dikembangkan lagi di luar bilik darjah sehingga membawa nama sekolah, keluarga dan negara ke peringkat antarabangsa!
Itulah yang telah dikecapi oleh pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini apabila minat dan usahanya dalam memartabatkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) telahpun diiktiraf.
Salah seorangnya dikenali sebagai Ezzati Hanis Khairuzzaman. Dia telahpun dinobatkan sebagai johan pertandingan Inovasi STEM 2021 Peringkat Daerah Sepang dan johan pertandingan Inovasi, Karnival STEM Peringkat Negeri Selangor 2021.
Ezzati Hanis seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) di Kementerian Pendidikan (KPM).
Ads
Bukan sahaja daya inovasinya yang telah memberi impresi positif dalam kalangan panel jurinya, Ezzati Hanis juga turut menerima anugerah ‘Class Speaker Award’ atas pembentangan dapatan projek inovasi dan perkongsian ilmu.
Ezzati Hanis bersama dua pingat yang diterimanya ketika mewakili Malaysia dalam Program Broadcom MASTERS. Foto : Facebook SSPCyberjaya
Justeru, Ezzati telahpun melayakkan dirinya untuk dipilih bagi mewakili negara dalam program Broadcom MASTERS International di Atlanta Georgia, Amerika Syarikat bersempena Regeneron International Science Affair (ISEF) 2022.
Sekolah Seri Puteri juga boleh berbangga apabila seorang lagi pelajarnya benama Zahirah Muzamir juga melakar kejayaan dalam bidang inovasi di peringkat antarabangsa.
Penghasilan tampalan penyejukan organik yang dicipta oleh Zahirah ini telah menerima pengiktirafan Anugerah Emas dan Anugerah Khas di Korea International 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards.
Delegasi dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya di Korea 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards. Foto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjaya
Fuh, bukan calang-calang ya pelajar Sekolah Seri Puteri. Congratulations girls!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2022 semalam, seramai 459 orang yang terdiri daripada siswa jurusan pendidikan, pelajar sekolah dan guru telahpun memilih untuk memanfaatkan hari cuti dengan menawan 11 puncak gunung dan bukit secara serentak pada hari yang sama.
Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada Misi Pendakian Merdeka i-Guru 2022 yang dianjurkan oleh persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru).
Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pendakian serentak itu membabitkan lokasi seperti Bukit Suling di Pulau Pinang, Bukit Semanggol di Perak, Shah Alam Backyard Trail di Selangor, Bukit Kiara di Kuala Lumpur, Gunung Datuk di Melaka dan Bukit Batu Putih di Negeri Sembilan.
Sementara itu, dua lagi bukit berasingan telahpun didaki pada hari Sabtu dan Ahad lalu; iaitu Bukit Kechubung di Kedah dan Bukit Tunggal di Perak.
Foto : Ihsan Mohd Azizee HasanFoto : Ihsan Mohd Azizee Hasan
Di samping memperolehi kepuasan apabila berjaya menawan puncak-puncak tersebut, peserta juga menyemarakkan rasa patriotik dalam diri dan kumpulan masing-masing dengan melaungkan kemerdekaan serta mengibar Jalur Gemilang.
Ia secara tidak langsung menanam makna kemerdekaan yang lebih mendalam pada diri peserta dan memastikan generasi muda terus meluangkan masa terluang dengan menjaga kecergasan fizikal.
Foto : Ihsan Mohd Azizee Hasan
Tambah Mohd Azizee lagi, besar kemungkinan program Misi Pendakian Merdeka i-Guru ini bakal dijadikan acara tahunan setiap kali tibanya sambutan Hari Kebangsaan dan berharap agar lebih ramai peserta yang dapat menceburinya pada edisi akan datang.
Menarik kan! Haa, siapa kata kita hanya boleh menyaksikan percikan bunga api, konsert hiburan dan perarakan kereta berhias sahaja pada Hari Kebangsaan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dicetuskan bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja terhadap penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda. Majalah Remaja menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif dalam mendidik dan memupuk nilai cintakan negara sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Mendapat info dan maklumat melalui laman sosial instagram menyebabkan remaja berusia 21 tahun ini terdetik hati untuk menyertai pertandingan esei saya#RemajaMalaysia.
“Saya ambik masa beberapa kali juga untuk fikir untuk masuk menyertai pertandingan ini atau tidak, namun tiap kali buka laman instagram iklan promosi pertandingan ini berlegar di laman sosial saya. Jadi tanpa berfikir panjang saya mula menulis esei #sayaremajamalaysia ini dan Alhamdulillah saya menjuarai bagi kategori universiti.”
Menurut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ini lagi, beliau menyertai pertandingan ini bukan disebabkan oleh ganjaran atau hadiah yang ditawarkan namun lebih kepada semangat untuk memartabatkan bahasa terutamanya dikalangan anak muda.
Jadi Farhan jadikan pertandingan esei ini sebagai platform buatnya luah apa yang terbuku dan terpendam selama ini. Hal ini menyebabkan esei yang ditulis berkisarkan tentang kisah hidupnya dari kecil sampai berusia 21 tahun, menjadi remaja Malaysia yang ada sikap patriotik.
Menurut anak tunggal ini, kempen saya #RemajaMalaysia merupakan pertandingan esei pertama yang disertainya dan juga merupakan pemangkin untuknya agar terus menulis dimasa akan datang. Sempat memberi nasihat untuk remaja diluar sana yang ingin menulis dengan baik perlu membaca dengan lebih banyak.
Nur Farhan yang datang ditemani bapanya turut membawa pulang sebuah trofi, Wang tunai RM1000, Bahan bacaan sumbangan Dewan Bahasa & Pustaka, Satu unit pencetak foto Canon Selphy Square QX10 bernilai RM600, Set penjagaan muka innisfree bernilai RM800 dan Set penjagaan badan Summerie dan Good Virtues & Co bernilai RM200
Untuk info pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah (15-17 tahun) dan pelajar prauniversiti dan universiti (18-22 tahun) untuk menyertai pertandingan esei bersempena dengan kempen saya #remajaMalaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Pengiran Aidil Auf menjadi popular ketika dia menampilkan pencapaian cemerlang di Kejohanan Olahraga MSSM 2022 yang berlangsung September lalu. Anak jati Sabah yang berusia 16 tahun ini sekali lagi menonjolkan kecemerlangannya, kini di peringkat antarabangsa pula.
Baru-baru ini dia berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 200m di Kejohanan Olahraga Asia yang berlangsung di Kuwait.
Bertempat di Stadium Ahmad Sulaiman Alrashdan di bandar Kaifan, Pengiran Aidil Auf bejaya mencatat rekod peribadi terbaik 21.45 saat pada peringkat saringan namun pada pertandingan akhir dia hanya mencatat masa 21.65 saat.
Pingat emas acara tersebut dimenangi oleh atlet pecut Thailand, Puripol Boonson manakala pingat perak pula jatuh kepada atlet Kuwait, Yaqoub Alazemi.
Dalam temubual bersama media, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan ini berkata, “Saya yakin untuk memenangi pingat selepas mencatat masa terbaik pada peringkat saringan dan saya juga tidak sabar untuk mencatat masa yang lebih baik dalam pertandingan tahun depan.”
Manakala jurulatihnya, Jumain Taepe berkongsi bahawa dia yakin yang anak didiknya itu akan berjaya menjadi salah seorang pelari pecut negara suatu hari nanti. Seterusnya dia berazam untuk Pengiran Aidil Auf layak ke Sukan Komanwel Remaja 2023 yang bakal di adakan di Trininad n Tobago.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Pengiran Aidil Auf berjaya memperoleh empat pingat emas ketika Kejohanan MSSM 2022. Dia unggul dalam acara 100m, 200m, 4 x 100m dan 4 x 400m.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.