Kisah inspirasi ini membuktikan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk berjaya. Seorang anak muda yang membesar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini berjaya menggenggam gelaran doktor, malah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Lebih manis, kejayaan ini sekali gus menunaikan janji yang pernah dibuat kepada bapanya enam tahun lalu.
Dari Kesempitan Hidup Ke Puncak Kejayaan
Beliau ialah Dr Abdul Manaf Abdul Aziz, 24, anak ketiga daripada lima beradik yang membesar tanpa ibu di sisi. Kehidupan mereka serba sederhana di PPR Kampung Temai, Pekan pernah hampir memadamkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan.
Namun, semangat juang Abdul Manaf tidak pernah luntur. Sejak memperoleh 10A dalam SPM 2019, dia sudah berikrar kepada bapanya untuk suatu hari nanti bergelar doktor perubatan. Hari ini, janji itu bukan sahaja tertunai, bahkan lebih bermakna dengan pengiktirafan sebagai pelajar terbaik.
Sokongan Pelbagai Pihak
Impian yang kelihatan mustahil akhirnya menjadi nyata berkat sokongan ramai pihak. Bantuan daripada Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Bank Rakyat dan Tabung Penyayang UIAM telah membuka jalan untuknya menjejakkan kaki ke UIAM.
Ads
“Saya bersyukur kerana Allah SWT memakbulkan doa saya selama ini untuk menjadi doktor. Kepayahan serta cabaran enam tahun di UIAM akhirnya membuahkan hasil,” katanya penuh syukur pada Majlis Angkat Sumpah Doktor Perubatan Kulliyyah Perubatan UIAM yang turut meraikan 131 graduan lain.
Janji Yang Ditunaikan
Lebih membanggakan, kejayaan ini adalah hadiah buat bapanya, Abdul Aziz Osman, dan kakaknya, Ramlah, yang sentiasa menjadi tulang belakang. “Mereka pembakar semangat saya. Segala penat lelah tidak terasa bila dapat melihat senyuman bangga di wajah mereka,” tambahnya.
Ads
Selepas ini, Abdul Manaf akan menjalani latihan kedoktoran selama dua tahun di hospital kerajaan sebelum berkhidmat sebagai pegawai perubatan bertauliah.
Inspirasi Untuk Semua
Selain bergelar doktor, kisahnya turut diraikan bersama rakan baiknya, Dr Nur Affisa Emalin Mohd Roshanaffi, 23, yang menerima Anugerah Tahir Azhar. Kedua-duanya sudah lama menjadi rakan seperjuangan sepanjang pengajian di UIAM.
Bagi remaja di luar sana, perjalanan Dr Abdul Manaf menjadi bukti bahawa kesusahan bukan alasan untuk berputus asa. Dari rumah kecil di PPR, beliau kini melangkah ke dunia kerjaya sebagai seorang doktor muda yang akan berbakti kepada masyarakat.
Ads
Tiada mimpi yang mustahil, asalkan berani berusaha.
Insiden kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam, pihak berkuasa memaklumkan bahawa perintah reman terhadap pemandu bas hanya akan dilakukan selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, lelaki berusia 42 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Taiping akibat kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan, selain pemandu berkenaan, terdapat seorang kelindan bas dan 42 pelajar UPSI yang turut berada di dalam bas ketika kejadian berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seramai 500,000 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia bakal menerima Baucar Buku Madani bernilai RM100 bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025. Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hasil persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan media KPT, pemberian ini melibatkan pelajar di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Menariknya, pelaksanaan baucar ini akan dijalankan sepenuhnya secara digital melalui portal MySiswaPlace, yang menjadi platform sehenti untuk semakan kelayakan, penjanaan baucar, penebusan dan pembelian bahan bacaan.
gambar hiasan MySiswaPlace Via Utusan
Lebih best, MySiswaPlace menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan daripada lebih 250 rakan niaga. Pelajar boleh memilih sama ada mahu membeli buku fizikal atau e-book mengikut keperluan masing-masing. Jadi, sama ada anda perlukan buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah atau sekadar buku santai untuk hiburan, baucar ini boleh digunakan.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah tepat kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar sekaligus menggalakkan budaya membaca di kalangan belia. Dengan kos buku yang semakin meningkat, bantuan ini pasti memberi kelegaan besar terutama buat pelajar yang sedang mencari rujukan untuk tugasan dan peperiksaan.
Jadi, buat semua pelajar IPT, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda menyemak kelayakan di portal rasmi MySiswaPlace dan gunakan baucar RM100 ini sebaik mungkin. Ingat, ilmu adalah pelaburan paling bernilai untuk masa depan anda.
Kisah seorang lelaki China, Wang Shangkun yang menjual buah pinggangnya demi sebuah iPhone 4 dan iPad 2 kini kembali tular. Selepas lebih sedekad, kehidupannya bertukar tragis apabila pada usia 31 tahun, dia disahkan hilang upaya kekal dan terpaksa bergantung pada rawatan seumur hidup.
Bermula Dengan Obsesi iPhone
Kisah Wang bermula pada tahun 2010, ketika dia baru berusia 17 tahun. Hidup dalam keluarga miskin di wilayah Anhui membuatkan dia rasa ketinggalan apabila tidak mampu memiliki iPhone 4, gajet yang ketika itu dianggap simbol status dan kemewahan.
Gambar Hiasan Iphone 17
Terpengaruh dengan mesej media sosial, Wang berhubung dengan sindiket pemerdagangan manusia untuk menjual salah satu buah pinggangnya. Pada 2011, dia menjalani pembedahan haram dan menerima bayaran 20,000 yuan (kira-kira RM9,400). Wang terus membeli iPhone 4 dan iPad 2 idamannya, namun kegembiraan itu tidak lama.
Rahsia Terbongkar, Kesihatan Merosot
Ibunya yang curiga dengan gajet baharu memaksa Wang mengaku. Bagai langit runtuh, si ibu mendengar sendiri pengakuan anaknya. Tidak lama selepas itu, kesihatan Wang merosot akibat jangkitan kuman hingga buah pinggang yang tinggal gagal berfungsi.
Walaupun sindiket itu berjaya ditumpaskan dan keluarga Wang menerima pampasan lebih 1.48 juta yuan, jumlah itu tidak mampu mengembalikan kesihatannya. Kini, fungsi buah pinggang Wang tinggal hanya 25 peratus. Dia sering jatuh sakit, tidak mampu bekerja, dan terpaksa menjalani dialisis sepanjang hayat.
Penyesalan Seumur Hidup
Wang sendiri mengaku tindakannya menjual buah pinggang demi sebuah telefon dan tablet adalah penyesalan terbesar dalam hidupnya. Segalanya berpunca daripada keinginan untuk kelihatan setaraf dengan orang lain, tanpa memikirkan risiko masa depan.
Kisah Wang muncul semula ketika iPhone masih menjadi simbol status di Asia, termasuk di Thailand dan negara-negara lain. Harga iPhone 17 Pro kini mencecah sekitar RM5,200, dengan varian premium jauh lebih mahal.
Pengajaran
Kisah tragis ini wajar dijadikan sempadan oleh generasi muda. Keinginan memiliki barangan mewah tidak sepatutnya membuat kita sanggup menggadaikan nyawa. Nilai diri seseorang tidak pernah ditentukan oleh jenama gajet atau pakaian, tetapi oleh kebijaksanaan, usaha dan kesihatan yang kita jaga.